Part 10

106 6 3
                                    



ALYSSA dan Shima sibuk mengendalikan kerja seperti biasa, keadaan office terasa begitu aman setelah ketiadaan Arash. Selama hampir sebulan lebih bekerja tanpa gangguan dari Arash the lion. Bukan mereka sahaja yang merasa selesa malah pekerja lain turut merasakannya.



Jannah berlebih-lebih lagi. Tidaklah dia terpaksa berendam air mata setiap kali dia dimarahi Arash. Sungguhpun begitu, Jannah masih lagi bertahan dengan perangai Arash dan masih lagi mahu bekerja dengan Arash walaupun diherdik begitu.



"Kak Shima..., 2 minggu lepas Jannah ada terbaca suratkhabar mengenai kemalangan jalanraya. Pemandu kereta tersebut meninggal di tempat kejadian, kak Shima ada baca???," tiba-tiba Jannah bersuara memecah kesunyian bila dia berhenti di meja Shima untuk bersembang.



Jika Arash berada di pejabat jangan kata bersembang hendak bertegur sapa pun mereka tidak berani. Alyssa yang tidak jauh dari meja Shima tersentak mendengar berita tersebut dari Jannah. Dia berhenti menulis lalu menoleh kea rah meja Shima di mana Jannah berada.



"Kemalangan?? Kemalangan apa?," tanya Shima lalu duduk bersandar. Dia sendiri dah lama tidak membaca akhbar.



"Lah kak Shima ni? Ketinggalan betul dah sebulan baru tahu?? Dengar-dengar tuan yang duduk di belakang kereta tersebut cedera parah hingga menyebabkan dia hilang ingatan," cerita Jannah panjang lebar.



Shima terdiam seketika. Dia menoleh kearah Alyssa yang kebetulan memandang ke arahnya. Berita kemalangan Arash masuk di dalam akhbar? Bagaimana mereka berdua tidak tahu? Dia yakin ia adalah berita kemalangan yang melibatkan Arash.



"Ada tertulis nama mangsanya?," tanya Shima dengan wajah bersahaja. Dia tidak mahu kelihatan panic di hadapan Jannah.



"Tak ada, sebab identitinya tidak diketahui," jawab Jannah lalu tersenyum. Dia ada juga mencari berita selanjutnya mengenai kemalangan itu. Namun tiada berita lanjutan.



Alyssa menarik nafas lega. Dia sendiri tidak teringat langsung untuk membaca akhbar selepas kemalangan tersebut. Mereka menjadi sensitive bila Jannah menyebut berita tentang kemalangan jalan raya. Takut akan berita kemalangan Arash di siarkan di akhbar yang mereka tidak ketahui.



"Pihak hospital tidak ada memberitahu identity sebenar mangsa tersebut," tanya Shima lagi ingin kepastian.



"Tak ada pula..., o.k.lah kak Shima, Jannah hendak siapkan report untuk Tuan Arash kita, karang dia balik habis tonggang terbalik office di buatnya," ujar Jannah lalu melipat kembali akhbar yang di bacanya.



Dia membuka folder report yang dipesan Arash untuk di siapkan sebelum dia balik ke pejabat.



"Dia tak akan balik," ujar Shima diantara dengar dengan tidak.



"Apa dia kak Shima?? Siapa yang tak balik..,"tiba-tiba Jannah bersuara.



"Tak, maksud kak Shima nanti tak pasal-pasal kita tak dapat balik awal," jawab Shima cepat. Dia fikir Jannah tidak dengar komennya tadi.



Shima menoleh ke arah Alyssa. Dia pasti Alyssa tengah resah gelisah bila mendengarnya, maklumlah Alyssa jika hal bersangkutan dengan Arash, dia cepat panik mulalah hendak menarik diri. Tepat jangkaan Shima bila Alyssa masih memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.



Shima hanya memberi isyarat supaya bertenang dan jangan khuatir terlampau sangat kerana tiada apa yang perlu Alyssa risaukan. Semuanya dalam keadaan stabil dan teratur. Shima menyambung membuat tugasannya.



Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now