"Atuk, atuk buat apa tu?" Aku cuba melihat apa yang sedang dilakukan oleh atuk di mejanya tapi tak nampak sebab pendek. Aku melompat-lompat untuk melihatnya.
Atuk senyum sambil memandang aku. "Raz, kan atuk dah cakap jangan masuk bilik atuk sesuka hati."
Aku terdiam. "Maap atuk. Raz bocan," balas aku, pelat. Yalah, baru empat tahun.
Atuk hanya ketawa melihat aku. "Bukan bocan. Bosan."
Aku diangkat ke pehanya. Sekarang baru dapat melihat apa yang dilakukannya dari tadi. Dia sedang menulis sesuatu dalam sebuah buku berkulit hitam. "Buku apa ni atuk?"
"Buku tentang... raksasa!" balas atuk sambil membesarkan matanya.
"Wow..." Mataku pun ikut membesar."Atuk kawan dengan raksasa ke? Atuk tak takut ke? Macam mana rupa dia?"
Atuk menggigit pensel dan memusing-musingkannya. "Mhmm... Ya. Dia sahabat atuk. Atuk tak takut kat dia. Rupa dia pulak... ganassss."
"Raz nak jumpa dia!"
"Tak boleh. Dia tak suka jumpa orang. Kalau dia jumpa Raz, nanti Raz menangis!" kata atuk sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas, membuntangkan matanya dan meluaskan bukaan mulutnya sehingga menampakkan kempat-empat gigi taringnya. "Nanti dia kacau Raz macam ni! AHAHAHAHA!" Atuk menggeletek perut aku.
Aku ketawa. "Atuk! Berhenti! Berhenti!"
****
Itu sahajalah yang aku ingat. Setiap kali aku balik ke kampung, aku mesti minta atuk menceritakan fasal 'kawan' dia tapi atuk tak nak. Belum tiba masanya lagi kata atuk.
Namun apabila sudah masuk ke alam sekolah menengah, rasa minat terhadap raksasa itu mula terhakis. Aku pun jarang balik ke kampung sebab sibuk dengan aktiviti sekolah.
Setelah lama tak menjenguk atuk, aku mendengar berita bahawa atuk jatuh sakit dan sedang nazak. Kami sekeluarga segera menjenguknya. Sejujurnya aku sangat pelik kerana atuk bukanlah orang yang selalu sakit dan sentiasa bersemangat. Nak cakap dia menghidap kencing manis pun, dia tak pernah ada ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit yang kronik seperti itu.
Bagaimana aku tahu? Kerana aku merupakan cucu yang paling rapat dengan atuk. Aku sudah anggap atuk macam ayah kandung aku sendiri. Kini, aku berada di sisinya. Dia sedang baring di katilnya. "Hai atuk."
Atuk tak jawab. Aku goncang perlahan badannya. Tadi semasa aku memasuki bilik ini, dia masih sedar lagi. Aku goncangkan lebih kuat. "Atuk? Atuk dah mati ke?!"
Atuk tersedar. "Hah? Raz! Jangan kejut atuk macam tu! Serrram!" tegurnya.
Aku tersengih. "Sorry atuk... tadi atuk sedar masa Raz masuk tapi tiba-tiba tak sedar bila Raz duduk kat sini. Ingatkan dah takde."
Atuk mengeluh. "Ish kamu ni. Atuk terlelap sebab tunggu kamu bercakap. Termenung je memanjang."
Aku hanya tersengih.
"Buat apa kat sini?" soalnya dengan senyuman sinis.
Aku kenal perangai atuk yang suka bergurau tak kira tempat dan masa. "Tadi berkebun jap kat depan tu. Lepastu datang singgah sini kejap," balasku dengan senyuman sinis.
Atuk dah tahan gelak. Akhirnya dia tak dapat tahan. "Muahahahahahaha! Lawaklah kamu ni!" Atuk memang suka gelak kuat. Tipikal orang-orang tua.
"Eh atuk ni, orang datang sini nak melawat atuk la! Atuk kan sakit."
Atuk ketawa lagi. "Ya...ya... saja je usik kamu. Raz boleh tak ambilkan buku hitam atuk dalam laci meja tu?" Atuk tunjuk ke satu-satunya meja yang ada di dalam bilik ini. Aku bangun dan pergi ke sana.
Atuk ni dah nazak pun tetap bersemangat macam tak ada apa-apa yang terjadi.
Apabila aku balik ke katil, atuk dah duduk bersila. Aku menghulurkan bukunya. "Nah."
Atuk geleng. " Kamu ambillah."
"Eh?"
"Tahun ni kamu 16 tahun, kan?"
Aku hanya mengangguk. Sebenarnya aku pelik sebab atuk tak pernah bagi sesiapa sentuh buku ini. "Kenapa atuk bagi Raz?"
"Sebab kamu sesuai."
Kepala aku menyenget 45 darjah ke kanan. Kalau boleh nak 180 darjah terus. "Ha?"
"Kamu kan cucu kesayangan atuk."
"Haz pulak? Kenapa tak bagi dia? Dasar pilih kasih."
Oh ya, Haz itu adik aku.
"Eh... Mana ada pilih kasih. Dia tak cukup umur lagi," sengih atuk.
Aku hanya mengeluh. "OK. Raz ambil buku ni."
"Tapi kamu kena janji dengan atuk. Kamu kena jaga buku tu elok-elok."
"Eh, tapi-"
"Jangan bagi buku tu rosak atau hilang. Janji?" Atuk keluarkan jari kelingkingnya, tanda nak buat perjanjian. Aku pula masih terkedu tetapi masih menyambut jari atuk. "OK. Raz janji."
"Ha! Macam nilah baru cucu atuk! AHAHAHAHAHAHA!" Atuk menepuk belakang aku banyak kali.
Tapi itulah, aku tak sangka itu kali terakhir aku bercakap dengan atuk sebab malam tu dia dah 'tiada'.
****
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
AdventureBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...