Selesai Amir membersihkan diri dia turun ke bawah.
"Amir mari makan nak."panggil ibu tirinya puan Aqila. Amir yang baru turun dari tangga terus berjalan ke arah meja makan.
Skip makan
"Mir mari duduk sini. Papa nak kenalkan kamu dengan Afra dan Afiq."kata dato' Amirul.
Amirul duduk di sofa yang kosang bersebelahan adik tirinya.
"Kenalkan Afiq Adrian. Panggil Afiq. Afiq sama umur dengan Amir, 25 tahun tapi afiq muda 2 bulan daripada Amir. Maksudnya Afiq adik, Amir abang."kata Ayah.
"Afiq."kata Afiq.
"Amir."kata Amir. Mereka berdua berjabat tangan.
"Just call me by name. Kita sama umur panggil adik abang rasa awkward gila. Hahahaha."kata Afiq.
"Well same with me. Aku harap kita boleh jadi rapat. Anggap je aku ni kawan kau. Aku tak kisah."kata Amir.
"Hahaha....aku pun harap benda yang sama."kata Afiq.
"Ni adik aku. Afra Aliya. Umur budak ni 22 tahun tapi perangai macam budak-budak umur 5 tahun.....kan adik."kata Afiq memerli adiknya.
Afra menjeling tajam pada abangnya."Afra masih belajar lah ni. Pelajar kat mana?"tanya Amir lembut.
(Maklumlah Amir tiada adik dia anak tunggal. Apatah lagi Amir belum pernah bertegur sapa dengan perempuan lain. Dia layan semua perempuan dingin.)
"Haah. Tahun ni tahun terakhir Arfa. Kat UM (Universitiy Malaya)."kata Afra.
"Serius Afra belajar kat situ?"tanya dato' Amirul.
Afra menganggukkan kepala."Ye pa."kata Afra.
"Kalau Afra nak tahu...abang Amir kamu ni mengajar kat sana."kata dato' Amirul.
Afra terkejut."Eh,betul ke. Tapi afra tak pernah nampak abang Amir kat u pun sebelum ni."kata Afra.
"Baru masuk. Abang just mengajar kat sana beberapa bulan. Abang ganti pensyarah yang nak bersalin tak lama lagi."kata Amir. Afra hanya meng'o'kan sahaja.
Selepas beberapa minit berbual. Afra menguap dan Amir nampak mata Afra hampir nak tertutup."Afra, kalau dah mengantuk masuk tidur. Abang Amir tengok mata tu dah nak tertutup."kata Amir.
Afra senyum."Hehehe...ok. Papa,
Mama, abang Amir dan abang Afiq Afra masuk tidur dulu. Good night."kata Afra. Dia bangun dan masuk ke biliknya.Selepas Afra masuk ke bilik Amir dan Afiq turut izin untuk masuk ke bilik. Selepas tu dato' Amirul dan puan Aqila baru masuk ke bilik mereka.
•••
Penggera telefon Afra berbunyi.
Afra bangun lalu membersihkan diri. Selesai menunaikan solat dia turun ke bawah dan melihat semua keluarganya berkumpul di meja makan.
"Good morning papa, mama, abang Afiq dan abang Amir."kata Afra.
"Morning princess."ucap mereka.
"Lambat adik bangun hari ni."kata Afiq.
"Eh, tak lah adik dah bangun subuh tadi....adik layan novel kejap tadi. Shok sangat baca sampai adik lupa masa. Hehehe...sorry."kata Afra.
"Afra ada kelas ke hari ni?"tanya dato' Amirul.
"Ada pa. Pukul 8 nanti."kata Afra.
"Afra naik apa?"tanya dato' Amirul lagi.
"Abang Afiq hantar."kata Afra.
Afiq angkat kepala."Sorry princess. Abang kena masuk kerja awal ada client nak jumpa."kata Afiq.
"Siapa lagi penting client abang ke adik abang yang comel ni."kata Afra.
"Amboi, puji diri sendiri nampak. Tapi betullah tu princess abang ni comel. Mestilah adik abang lagi penting. Tapi client ni penting sangat."kata Afiq. Afra buat muka sedih.
"Habis tu siapa nak hantar Afra.
Kalau dah tak ad siapa nak hantar hari ni afra tak masuk kelaslah. Tiba-tiba tak ada mood nak masuk kelas hari ni."kata Afra."Mana boleh macam tu Afra sayang."kata pn Aqila.
"Habis tu macam mana mama. Tak ada siapa nak hantar Afra."kata Afra dengan muka sedih.
"Biar abang hantar Afra. Lagi pun abang kena lapor diri hari ni."kata Amir.
"Eh,betul ni. Tak susahkan abang Amir."kata Afra. Amir menganggukkan kepala.
"Tak susah mana pun, satu jalankan."kata Amir.
"Oklah kalau macam tu. Thanks abang Amir."kata Afra dan senyum manis kepada Amir.
"Welcome."kata Amir.
YOU ARE READING
MRS.AMIR ASYRAF
Romansa~Amir Asyraf bin Dato' Amirul Afif~ Anak tunggal dato' Amirul dgn isterinya. Mendengar berita tentang kematian ibunya memyebabkan dia kemurungan dan mengurung diri di dalam biliknya.Dengan pujukan ayahnya,akhirnya Amir menerima dan meredhoi pemergia...