𝟎𝟓 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

1K 85 2
                                    

Alyssa melopong mulutnya sambil matanya tercegil terkejut.

Aiden tertawa melihatnya.

"Angel, you're so cute." Aiden tersenyum sambil mengeyitkan matanya.

"Aiden stop!" Kata Alyssa menahan malunya. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Sunshine, hey. Look at me." Secara perlahan, Alyssa memandang kembali wajah Aiden.

"Don't worry okay. Everything will gonna be fine. Trust me, love." Aiden mengarahkan matanya tepat ke mata Alyssa. Mereka saling bertatapan.

Alyssa menegang.

Jujur saat ini dia ingin mengarahkan mukanya ke tempat lain, tetapi tidak tahu kenapa dirinya saat ini sangat kaku.

Entah kenapa, sewaktu dia memandang tepat ke mata Aiden, dia dapat merasakan ketulusan dan keihklasan Aiden.

Ya, dia tidak buta. Dia melihat segala usaha Aiden untuk mendekatinya. Tetapi tidak semudah itu untuk dia jatuh cinta. Dia masih tidak mengenali Aiden dengan sepenuhnya.

Alyssa tidak ingin semua ini berakhir dengan luka. Jika benar Aiden ingin pada dirinya, lalu siapa gadis yang bersamanya pada malam itu? Bukankah itu kekasihnya?

"Saya nak balik." Setelah lama mereka bertatapan, Alyssa memandang ke arah lain. Dia tidak mahu terjatuh cinta pada Aiden.

"No sayang. Semua tengah tunggu kita kat dalam itu. Saya janji semua ini sekejap saja. Lepas itu saya akan hantar awak balik okay. Smile Angel." Aiden mengukirkan senyuman manis pada Alyssa.

Alyssa tak mahu melawan kata-kata Aiden. Dia hanya tersenyum kosong.

Aiden berjalan memasuki ke dalam rumahnya.

Alyssa yang mengikutinya dari belakang melihat kawasan rumah Aiden. Sangat cantik.

Afrina tak jumpa gambar rumahnya lagi, tapi kalau ada nanti Afrina letak okie!

"Wah dah sampai dah ye. Lama kami tunggu." Sapa Helene yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Eh assalamualaikum aunty. Maaf lah lambat." Lantas Alyssa bersalam tangan dengan Helene.

Helene tersenyum.

"Daddy mana mommy?" Aiden bersuara setelah lama diam memerhatikan Alyssa dan ibunya.

"Daddy dah tunggu dekat meja makan dah tu. Mari la masuk." Ujar ibu Aiden sambil menarik lembut tangan Alyssa untuk berjalan bersamanya.

"Assalamualaikum uncle."

Setelah sampai di meja makan, Alyssa langsung memberi salam ketika melihat Anuar, ayah Aiden yang sedang bermain telefon bimbit di sana.

Gadis itu menundukkan dirinya tanda hormat pada Anuar.

"Waalaikumsalam, eh Lyss. Jemput duduk."

Anuar sudah bersahabat dengan Malik sejak Alyssa kecil lagi. Jadi dia sudah terbiasa memanggil Alyssa dengan nama itu. Panggilan Lyss itu hanya keluarga atau kenalan terdekat sahaja yang menggunakannya.

"Eh Lyss jemput makan. Jangan segan-segan ye." Alyssa menggangguk.

Helene tersenyum senang. Dia gembira melihat gadis yang bersama dengan anaknya sekarang. Sebelum ini Aiden tidak pernah membawa mana-mana gadis berjumpa dengan mereka. Mungkin Aiden sudah jumpa cintanya.

Di balkoni kolam renang rumah Aiden sekarang ini, ada dua gadis yang sedang duduk menghayati angin malam.

Setelah selesai acara makan malam tadi, ibu Aiden meminta untuk berbicara berdua bersama Alyssa. Katanya bicara dari hati ke hati.

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now