Selamat membaca 🕊️
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka pun jalan bersama-sama ke restoran yang terletak berdekatan dengan tempat kerjanya. Dalam perjalanan, mereka pun berbual-bual."Apa nama awak ?" tanya lelaki itu.
"Uqasha, awak ?" kata Uqasha.
"Ohh, saya Mikhail" jawab lelaki itu.
"Oh, Mikhail " kata Uqasha.
Akhirnya, mereka pun sampai di restoran itu. Restoran Nasi Ayam Pak Me'on. Mereka pun duduk di meja yang sama dan memesan makanan yang sama. Nasi ayam yang sedap dan lazat itu selalu dibungkus oleh Uqasha untuk ibunya. Jadi, Uqasha memesan dua nasi ayam, satu makan, satu bungkus.
"Takpe, hari ni saya belanja" kata Mikhail.
"Eh, tak payah, saya boleh bayar sendiri" jawab Uqasha.
"Eh, takpe !" balas Mikhail.
Uqasha pun iya kan saja, orang nak belanja kot !
Selesai saja makan, mereka pun pulang ke tempat kerja.
Beberapa jam kemudian, waktu kerja pun tamat. Mereka kebetulan berjumpa lagi. Jadi Mikhail bertanya kepada Uqasha "Eh, jom saya hantar awak balik" kata Mikhail.
"Eh, tak payah lah susah-susah, saya bawa kereta ni" jawab Uqasha.
Uqasha pun jalan menuju ke kereta nya. Dia melihat ke arah tayar dan OMG ! Tayar keretanya pancit.
"Alamak ! Macam mana ni !" jerit Uqasha.
Mikhail yang mendengar suara itu terus menoleh ke belakang dan melihat Uqasha sedang meminta tolong. Mikhail pun pergi ke arah nya dan bertanya "Kenapa ni ?".
Dia pun melihat tayar kereta Uqasha pancit. Jadi, inilah peluangnya untuk menolong Uqasha.
"Takpelah, biar saya hantar awak balik" kata Mikhail.
"Habistu, kereta ni macam mana ?" tanya Uqasha.
"Takpe, kereta ni biar saya uruskan, buat saya hantar awak balik" kata Mikhail.
Uqasha pun setuju. Mikhail pun menghantar Uqasha pulang. Dalam perjalanan, mereka hanya mendengarkan lagu di radio. Mereka tidak tahu mahu borak apa. Keadaan dalam kereta itu hanya terdengar bunyi radio saja. Seperti tiada orang di dalam kereta. Dalam beberapa minit, sampai juga di rumah Uqasha. Mikhail meletakkan keretanya di depan rumah Uqasha. Mereka pun turun. Mikhail turun untuk menghantar Uqasha sehingga ke depan rumah. Mereka pun melintas. Kemudian, Uqasha memberi salam kerana dia terlupa untuk membawa kunci.
"Assalamualaikum, Ibu !" jeritnya berkali-kali.
Tidak lama kemudian, ibunya pun keluar dan membuka pintu. Ibunya melihat jejaka tampan di sebelah Uqasha dan bertanya "Siapa ni ? Bakal menantu ibu ke ?".
Ibunya pun menjemput Uqasha masuk. Ibu dan Uqasha pun berterima kasih kepada Mikhail keran telah menghantar Uqasha pulang. Mikhail pun meminta diri. Sebaik saja ia menoleh ke belakang. BOOM ! Hujan mula turun. Kereta nya terletak di hadapan rumah Uqasha dan perlu melintas. Kalau dia melintas pasti basah kuyup badannya. Tetapi kalau dia tidak melintas, bagaimana dia ingin ke keretanya. Hujan mula lebat. Tiada angin tiada ribut tiba tiba saja hujan lebat.
"Alamak, macam mana ni ?" bisik Mikhail.
Ibunya melihat jejaka ini sedang dalam kesusahan, jadi dia pun berkata "Nak, masuklah dulu, tunggu hujan reda, bahaya bawa kereta dalam keaadaan hujan lebat macam ni, risau ibu, masuklah dulu".
Mikhail pun memandang ibu Uqasha dan bertanya "Tidak menyusahkan mak cik ke ?".
"Eh, takde lah nak, rumah ni memang terbuka untuk kamu nak, lagi satu, panggil je ibu" balas ibu Uqasha.
Mikhail pun iyakan saya. Ibu Uqasha menjemput Mikhail duduk di sofa di ruang tamu. Uqasha melihat Mikhail duduk di situ dan melihat suasana di luar sedang hujan lebat. Jadi, dia faham situasi sekarang. Uqasha pun membancuh air teh untuk Mikhail. Dan dia baru teringat yang dia ada belikan ibunya Nasi Ayam. Jadi dia menghidangkan nasi ayam itu dan memberikannya kepada ibunya.
"Ibu, nah, tadi Sha ada beli untuk ibu" kata Uqasha.
"Nah, awak. Teh ni untuk awak, kesian saya tengok awak sejuk, nanti saya bagi selimut" kata Uqasha.
Walaupun baru saja kenal, tetapi, Mikhail sudah jatuh hati kepadanya. Tetapi terlalu awal. Baginya baru pertama kali ia jumpa, tapi sebenarnya sudah dua kali mereka berjumpa. Kemudian, Uqasha memberikan selimut kepada Mikhail.
"Nah, nanti demam pulak" kata Uqasha.
"Terima kasih, Uqasha" kata Mikhail.
Mikhail menyelimutkan badannya dan minum air teh panas yang Uqasha beri.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hmm. Amacam ?
YOU ARE READING
Kisah Cintaku
RomanceSeorang gadis jelita yang terpaksa memenuhi impian ibunya yang tercinta.