BAB 40

7.2K 339 4
                                    

Arif dan Alicia telah sah menjadi suami isteri. Kini Aisyah dan Danial sedang berehat di rumah keluarga Alicia.

Aisyah yang sedang bermain dengan anak buah Alicia dilihat. Nampak kelembutan Aisyah ketika bersama kanak-kanak. Kemudian Aisyah duduk di sebelah Danial di atas lantai bersama seorang kanak-kanak lelaki di pangkuan.

"Anak siapa kau amik ni?"

"Kalau anak aku? Kau tak nak kahwin dengan aku ke?"

Danial terkedu. "Kau janda ke, ngau?"

Aisyah menutup telinga kanak-kanak tersebut lalu memandang Danial. "Bodoh kau ni tak dibuat-buat.. Aku muda lagi nak menjanda woi! Lainlah kalau laki tu abusive, kaki perempuan. Aku belasah mamat tu guna fire beater, lepastu pergi dari hidup dia." Aisyah membuka semula telinga kanak-kanak itu setelah habis berkata-kata.

"Eleh.."

"Aku belum kahwinlah.. Dan akan berkahwin dengan kau. Lelaki pertama yang akan jadi suami kepada Aisyah Cassandra binti Akmal Fauzan. Haa, ingat nama aku. Lusa jangan lupa."

"Okey.." Danial senyum.

"Oi! Best buat dosa?" tegur Arif lalu duduk bersama Alicia di hadapan mereka.

"Tolong ya. Jangan tunjuk sangat kemesraan korang dekat sini.. Kitorang belum nikah.." kata Aisyah.

Alicia sengih. Alicia bangun lalu memeluk leher Arif lalu mencium pipi kanan Arif. Arif pula tetkejut dengan tindakan isterinya.

"Esok tak boleh jalan bukan salah kitorang.." Aisyah dan Danial senyuman senget.

Terus Alicia duduk di sebelah Arif.

"Bila korang gerak pergi rumah Aunty Hazel?" tanya Alicia.

"Esoklah"

"Asing ke sama-sama?"

"Asinglah. Aku balik dengan along dan adik-adik aku tu. Haih, habis rumah aku nanti." balas Danial lalu membuat muka pasrah.

Arif dan Alicia mengangguk. "Kami gerak petang atau tengahari lepas Zohor.." kata Alicia.

"Lepas Zohor tu bukan petang ke?" Aisyah menayangkan muka selenganya.

"Yalah, Aisyah. Yalah!"

"Dah pukul berapa?" tanya Danial sambil memandang muka Aisyah.

"Pukul 2:30 petang. Kenapa? Nak balik dah ke?" Aisyah mendongak memandang Danial.

Jelas kelihatan wajah penat diwajah Danial.

"Hrm.."

"Awal? Aduh. Tak dapat spend time lama-lama dengan Aisyah." kata Alicia. Suaranya sedikit kendur. Sedih mahu berpisah dengan sahabatnya kali ini. Bukan tidak biasa, selalu sahaja Aisyah meninggalkannya atas sebab pergi kursus dan seangkatan dengannya tetapi kali ini, sedihnya lain macam.

Anak buah Alicia yang berada di pangkuan Aisyah diberikan kepada Arif.

Aisyah memeluk Alicia. "Jadi wife yang baik tau."

Alicia membalas pelukan Aisyah. "Ya. Kau pun sama. Walaupun syaitan boleh insecure dengan kau sebab kau lagi syaitan dari diorang, tapi ingatlah, kau tak lama lagi nak jadi wife orang juga. Kurang-kurangkanlah kesyaitanan dan kebangangan serta loading kau tu."

"Baik. Arahan diterima." balas Aisyah.

"Hati-hati drive. Danial, hantar Aisyah balik terus. Jangan gatal sangat nak pergi dating. Lusa dah nak nikah. Haa, lepastu kau dating puas-puas." pesan Arif.

Danial dan Arif bersalaman dan berpelukan.

~
"Esok kau hantar aku dekat rumah aku, lepastu kau amik kakak and adik-adik kau, lepastu kau datang balik tak dekat rumah aku?" tanya Aisyah sambil memandang muka Danial yang sedang fokus memandu.

"Ikutkan, aku nak gerak terus ke Johor lepas ambil siblings aku. Kenapa?"

"Oh. Erm, kalau kau datang balik dekat rumah aku lepas ambil siblings kau boleh tak?"

"Why, sweetheart?" mata Danial menjeling sedikit ke arah Aisyah untuk melihat apa yang dilakukan oleh Aisyah disebelahnya.

"Aku rasa ada orang follow kita dari rumah Alicia tadi. Tapi, kalau tak boleh takpelah. Aku ada basic teknik pertahankan diri. Kau pun mesti penat nanti nak patah balik."

"Lah. Aku okeylah nak ulang alik ke rumah kau. Yang penting, kau selamat." balas Danial lembut.

Aisyah menyembunyikan senyumannya.

"Elelelele. Buruk jer dia ni cover malu." usik Danial.

"Kau fokus dekat jalan sebelum kau yang masuk ICU." balas Aisyah. "Sehari tak cari pasal tak boleh. Ni kalau satu bilik, alhamdulillah pecah bilik."

"Haa! Kutuk akulah tu! Suka sangat tambah dosa!"

"Eyy mamat ni! Kau drive elok-elok! Aku hempuk guna stereng juga mamat ni nanti"

"Ya ya! Susah betullah dia ni!" Danial menggulingkan biji matanya.

"Esok kau ambil aku pukul berapa?" tanya Aisyah.

"Pukul 10 pagi macam tu boleh? Nanti aku hantar kau dekat rumah kau untuk kau kemas baju kau. Pukul 10:30 aku datang balik."

"Setengah jam jer?! Sempat ke?"

"Macam mana kau ni jadi bomba ea? Aku rasa jurulatih kau lagi kejam suruh korang bersiap. Seminitlah dua minitlah. Setakat setengah jam tu apalah sangat." Danial membebel.

Aisyah berdecit. Telefon Aisyah berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aisyah menjawab panggilan tersebut.

"Hello!"

"Kau dah kenapa mengamuk tak tentu pasal?" tanya Rafiq ditalian.

"Nothing. Kau kenapa call aku? Dah nazak ke?"

"Mulut baik sikit ea, perempuan! Nanti send alamat rumah parents kau dekat dalam group. Kitorang nak buat rombongan."

"Haa. Okey. Nanti aku bagi alamat. Bye." Aisyah mematikan panggilan tersebut. Jarinya pantas menekan ikon Whatsapp untuk memberi alamat rumah ibu bapanya dalam grup Whatsapp pasukannya.

"Baju nikah kita dekat mana kau letak?" tanya Aisyah kepada Danial.

"Ada dekat dorm aku. Kenapa?"

"Dekat dorm kau ada siapa je?"

"Sebelum ni aku dengan Arif je. Tapi sekarang aku je la. Tak tahulah nanti kalau diorang ldr, Arif still duduk dekat dorm ke tak."

"Oh. Erm okey."

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now