Beribu tahun dahulu.."Ma, Ael lahir memang tak ada bapa ke? "
Soalan yang keluar daripada seorang kanak-kanak, berjaya menarik perhatian sang wanita yang tenang menjahit baju. Gerak tangannya terhenti dengan sendiri. Mata emasnya, berbalas pandangan dengan puteranya.
"Kenapa Ael kata macam tu? " wanita itu menyoal lembut. Aeldera mengembungkan pipinya.
"Sebab Ael tak pernah nampak dia pun? Ma dengan uncle Alter aje ada. " cebik Aeldera Tempest yang masih lagi kecil dipangkuan ibunya.
"Do you want.. To meet him? " sang ibu menyoal lembut. Mata Aeldera ternaik mendengar soalan itu.
"Can I? " Jelas suaranya teruja.
"One day Ael. " Alyssa Tempest, ibu kepada Aeldera membalas sambil menarik tubuh kecil itu kedalam pangkuan. Tanganya mengelus lembut rambut emas anaknya.
"One day you will meet him. Tapi janji sesuatu dengan Ma.. "
"Janji?"
"Be strong. "
Aeldera yang masih kecil, jelas keliru. Kenapa dia perlu kuat? Dia memang dah kuat! Okey, mungkin tak sangat, tapi dia akan jadi kuat jugak tanpa perlu berjanji!
"Boleh Ael janji itu dengan Ma? " Soal Alyssa sekali lagi.
"Of course! If that's make you happy! " Aeldera tersenyum lebar lalu memeluk erat tubuh wanita itu. Alyssa hanya ketawa dan membalas pelukkan anaknya.
"I love you, son. Really love you. "
"I love you more Ma!" Aeldera menjarakkan dirinya bersama tangan yang dilayang-layangkan di udara.
"And I will tell the world how much I love you now! "
"Really? "
Kali ni Aeldera mendekatkan bibirnya pada telinga si ibu.
"Reaaaaally! I love you my so much, dearest Mother! "
"Ael! " Alyssa ketawa lagi.
"You said you want to tell the world? I'm not world!"
"Ma! You're my world!" Kali ni kucupan naif di berikan pada pipi Alyssa.
"And always be one and only! "
"Atta boy! How could you be so adorable? "
Gelak tawa mengisi ruang mereka. Tidak lama, muncul seorang gadis kecil di sebalik pintu. Wajahnya hampir sama seperti Aeldera serta Alyssa.
"Ma. Big brother. What are you guys doing? "
"Amery! Come, come! "
Amery terus berlari mendapatkan ibu serta abangnya. Aeldera turun daripada pankuan si ibu, memberi ruang kepada adiknya untuk bermanja pula.
"Apa yang abang dengan Ma sembang? Nak tahu jugak! "
Aeldera tersengih sehingga telinga.
"Tak ada cakap apa pun. Cuma cakap yang adik abang ni comel macam anjing! "
Mata Alyssa serta Amery terbutang. Tercebik-cebik bibir adiknya seakan mahu menangis sambil tangan di acah-acah mahu menumbuk abangnya.
"Eyy! Takda! Takda! Apa pulak macam anjing?! Amery lagi comel daripada anjing! Abang lah anjing! "
"Eh kita pulak! Tak sedar diri!"
"MAAAAAAAAAAAA TENGOKK ABANGGGG!! "
"Ma memang selalu tengok abang. Amery aje baru tahu! "
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
خيال (فانتازيا)-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...