Sebuah kenderaan berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah taman,pintu ditolak dan Hafez turun dari dalam kenderaan. Erica,Sakuya dan Jeanne pula menyusul,Hafez memandang ke kiri dan ke kanan."Kamu bertiga buat la apa yang patut.. aku perlu bertemu dengan seseorang.." jelas Hafez dan tiga orang gadis itu mengangguk sahaja.
Langkah diorak dan Hafez menjejak kaki ke dalam taman,menghampiri satu susuk tubuh yang sedang duduk memandang ke arah tasik taman tersebut.
"Tuanku.." sapa Hafez sebaik sahaja menghampiri susuk tubuh itu.
"Aha.. Sampai pun.. duduk lah.." pelawa individu itu,iaitu Reezal Al'Solleh. Raja Mentari ketika ini,Hafez mengangguk dan duduk di sebelahnya.
Reezal hanya berpakaian normal,tidak dengan formal dirajanya. Ini bermakna dia bergerak dalam samaran,namun Hafez menyedari beberapa orang sedang melindungi Reezal dari jauh dan tersembunyi.
"Ada berapa orang?" soal Reezal.
"Lima.." jawab Hafez pendek.
"As I expected from elite.." ujar Reezal tersengih.
"Cut the chase your highness.. why are you calling me?" Hafez berkata sambil menghela nafas pendek.
"Alright.. why so serious.. here.."
Hafez mendengar bunyi nada dering,tanda smartwatch miliknya menerima satu hantaran. Hafez terus menekan tanpa menunggu,sebaik dibaca buatkan dia terkejut sedikit dan memandang ke arah Reezal.
"Tuanku,ini?"
Reezal tersengih sahaja dengan reaksi Hafez,apa yang Hafez baca sampaikan dia terkejut?
Sebuah hutan tebal,kelihatan haiwan buas sedang berkeliaran. Tidak lama lepas itu,dikejutkan dengan sebuah motorsikal meredah hutan tebal.
Nazemi meredah hutan tebal dengan menggunakan motorsikal miliknya,jentera itu dicipta dengan abiliti meredahi hutan belantara tanpa masalah.
Tetapi...
Ke mana Nazemi mahu tujui?
Nazemi menerima bunyi 'beep' berulang-kali,di radarnya menunjukkan tanda dia sudah hampir ke destinasi yang ditujui.
Motorsikal dihentikan di satu tempat,Nazemi menekan butang dan motorsikalnya dalam keadaan stealth mode.
Sniper dicapai lalu disangkut pada belakang badan,dua pucuk pistol disisip pada dua-dua belah bahagian pinggang. Riffle disangkut pada belakang pinggang,serta beberapa magazine.
Mulutnya ditutup dan Nazemi mengikat bandana,pada kepalanya dan mula bergerak.
Nazemi memeriksa dari dalam semak secara berhati-hati,sebuah kem besar kelihatan. Kem tersebut memaparkan lambang singa berwarna hitam,Nazemi menggunakan binokular memeriksa sekitar kawasan.
Dia menekan pada smartwatch dan beberapa mini micro drone,keluar dari sisi zirah bahunya dan terbang menuju ke kawasan kem.
Nazemi berundur ke belakang,dia berpindah lokasi dan memeriksa kamera dari micro drone.
Kawasan kem itu begitu luas melebihi dua gudang,dilengkapi turret dan menara pemerhati. Nazemi menarik sniper miliknya,lalu membidik ke menara pemerhati.
Setiap menara ada dua pengawal yang sedang mengawasi,namun Nazemi hanya tenang dan mengacukan pembidik sniper.
TUSSP!!
Klakk!!
Salah seorang pengawal di menara tumbang,rakannya mahu memberi amaran.
"Shh...."
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventuraDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...