Alya mendapat call dari Hariz bahawa Puan Mariam dibawa ke ambulans selepas tidak sedarkan diri. Alya punya risau sampai nak balik Selangor hari tu juga. Hariz sempat menghalang lalu Hariz berkata,
"Jangan risau sangat pasal ummi tu. Doktor kata mata dia pedih sikit kena ubat titik okay dah. Ummi tu gabrah lebih itu yang sampai pengsan tu. Masuk ambulans elok tersedar."
Sebelum end call sempat Hariz mengingatkan Alya sekali, "abang dah transfer duit. Nanti pergi hospital ke pharmacy yang dekat beli ubat tu. Jangan degil."
*****
Ain berjalan hendak ke bilik Encik Asyraf macam biasa, dia paling excited nak jumpa Encik Asyraf setelah beberapa hari tak jumpa. Ain membawa sejambak lili putih untuk diletakkan ke dalam bilik Encik Asyraf lah konon.
"Okay sir thank you sir." kelibat Yasir tiba di hadapan Ain tanpa diduga. Dia keluar dari bilik pensyarah. Pantas Ain menyorokkan jambangan bunga itu. Dan pura pura jalan biasa.
Minta minta lah dia tak nampak. Ain acah cool tak nampak takut atau gabrah sangat.
Yasir duduk sambil memakai kasutnya. "Eh ain." tegur Yassir terpandang sepasang kaki berjalan laju di hadapannya, bila dilihat itu adalah Ain yang mencuba berjalan laju di hadapannya nak mengelak dari dia lah sudah tentu. Ain tak mahu dengar, sebaliknya dia terus berjalan pergi tak nak berborak dengan Yasir.
"Nak pergi bilik Encik Asyraf ke tu." kuat suara Yasir mengatakan begitu membuatkan Ain menoleh terus ingin menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. "Kau boleh diam tak."
Yasir terkejut melihat jambangan bunga di tangan Ain yang tanpa Ain sedar bahawa dia yang berusaha nyorokkan kini sudah ternampak. "Fuhyoo bunga."
"Eh." Ain terus menyorokkan kembali jambangan bunga itu di belakangnya. Yassir sudah bantai gelak melihat Ain. "Kau ni patut lelaki bagi bunga. Ni kau yang beriya..tengok sini." Yassir terus menarik tangan Ain untuk melihat jambangan bunga itu. "Tengok bunga hantu kau bagi."
Ain menarik kembali tangannya dari dipegang Yasir. "Eh pandai lah kau. Orang kedai bunga cakap ni bunga tanda sa...." Ain terdiam sebentar. Dia tak boleh sambung nanti kantoi. "Ahh kau menyebok. Dah shuhh shuhh." Ain berjalan pergi dari situ.
"Kau jangan lupa. Dah seminggu kita masuk belajar ni. Kau bila nak kenalkan Alya dengan aku."
"Ahh diam lah kau. Orang dah ada pakwe pun kau nak try." Marah Ain memandang Yasir dari jauh dengan muka yang sangat geram. Yassir tersengih ketawa melihat Ain ni sebenarnya senang je nak control.
"Nak dating jangan pakai kereta sama. Nanti next time aku rakam je." ugutan Yasir membuatkan Ain yang berjalan pergi lantas berhenti. Dia memandang Yasir lalu dicabut kasutnya konon nak baling. Yasir tidak menunjukkan reaksi takut pun sebaliknya dia melambai Ain dah terus melangkah pergi dari situ.
"Dia ni kalau tak menyusahkan aku tak sah. Bongok punya Yasir."
*****
Berkali-kali Alya mendail nombor Hariz tetapi tidak berjawab. Semacam busy je mamat tu. Jarang lah Hariz tak angkat call Alya. Alya mendail nombor Puan Mariam, pasti Puan Mariam tahu mana Hariz. Tidur ke? Koma ke? Tidur mati ke?
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...