[ 𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ]
𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚
"At the very first meet, I know you will be mine."
He's a monster
He's a devil
and
He's cruel .
Hayden Dennis . Leaders Black Evil . Kumpulan mafia yang berpengaruh dan menakutkan . Kacu...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ORKID yang berada di dapur sibuk menyiapkan makanan untuk sarapan mereka sekeluarga. Kehulur kehilir dia di dapur. Orang gajinya yang mahu membantu ditolak,tidak mahu ada yang mengacaunya di dapur. Bukan senang nak dia berada di dapur,ini pun atas permintaan Hayden. Katanya mahu merasa air tangan miliknya. Dia hanya turuti,lagipun sudah lama dia tidak memasak.
Hayden yang baru turun itu berkerut dahi apabila terbau masakan yang dia rasa pernah bau ini. Kakinya melangkah perlahan ke arah dapur. Sampai saja di dapur dia terlihat Orkid sedang membelakanginya. Senyuman terus saja terukir pada wajah dingin itu.
Dia berjalan masuk ke dalam kawasan dapur. Orkid yang ralit itu langsung tidak perasan akan kehadiran Hayden.
"Hey..."
Terangkat bahu Orkid apabila terasa ada tangan yang melilit pinggannya dari belakang dan suara garau milik seseorang di belakang telinganya. Hampir saja jari mulusnya itu mahu terkena pisau.
Orkid mengerling sedikit ke belakang. Terlihat Hayden sedang tersenyum manis memandangnya. Satu kucupan Hayden berikan pada pipi Orkid. Membulat mata Orkid apabila menerima ciuman itu.
"Awak gosok gigi tak lagi ni?" Tanya Orkid kepada Hayden. Hayden menyangkutkan dagunya di bahu Orkid. Orkid pula kembali tertumpu pada pisau dan daging ayam.
"Tak." Jawab Hayden sepatah. Dia melihat wajah Orkid dari tepi. Senyuman masih lagi tidak pudar.
"Eeee dah lah cium orang,lepastu tak gosok gigi lagi. Tak malu!" Kata Orkid. Orkid menjeling sekilas Hayden. Hayden hanya tergelak kecil.
"Biar lah tak gosok gigi pun. Cium kau je,kau pun ambil lah berkat dari mulut wangi aku ni."
Laju saja cubitan ketam diberikan pada Hayden. Orkid melihat Hayden tajam sebelum melihat ke depan kembali. Semakin galak Hayden ketawa.
"Orchidee,kau nak masak apa ni?"
"Saya nak masak nasi goreng je. Mudah dan lazat!" Kata Orkid. Hayden melepaskan pelukan,dia memusingkan badan Orkid apabila melihat Orkid sudah selesai memotong daging ayam dalam bentuk kecil. Tanganya diletakkan disisi Orkid,memerangkap Orkid. Orkid mendongakkan wajahnya memandang Hayden.
"Kenapa awak?" Tanya Orkid pelik. Tangannya yang tidak basuh itu diangkat sama tinggi dengan paras bahu Hayden.
"Awak kenapa? Tangan saya berbau lah."
Hayden tidak menghiraukan namun dia mendekatkan wajahnya pada wajah Orkid. "Kau nak tahu tak apa yang lazat lagi?" Tanya Hayden sambil memandang tepat ke dalam anak mata Orkid. Orkid mengerutkan dahinya.