BAB SATU

12 0 0
                                    

Jalannya  terbehenti apabila  dihalang seseorang dan bahunya digenggam kuat Wafiy.

" bro what are you doing , who gave your permission to touch me ? with your dirty hand ! " Dahlia menepis genggaman dibahu nya dengan kuat.

Wafiy memandang tajam wajah gadis didepannya.

" WHAT !? " separuh jerit suara Wafiy. Gadis didepan ini memang membuat darah nya mendidih.

Dahlia tersentak , kakinya kaku. badannya terkunci. Kenapa dia yang tinggikan suara ke aku , padahal dia yang buat hati aku sakit. Air matanya yang ditahan jatuh juga pada akhirnya. Tangannya mengelap air mata yang jatuh.

Wafiy menjadi cemas . Kemarahannya sebentar tadi hilang serta merta apabila cecair jernih keluar dari mata Dahlia.

" Sorry sayang , I bukan nak buat you nangis " tangannya ingin memeluk si gadis itu tetapi tidak dapat kerana Dahlia cepat cepat meninggalkannya sendirian disitu dengan badannya dibasahi hujan yang lebat.

Tanpa menghiraukan pujukan lelaki itu. Dia terus cepat cepat berlari pergi ke arah bas yang sekarang betul betul ada pada waktu yang tepat apabila dia memerlukannya . Pakaian yang basah lencun membuatkan dia dingin kesejukan. Sungguh ingin sahaja dia buka baju itu dan tukar baju yang lain sekarang. Bajunya lembap dan basah membuatkan badannya terasa gatal.

Ada kerusi yang kosong dihadapannya tetapi dia memilih berdiri daripada duduk. Tak akan pula dia mahu basahkan kerusi bas itu, nanti berbau pula bas ni disebabkan kerusi nya lembap bila di duduk oleh nya. Tempat pemegang yang disediakan di dalam bas itu dipegannya. Tak memasal kalau tidak dipegang boleh tergolek golek dia bila bas berhenti mengejut. Memalukan betul.

Sebenarnya dia perasan bila semasa dia masuk sahaja di dalam bas , semua yang ada dalam bas itu memerhatikannya. Tapi dia mengabaikan itu. Sekarang dia tengah melayan hati nya yang sakit disebabkan jantan tidak sedar diri itu.

" Sayang , kenapa menangis ?! Awak salah faham sayang. She's the one who teased me."

Dia teringat apa yang laki itu katakann sebentar tadi. Senyuman senget terukir dibibirnya. Dada nya semakin sakit bila mengingat apa yang dia lihat tadi. Kau cakap dia yang goda engkau. Padahal korang berdua berasmara seperti burung jantan dan betina yang tengah musim berkahwin . Tak malu berciuman di tempat umum. Lepas itu kata kau yang digoda. Dasar jantan tak guna.

Anxiety nya muncul dengan tiba-tiba. Nafasnya seakan akan sesak . Sedaya upaya dia cuba menarik nafas dengan baik. Penglihatan nya menjadi. Kepalanya berdenyut denyut. Badannya terhuyung hayang.

Akhirnya badannya rebah di dalam bas itu.

______

Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia menyedarkan dirinya dia sudah berada di sebuah bilik yang terang dengan baju hospital yang tersarung dibadanny. Ouh sudah pasti dia tahu ini akan terjadi tetapi siapa yang hantarnya ke hospital?

" Ouh dah bangun rupanya kau. Lama aku tunggu kau sedar "

Dahlia cuba untuk duduk. Matanya sedaya upaya mencari si empunya suara yang sedang bercakap dengannya. Kabur kabur matanya dapat melihat kelibat seorang Wanita sedang memakai skirt Panjang yang ketat berwarna biru tua dengan rambut pendek separas bahu. Tapi dia tidak dapat melihat rupa wajah Wanita itu kerana penglihatan nya sekarang tidak jelas.

" Siapa kau ? Kenapa kau ada dekat sini "

" HAHAHAHAHAHA..." gelakkan itu bergema kuat dibilik itu sampai membuatkan telinga Dahlia menjadi sakit. Kedua belah tangannya menutup telingat yang sakit dek kerana suara itu. Matanya dipejam kan takut.

Beberapa minit selepas wanita yang tak dikenalinya gelak. Bilik itu menjadi sunyi sepi . Dia cuba beranikan diri buka matanya.

" ARGHHHHH... " wanita yang dia cari itu sekarang bertatap muka  dengannya tinggal dalam  beberapa inci sahaja jarak dengan Dahlia.

Tangan wanita itu cepat cepat menutup mulut Dahlia menggunakan tangan kanannya. Dia tidak mahu jeritan Dahlia menarik tarikan doktor dan jururawat di hospital itu. Matanya membesar menghadap Dahlia.

" Dahlia ! Kau lupa ke kita dulu pernah jadi teman ? " katanya dengan nada yang jelas nampak yang dia sedang marah.

" Kau lupa ke ? Dulu time kau menangis meraung , aku yang ada setia disisi kau hah. Ouh kau lupa juga dulu masa family kau caci maki kau. Aku yang selamat kan kau dari bunuh diri "

Dahlia menahan dirinya dari menangis. Sungguh sekarang dia ketakutan. Dia ingin menangis teresak-esak kerana terlalu takut tapi mulutnya ditutup oleh tangan wanita itu.

" KAU LUPA AKU ? " wanita itu melepaskan tangannya dan ingin menampar Dahlia.

" Nanti ? " wanita itu berhentikan tangganya selepas dahlia berkata nanti. Dia tersengih.

" Kau dah ingat aku ? " tanyanya. Wajahnya yang menyeramkan sebentar tadi hilang bertukar dengan riak teruja.

" Ya.. ya a..ku.. i...i...ngat ka..u " air matanya jatuh. Tergagap-gagap dia menjawab. Benar kalini dia benar benar takut. Barangkali wanita didepannya ini akan membunuhnya. Dia takut.

Wanita yang dihadapannya memeluk Dahlia.

" Dahlia don't cry okay , okay okay jangan nangis "

Tangisan Dahlia tak berhenti Walaupun sudah dipujuk. Dia takut. Lagi lagi wanita yang dihadapinya ini seperti orang gila. Sudahlah dia tidak kenalinya . Lepas itu dia boleh mengugut. Ya Allah bantu aku .

" DAHLIA I SAID STOP CRYING ! " lontaran suaranya menjadi lagi kuat dan menyeramkan. Wanita itu mengambil pisau yang ada di dalam bakul yang berisi buah.

Dia datang mendekati Dahlia dengan mata membesar dan biji matanya juga bertukar seperti merah darah. Badannya pula penuh dengan calar balar yang berdarah dan masih belum kering. Dia mengacu pisau itu ke arah terletaknya  jantung Dahlia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PULIH KEMBALIWhere stories live. Discover now