Selamanya Milik Hayden Dennis
"JANGAN lah macam ni Hay! Bawak lah kitaorang sekali! Please Hay,kitaorang janji kitaorang tak fitnah kau lagi!" Rayu Alex bersama tangisannya. Hayden hanya menghiraukan rayuan itu. Dia duduk bersilang kaki di sofa ruang tamu. Orkid menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hay...please. Bawak lah kitaorang sekali. Kau takkan nak tinggalkan adik kau yang comel ni sorang-sorang kat Malaysia. Nanti jadi apa-apa kau juga yang susahkan?" Bodek Haider. Dia menayang wajah simpati.
"Kau tak sorang,kau ada kawan. Dan ini denda sebab buat bunga aku menangis." Jawab Hayden tenang. Mahu menangis Haider dibuatnya. Selama ini dia lah yang abang dia utamakan. Kalau cakap macam tu mesti Hayden akan bagi keizinan. Tapi sekarang dah tak! Nak nangis lah macam ni!
Orkid memandang mereka simpati. Entah kenapa hatinya lembut saja. Walaupun mereka memperbodohkan nya tadi,tapi tidak tergamak dia mahu meninggalkan adik-adik suaminya. Orkid melihat Hayden disebelah.
"Awak..." Panggil Orkid lembut. Hayden berpaling dan menjongketkan keningnya tinggi. Orkid bermain dengan jari jemarinya.
"Hm...apa kata kita bawa je diaorang dengan kita?" Tanya Orkid berhati-hati. Membulat mata Hayden mendengar itu. Dia tak salah dengarkan? Isterinya nak dia bawa sekali toyol ini ikut mereka honeymoon?! Mereka bertiga pula sudah bersinar mata melihat Orkid.
"Baiknya kakak ipar saya yang cantik ni." Puji Darif. Dia tersenyum lebar memandang Orkid.
"Sangat lah baik walaupun kita dah buat dia nangis tadi." Kata Alex sambil sedut hingus yang mengalir. Comel.
"Takkan ku sia-siakan kakak ipar sebaik dan secantik ini." Kata Haider lagi penuh dramatik. Memasing sudah menayang senyuman lebar dan terharu.
"No! Taknak! Aku takkan bawa diaorang sekali. Kau dah lupa apa yang dia buat kat kau tadi? Sampai kau menangis macam hilang anak." Kata Hayden. Dia menggeleng kepala nya tidak setuju dengan permintaan si isteri. Orkid memegang lengan Hayden lembut.
"Please awak...Manusia tak sempurna,semua melakukan kesilapan. Diaorang bergurau,saya je yang tak pandai nak faham situasi. Please..." Rayu Orkid manja. Dia mengedipkan beberapa kali matanya. Hayden yang melihat itu sudah cair didalam namun wajahnya tetap dinatrualkan. Tidak mahu kalah dengan godaan dan rayuan di isteri.
"No it's means no,my orchidee. Honeymoon untuk berdua bukan untuk keluarga. Nanti ada orang kacau lah kita nak buat." Kata Hayden lagi. Dia menyilangkan tanganya ke dada. Kepala berpaling tidak mahu melihat isterinya. Dia tahu dia akan kalah apabila melihat kecomelan isterinya.
YOU ARE READING
Cik Bunga Untuk Tuan Mafia
Aksi[ 𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 "At the very first meet, I know you will be mine." He's a monster He's a devil and He's cruel . Hayden Dennis . Leaders Black Evil . Kumpulan mafia yang berpengaruh dan menakutkan . Kacu...