"Stop it Aiden." Alyssa memalingkan wajahnya.
"Love, I'm serious. Saya nak halalkan awak. Saya tak kisah berapa kali awak nak tolak saya. Saya tak minta banyak. Cukup bagi saya lafazkan akad untuk seorang perempuan yang saya cinta." Ucapan yang penuh penekanan dan diiringi dengan perasaan yang cukup mendalam.
Alyssa perlahan memandang Aiden. Gadis manis itu cuba mencari penipuan pada mata Aiden.
Tiada.
Tiada langsung penipuan di dalam matanya. Hanya keikhlasan yang diperlihatkan. Lama mereka bertatapan mata seolah-olah sedang berbicara melalui deria itu.
Air mata Alyssa mula bergenang melihat Aiden tertunduk seperti kecewa.
"Saya takut Aiden." Air matanya akhirnya tewas. Alyssa mengalirkan air matanya.
"Hey angel. I'm sorry. I'm sorry, I didn't mean to make you cry." Aiden mengambil tisu lalu cuba mengelap air mata Alyssa tanpa bersentuhan.
"Saya takut Aiden. Saya takut awak cuma nak mainkan hati perasaan saya. Saya takut awak kecewakan saya sebab saya tak pernah rasa kecewa dan saya tak nak rasa perasaan itu." Air mata yang mengalir itu tidak dipedulikan Alyssa.
"Sayang, saya tak boleh janji dengan awak kalau saya tak akan kecewakan awak. Tapi saya akan buktikan pada awak yang saya mampu buat awak jadi bidadari yang paling bahagia di dunia ni. Saya tak kan biarkan sesiapa sakitkan hati awak. Cause you're my angel." Aiden menyeka air mata Alyssa yang turun bercucuran.
Alyssa tersenyum manis dengan mata sepetnya.
"Bagi saya masa untuk mengenali awak lebih dalam lagi. Kalau betul awak jodoh saya, saya akan terima awak dengan hati terbuka dan ikhlas. Saya tak akan tolak ketentuan dan takdir Allah." Alyssa terlihat gembira dengan senyumannya.
Aiden ingin menjerit sekuatnya.
"Thank you, love." Aiden mengucap ribuan kata syukur di dalam hatinya.
Alyssa hanya mengangguk kaku. Dia berdebar melihat wajah Aiden yang sedang menatapnya.
"Em jom kita masuk." Alyssa berlari keluar dari kereta menuju ke pintu utama rumah Aiden.
Aiden yang melihat itu tertawa kecil di dalam kereta.
"Nasib belum halal, kalau tak saya dah terkam awak dah, love." Aiden berbicara sendirian.
Dia segera keluar dari kereta mengikuti langkah Alyssa.
Pintu banglo besar milik keluarga Aiden di buka.
"Assalamualaikum aunty. Lyss minta maaf tak dapat melawat Adel waktu dekat hospital hari itu." Alyssa menyalam tangan Helene.
Aiden tersenyum melihat kesopanan Alyssa dengan pertuturan bahasanya dan pakaiannya.
Untungnya Aiden mendapat bakal isteri yang menutup aurat dan baik hati."Waalaikumsalam, tak apa Lyss. Ni Lyss datang pun aunty dah senang hati dah. Lama aunty tak jumpa Lyss, jadi rindu pula." Mereka berjalan memasuki isi rumah itu.
"Lyss pun rindu juga dekat aunty. Terima kasih aunty." Ucap Alyssa sambil menaikkan kedua sudut bibirnya.
Helene tersenyum.
"Terima kasih sebab sudi bagi kasih sayang aunty pada Lyss. Terima kasih sebab sudi bagi Lyss rasa macam mana kasih sayang seorang ibu." Alyssa menyambung kata-katanya tadi di dalam hatinya.
Tok! Tok! Tok!
"Adel, ni ada orang datang nak jumpa Adel."
Helene melangkah masuk ke dalam ruang bilik Adelline diikuti Alyssa dan Aiden.
YOU ARE READING
𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮
Romance|| My First Karya || Aiden Hayder & Alyssa Mikayla Seorang jejaka tampan yang berketurunan cina. Tidak dinafikan, dia selalu menjadi pujaan wanita-wanita di luar sana kerana kulit putihnya, badan sasa dan tidak lupa juga, mata hazelnya. Dia terli...