SEBUAH kedai buku menarik perhatian Aish. Matanya tertatap pada beberapa naskah majalah yang dihiasi dengan wajah Harith Amsyar sebagai cover utama majalah tersebut. Tak hairanlah Harith menjadi model, rupa dan bentuk badannya itu sangat sempurna menjadi penghias majalah.
Leka termenung, kenangan lama singgah di ingatan Aish. Tangan kanan digenggam erat.
"Ray, tengok sini!"
Aish memandang ke arah wanita yang memanggilnya. Senyuman tidak lekang di bibir Aish tatkala mata mereka bertembung.
"Nah pakai baju yang ni, Reen jamin 100% Ray akan nampak lebih handsome daripada lelaki lain." Perempuan yang bernama Reen itu menghulurkan sehelai baju kot berwarna biru tua kepada Aish.
"Pakaikan please?" pinta Aish manja.
Tanpa banyak songeh, Reen membantu Aish memakai baju kot itu dengan berhati-hati.
"Kacaknya," puji Reen sambil merenung wajah tampan Aish yang dihiasi senyuman dan tatapan penuh cinta.
"Mestilah. Kepunyaan siapa juga?" usik Aish sengaja.
"Kepunyaan Reen lah! Mana boleh share dengan perempuan lain," jawab Reen dengan yakinnya.
"Hehe I love you," ucap Aish namun Reen pura-pura tak dengar. Mukanya sudah memerah menahan malu.
Nafas berat dihembus. Kenapa susah sangat Aish ingin melupakan kenangan masa lalunya itu? Perasaan rindu sering kali datang setiap kali dia terkenangkan memori mereka bersama dulu.
Nombor telefon Reen didail namun tak dapat dihubungi. Tanpa henti Aish lakukan hal yang sama dengan harapan dia akan mendengar suara cinta pertamanya itu sekali lagi.
"Baliklah Reen, I miss you."
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
USAI bekerja pada malam itu, Nayra singgah di sebuah kedai runcit. Niatnya ingin membeli makanan ringan terbantut apabila dia sedar ada seseorang yang mengekorinya dari tadi.
Nayra seluk telefon pintarnya lalu nombor Alya didail namun tidak diangkat. Tanpa berfikir panjang, kaki dibawa selaju yang mungkin untuk melarikan diri dari tempat itu apabila melihat orang itu mengejarnya.
Leka berlari, Nayra terlanggar bahu seorang lelaki yang membuatkan telefon pintar mereka jatuh ke lantai. Tanpa membuang masa Nayra mengambil telefonnya lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya manakala lelaki itu mengambil telefonnya dan diletakkan dalam poket seluarnya.
"Sorry," ucap Nayra sebelum dia berlari menjauhi kawasan itu.
"Kenapa macam pernah nampak?" soal Aish sambil melangkah ke arah keretanya. Sempat juga dia melihat kelibat seorang lelaki berhoodie hitam berlari ke arah yang sama dengan perempuan yang melanggarnya tadi.
"Mungkin perempuan tadi tu girlfriend dia. Biasalah tu gaduh-gaduh manja." Begitu positif pemikiran seorang Aish Rayhan.
Setelah menemui jalan mati, Nayra berhenti berlari. Kedengaran langkah seseorang yang menuju ke arahnya. Lekas badan dipusingkan menghadap Khairul yang menghalang jalannya.
"Surprise! Rindu aku tak?"
"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" soal Nayra agak geram. Jangan kata Khairul berpaling dari obses Alya kepada obses Nayra?
"Banyak sangat." Khairul mula melangkah menghampiri Nayra, Nayra pula berundur sehinggalah dia tersandar di tembok itu.
"Give up jelah. Kau tak boleh lari dari aku." Khairul tersenyum sinis sebelum dia menukarkan wajahnya menjadi bengis.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romansa1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...