ARASH duduk menanti gilirannya seperti hari-hari biasa, dia ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Pagi tadi dia keluar awal tanpa memberitahu Alyssa kerana dia dapat merasakan bahawa Alyssa masih lagi marah padanya.
Dan dia tidak tahu apa kesilapan besar apa yang telah dia lakukan sehingga membuatkan hubungan mereka suami isteri begitu dingin kerana Arash benar-benar tidak dapat ingat. Hari ini Arash mengenakan polo shirt berkolar berwarna kuning cair di padankan dengan jeans biru gelap.
Sebelum ke hospital dia sempat pergi ke salon untuk memotong rambutnya. Penampilannya nampak lebih kemas dan bergaya kerana stylish berkenaan pandai memotong kena pada wajahnya.
Arash nampak lebih kacak dan berkeyakinan. Walaupun dia memiliki wajah dan tubuh yang sempurna, tapi jiwanya kosong. Dia tidak dapat mengingati siapa dirinya yang sebenar. Sebahagian besar ingatan dan memorinya terpadam sejak kemalangan sebulan yang lalu.
Dia tidak mengetahui siapa ibunya dan siapa bapanya? Apa pekerjaannya dan yang paling penting apakah punca pergaduhannya dengan Alyssa sehingga Alyssa selalu mengelak dari berbual dengannya. Dia sayangkan Alyssa. Sebab itu dia tidak pernah lupa appointmentnya dengan Doktor Harris.
Dia ingin memulih ingatannya cepat agar segala kekusutan dan kesilapan yang telah dia lakukan dapat di ketahui.
Dia mahu membaiki kesilapannya dan sekiranya dahulu dia tidak menghiraukan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Arash akan menjaga rumahtangganya dengan baik dan tidak akan melukakan hati Alyssa kerana dia terlalu sayangkan Alyssa, namun dia tidak berdaya melakukan apa-apa sekiranya Alyssa sendiri tidak ingin berbual dengannya.
"Encik Arash!,"
"Encik Arash!!!," laung jururawat di kaunter mematikan lamunan Arash
Arash bangkit dari kerusi dan menuju kearah jururawat yang memanggilnya tadi.
Arash hanya mendiamkan diri dan dia tidak sabar menanti keputusan dan ulasan dari Doktor Harris, setelah hampir satu jam dia menjalani terapi dan pemeriksaan lanjut, dia ingin sekali mendengar keputusan positif dari Doktor Harris.
Pintu bilik Doktor Harris di ketuk seseorang.
"Masuk..!," ujar Dr. Harris.
Tombol pintunya di pulas dari luar. Seorang jururawat bertugas menyerahkan beberapa fail kepada Doktor Harris. Dr. Harris menyambut fail dari tangan jururawat tersebut. Lalu membuka salah satu fail yang diterima.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...