Part 15

103 5 4
                                    



"HAI dah lama tak dengar khabar?? Kalau tidak selalu-selalu call cari I," usik Farah setelah sudah lama juga dia tidak di ganggu Alyssa. Ada suatu masa satu hari dia menerima panggilan telefon dari Alyssa hingga 5 kali gara-gara boss cerewet Alyssa.



Jika tidak hampir saban hari dia menerima panggilan telefon dari Alyssa bertanyakan tentang projek yang syarikat mereka kendalikan. Farah tahu majikan Alyssa seorang yang tegas.



Alyssa ketawa mendengar usikan Farah. Walaupun dia belum pernah bertemu mahupun mengenali setiausaha Tan Sri Ibrahim secara peribadi, namun mereka mesra kerana selalu berurusan melalui telefon seolah-olah kenalan lama.



"Biasalah Farah, si kepala angin tu tak ada kat office, tenteram sikit jiwa I," ujar Alyssa lalu ketawa kecil. Bukan pekerja di syarikatnya sahaja yang tahu mengenai panas baran Arash. Pejabat perdagangan pun tahu akan perangai buruk Arash.



"Your boss tak ada??? Pergi mana? Pergi vacation?," tanya Farah.



Farah cukup kenal pada boss Alyssa. Boss Alyssa selalu juga berkunjung ke pejabatnya dan bertemu dengan Tan Sri Ibrahim, kerana Tan Sri Ibrahim kenalan lama Tan Sir Farihin ayah Arash.



Lagipun syarikat milik Tan Sri Farihin kini menjadi milik anak tunggalnya. Maka Arash banyak berurusan dengan bossnya mengenai bisnis.



"Taklah business trip, tak tahu bila balik. Tak balik pun tak apa..., aman office ni," ujar Alyssa lagi menunjukan bahawa dia lebih selesa jika Arash tidak berada di pejabat.



"Eh, you tak miss ke muka charming dia, nasib baiklah boss I dah tua lagi tak hensem, kalaulah boss I muda dan kacak macam boss you, hari-hari I datang kerja tak ambil cuti pun tak apa," gurau Farah sambil ketawa kecil.



Setiap kali Arash ke pejabatnya dia tidak pernah jemu memandang wajah Arash yang kacak, walaupun jejaka itu tidak pernah membuahkan senyuman kepadanya kerana menurut Alyssa dia terkena sumpahan tidak boleh senyum namun dia masih kelihatan kacak dan bergaya.



"Kalau perangainya cantik tak apa Farah. Ini kasi darah up aje, sebelum darah kita di hisapnya tak dapat boss hensem pun tak apa asalkan dia baik hati," jawab Alyssa tidak bersetuju dengan pendapat Farah.



Apalah yang ada pada wajah kacak kalau perangai Nauzubillahiminzalik. Issh tak nak dia.



"Speaking of your boss, dia ada depan mata I sekarang...," ujar Farah terperanjat bila terpandang kelibat lelaki yang mereka bualkan sedang jalan menuju kearah tempatnya.



Dia ternampak kelibat Arash berdiri di reception. Arash berpakaian casual dia tidak mengenakan suit yang selalu di pakai ketika dia berkunjung ke officenya. Kata Alyssa tadi Arash on business trip? Jika benar bagaimana Arash boleh berada di pejabatnya?



"Farah you jangan buat I heart attack, I baru nak tarik nafas lega kerana sudah 3 minggu dia tidak masuk office, you dah buat lawak," ujar Alyssa. Hampir berhenti degup jantungnya bila Farah bergurau begitu dengannya.



Dia pasti Farah hanya hendak mengenakannya dengan bergurau begitu. Farah tahu bahawa dia sememangnya tidak berkenan langsung dengan Arash kerana perangai buruknya.



"Serius Alyssa!..., I'm not joking dia ada duduk di depan I ni, lain pula dia hari ini, nampak lebih charming, I think he did something to his hair, I like his new hair style dia nampak lebih fresh," ujar Farah terus menerus merasa teruja melihat lelaki pujaannya dengan gaya rambut terbaru.



"Farah, be serious o.k! I think sekarang dia berada di Jepun, meeting dia belum habis," ujar Alyssa terpaksa berbohong untuk menutup helah. Arash berada di pejabat Tan Sri Ibrahim? Apa dia buat di sana dan apa urusannya?



"Eh kenapa pula dia tidak terus ke tempat I, selalunya dia call untuk appointment ini tidak! Eh dia macam tak kenal I aje, o.k.lah Alyssa I got to entertainment him, sebelum I kena lecture dengan Tan Sri, I call you later, bye," ujar Farah tergesa-gesa lalu mematikan telefon. Dia harus melayan tetamunya kerana Tan Sri tidak suka tetamunya tidak di layan dengan baik. Lebih-lebih lagi Arash. Kerana Arash merupakan salah seorang director di syarikat mereka.



"Eh Farah-," belum sempat Alyssa hendak meminta kepastian lanjut darinya.



Farah sudah pun meletak gagang telefonnya. Alyssa mendial nombor telefon rumah. Tiada orang menjawab panggilan. Tentu Faries dan Fariesya belum balik lagi. Alyssa mula panik. Khuatir Arash sudah dapat mengembalikan memorinya.



"Heh??!! Kenapa pucat aje muka kau?," sergah Shima bila wajah Alyssa kelihatan pucat dan jika di toreh pisau ia tidak akan berdarah. Apa yang membuatkan Alyssa begitu kalut. Apa yang berlaku di rumah?



"Arash ada di pejabat Farah," ujar Alyssa perlahan namun dapat di dengar oleh Shima dengan jelas.  Shima terperanjat bila Alyssa berkata demikian.



"Kau sure dia kat sana??," ulang Shima.



Alyssa tidak menjawab hanya menganggukan kepala. Tanpa berfikir panjang Shima terus mendial nombor telefon Farah. Lama juga Farah hendak menjawab panggilannya.



"Hello....,"



"Farah! Arash ada di office you?," tanya Shima sebaik sahaja Farah menjawab panggilan telefon.



"Arash..dia baru keluar dari office bila I cakap Tan Sri Ibrahim out-station sampai lusa. He look so strange, as if dia tak kenal I dan cakap terlalu formal, I nak bergurau dengan dia pun tak berani," terang Farah tanpa di minta.



"Dia tanya pasal Tan Sri Ibrahim saja," tanya Shima tanpa berselindung.



"Ah ya...bila I cakap dia out-station, dia kata terima kasih lepas tu balik. Dia tak sihat ke?? Dia nampak kurus sikit," tanya Farah sekadar ingin tahu. Perangai Arash sudahlah pelik kerana perlakuan tadi seolah-olah Arash tidak mengenalinya. Dan Arash kelihatan kurus sedikit. Mungkin Arash tidak sihat.



"Tak adalah, dia tu kan angin kadang-kadang dengan kita pun tak bertegur," bohong Shima setelah yakin Arash tidak berjumpa dengan Tan Sri Ibrahim.



"Oh macam tu...Angin ye dia!,"



"You tak kenal dia sangat Farah, dia banyak angin, angin barat daya, angin monsun semua ada," ujar Shima lalu ketawa kecil.



"Is it!??, teruklah macam gitu," Farah turut ketawa mendengar karenah Arash.



"Eh O.k.lah Farah sorry ganggu you, I call you for coffee someday, o.k. bye, "ujar Shima lalu meletak gagang telefon ke tempat asalnya.



Alyssa memandang wajah Shima ingin tahu apa yang di bualkan bersama Farah tadi. Panjang pula celotehnya dengan Farah. Dia ingin tahu juga apa kisahnya dengan Arash.



"Nothing to be panic, dia tak dapat jumpa Tan Sri cause Tan Sri out-station," ujar Shima lalu menuju ke arah mejanya.



Alyssa mengeluh lega. Hilang semangatnya tadi. Jika Arash dapat bertemu dengan Tan Sri Ibrahim pasti dia merasa hairan melihat kelakuan pelik Arash yang tidak mengenalinya pasti Tan Sri sudah menghubungi teman baiknya Tan Sri Farihin. Dan jika perkara ini berlaku maka tamatlah riwayat mereka berdua.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now