Part 16

88 6 4
                                    



SEKALI lagi mereka menerima satu lagi kejutan bila mendapati kereta Audi milik abang Alyssa berada di hadapan lobby tempat mereka bekerja. Kereta yang di pandu Arash. Arash sedia menanti mereka di dalam kereta.



Setahu Alyssa, dia tidak pernah memberitahu Arash akan alamat tempat mereka bekerja.



Alyssa dan Shima segera menuju kearah kereta dan tidak mahu rakan sepejabat ternampak Arash. Nasib baiklah cermin kereta mereka tinted. Jika tidak pasti pekerja lain sudah ternampak Arash.



"Hissh....si PC ni tak sudah-sudah menyusahkan hidup kita!," rungut Shima kelam kabut dia  membuka pintu lalu masuk duduk di tempat penumpang belakang kereta. Alyssa membuka pintu hadapan lalu duduk bersebelahan dengan Arash.



"Kenapa you susah-susah jemput kita???," ujar Alyssa dengan wajah tidak senang sebaik sahaja dia mengenakan tali pinggang keledar. Memang hari ini Shima tidak memandu kerana kereta Shima dihantar untuk service. Dan mereka tidak pernah meminta Arash menjemput mereka.



"Abang kesian tengok you berdua naik bas turun bas, kebetulan abang bosan duduk rumah, abang salah abang datang jemput Lysa dan Shima pulang," ujarnya cuba tersenyum.



Tidak sangka dia dimarahi Alyssa bila dia datang menjemputnya di pejabat. Memang Alyssa tidak pernah memberitahunya di mana dia bekerja. Namun dia ternampak kad kerja Alyssa yang tercicir tempoh hari. Maka dia ingin membuat kejutan dengan menjemput Alyssa. Dia yakin Alyssa pasti suka bila dia datang menjemput dan mereka tidak perlu bersusah payah menaiki bas. Dia tidak menyangka dia di marahi Alyssa bila dia berbuat demikian. Tujuannya hendak mengambil hati Alyssa namun perbuataannya itu membuatkan Alyssa marah padanya.



Arash sebenarnya tidak berapa sihat sejak pulang dari pejabat Tan Sri Ibrahim. Wajahnya kelihatan letih. Namun dia berbesar hati hendak menjemput Alyssa dan Shima pulang.



Alyssa tersentak bila telefon bimbitnya berbunyi menanda dia mendapat pesanan ringkas. Alyssa mencapai telefon dari bagnya.



Abang?... Sejak bila pulak dah pandai berabang-abang ni - Shima



Ini semua kau punya pasal lah dia dah pandai membahasakan diri dia abang.



Pantas jari Alyssa menaip message menghantar kepada Shima lalu menyimpan telefonnya kembali ke dalam bag.



Shima tersenyum.



"Rash, you had a hair cut!!!," tegur Shima untuk menghidupkan suasana yang sunyi sepi. Dia tahu Alyssa marah pada Arash, daripada sepanjang perjalanan mereka kerumah sunyi sahaja biar dia buka cerita agar perjalanan tidak begitu bosan.



"Kenapa tak sesuai dengan I ke???," tanya Arash lalu menjeling cermin pandang belakang memandang Shima yang duduk di belakang.



"Nope, you look much more better, more apa tu charming, eh really nampak fresh," puji Shima ikhlas. Dia pun hairan sejak bila pula dia pandai memuji si Arash sampai macam gitu sekali. Dahulu Shima sering menafikan yang Arash jejaka kacak. Tapi sekarang dia sendiri mengakui sememangnya Arash dalam kategori tersebut. Tengok sahajalah sebiji jerawat pun tak ada di mukanya. Dan dia senantiasa kelihatan kemas dan bergaya walaupun berpakaian casual.



"Hai, charming macamana pun...jika hati isteri sendiri saya tak dapat nak tawan pun nak buat apa?," ujar Arash lalu menjeling ke arah Alyssa sekilas, cuba melihat reaksi Alyssa bila dia memberi komen sedemikian.



Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now