Part 18

83 6 3
                                    



 "CAN I ask you something?," tanya Harris sebaik sahaja Arash kembali semula di coffee house di mana dia dan Aaliyah menunggunya. Arash tersenyum memandang Aaliyah sudah tersenyum semula dan leka bermain dengan anak patungnya. Bajunya sudah di ganti. Arash mencuit pipi Aaliyah lalu duduk di kerusi kosong.



"Sure!," jawab Arash lalu menoleh memandang wajah Harris.



"Macamana you tahu nama my daughter Aaliyah," tanya Harris lalu memandang wajah Arash.



"Did I????," ujar Arash seakan lupa tentang kejadian baru tadi. Benarkah dia memanggil anak perempuan Harris 'Aaliyah'? Arash benar-benar tidak perasan kerana dia turut merasa cemas bila budak perempuan itu terjatuh di dalam kolam tadi. Dan dia hanya mahu menyelamatkan nyawa budak perempuan itu. Mungkin dia tidak tersengaja menyebut nama Aaliyah. Dan kebetulan nama anak Harris juga Aaliyah.



"Yeah, even Aaliyah call you daddy," ujar Harris lagi. Dia ingin tahu apa pertalian di antara Aaliyah dan Arash.



Jika Arash tidak sengaja menyebut nama anaknya Aaliyah dan mungkin kerana nama budak perempuan yang di temui tempoh hari mempunyai nama yang sama. Harris masih boleh menerima kerana selalu memikirkan siapa budak perempuan itu maka dia tidak tersengaja menyebut namanya. Akan tetapi dia tidak dapat menerima kelogikannya bila anaknya Aaliyah memanggil Arash 'Daddy'. Masakan Aaliyah tersilap orang. Kerana Aaliyah memanggilnya 'Papa' dan bukannya 'Daddy'.



"I don't know, it come out so naturally, aku pun tak tahu macamana aku boleh terpanggil your daughter Aaliyah, aku minta maaf sekiranya kau tersinggung dengan tindakan aku tadi, it just my instinct," ujar Arash turut merasa keliru dan secara tidak sedar berkelakuaan demikian.



Sebagai seorang bapa sudah tentu Harris tidak menyenangi anaknya memanggil orang lain adalah bapanya.



Harris mendiamkan diri, dia sedang memikirkan sesuatu. Jika Aaliyah memanggil Arash "Daddy" berkemungkinan besar Arash adalah ayah kandung Aaliyah sendiri dan Amanda adalah bekas isteri Arash.



Tidak mungkin Aaliyah dapat mengingati wajah daddynya sedangkan Amanda sudah pun bercerai dengan bekas suaminya ketika Aaliyah berusia 4 tahun. Budak berusia 4 tahun di anggap terlalu muda untuk mengenali wajah daddynya. Melainkan dia selalu melihat gambar 'Daddy'nya.



Lagipun di dalam surat beranak Aaliyah hanya di tulis nama Aaliyah Amanda Spring manakala nama dalam passportnya Nurul Aaliyah Binte Harris. Amanda sengaja mahu ber binte Harris di belakang nama Aaliyah dan enggan berbintikan ayah kandung Aaliyah yang sebenar. Harris pernah bertanya, namun isterinya tidak mahu memberitahunya akan kisah ayah kandung Aaliyah dan Harris menghormati isterinya dan tidak mahu membangkitkan tentang ayah kandung Aaliyah. Sehinggalah hari ini.



"Sorry to ask you this silly question, but it's really important for me to know," ujar Harris setelah mendiamkan diri seketika.



"Teruskan....sekiranya ia dapat membantu aku memulihkan kembali ingatan ku," ujar Arash tenang.



"Have you been married before?,"tanya Harris ingin tahu. Dan ingin melihat reaksi Arash bila dia bertanya soalan sedemikian.



"Yeah Alyssa...," jawab Arash tanpa berfikir panjang tanpa memahami soalan yang diajukkan kepadanya.



"What I meant is, you pernah bernikah dengan wanita lain sebelum Alyssa?," tanya Harris lagi bila Arash tidak memahami soalannya yang sebenar. Harris tahu Alyssa adalah isterinya namun soalan yang di tujukan bukan mengenai Alyssa.



"You must be out of your mind!!!! Kan aku dah beritahu kau Alyssa isteri aku, why are you asking me this silly question, of course not, I won't betrayed my wife, I love her she my only wife dammit!!!!," jawab Arash dengan nada suara marah bila Harris menyangka dia punya isteri lain selain dari Alyssa. Dia tidak menyangka Harris akan mengajukan soalan sedemikian dan dia juga tidak percaya bila Harris merasakan dia telah berlaku curang.



Walaupun dia hilang ingatan, dia yakin dia tidak pernah curang dan menduakan Alyssa dan dia benar-benar sayangkan Alyssa walaupun Alyssa tidak pernah melayannya dengan baik.



"Sorry Arash, I'm trying to help you, I'm really sorry," ujar Harris dengan nada menyesal, kerana terlalu ghairah hendak membantu Arash dia tidak menyangka perbuataannya itu akan menguris hati Arash. Lebih-lebih lagi setelah Arash mengaku bahawa dia amat menyayangi isterinya.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now