Part 19

95 7 3
                                    



ALYSSA menyelak langsir biliknya hujan turun dengan lebatnya di luar jendela berserta guruh berdentum dan kilat sabung menyabung. Alyssa menjadi risau dan gelisah sendiri. Alyssa menoleh ke arah jam di dinding. Jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 11.30 malam.



Arash masih belum pulang lagi. Kemana perginya dia dari siang tadi tidak pulang-pulang. Alyssa menjadi tidak senang duduk, dia keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Tanpa menghidupkan lampu dia duduk sendirian di sofa bertemankan cahaya lampu dari luar.



Jika orang kena sakit jantung mungkin boleh kena terkena heart attack. Yelah duduk diam-diam didalam gelap dah serupa cik Ponti pula Alyssa memang biasa membuat perkara seperti itu. Shima dan anak saudaranya Faries awal-awal lagi sudah settle didalam bilik masing-masing. 




Alyssa pun tadinya ingin tidur selepas habis kerja mengemas di dapur tadi. Tidak terfikir pula kenapa hari ini Arash tidak makan malam bersama kerana dia memang tidak pernah ambil kisah tentang Arash langsung. Pada fikiran Alyssa, Arash sudah besar panjang manusia pandailah dia mencari makan sendiri.



Tapi Alyssa menjadi risau kerana Arash tidak pernah pulang lewat malam sebegini. Buatnya dia tidak balik bagaimana? Alyssa menjadi tidak senang hati memikirkannya, takut apa-apa yang berlaku pada Arash. Patut ke tidak dia menelefon Arash?



Dia tidak pernah call handphonenya bertanya kemana dia pergi selama ini. Ah, tidak ada apa yang perlu dia risaukanlah. In Shaa Allah Arash ok. Dia tidak perlu bimbang sangat. Ok beri Arash masa sehingga jam 11.45 malam jika dia tidak pulang juga, baru dia boleh dia hubungi Arash. Alyssa menekan remote untuk menonton TV agar dia tidak terlalu memikirkan tentang Arash.



Alyssa tersentak bila kelihatan cahaya dari suluhan lampu kereta menyuluh ke arah rumah. Pasti Arash sudah pulang. Akhirnya! Buat orang risau sahaja. Bisik hati Alyssa. Dia bangun lalu menyelak langsir tingkap untuk memastikan bahawa itu adalah Arash.



Alyssa mengeluh lega setelah di amati bahawa kereta itu memang milik abangnya yang di pandu Arash. Lampu dan enjin di matikan sebaik sahaja berada dia porch. Untuk tidak menunjukkan begitu ketara bahawa dia sedang menunggu Arash pulang. Alyssa berpura-pura menonton tv di ruang tamu.



Kedengaran pintu di buka perlahan, Arash membuka kasutnya. Dia merasa terkejut bila melihat Alyssa sedang duduk seorang diri bergelap di ruang tamu sambil menonton tv. Dia fikir semua ahli rumah sudah masuk tidur kerana lampu di ruang tamu tidak di nyalakan.




"As'salamualaikum..Lysa belum tidur lagi?," tegurnya perlahan.



"Belum ngantuk lagi," jawab Alyssa lalu menoleh ke arah Arash yang masih berdiri di muka pintu.  Alyssa merasa terperanjat melihat keadaan Arash yang basah kuyup itu. Dia dari mana? Baru balik swimming ke? Tak tahu hendak guna payung dah tahu hujan lebat di luar sana? Alyssa masih tidak berganjak dia hanya memerhatikan Arash dari ruang tamu.



"You balik dari mana ni??," ujar Alyssa dengan nada cemas bila menyedari Arash kelihatan lemah dan tidak bermaya. Bila-bila masa sahaja dia akan rebah ke bumi. Ah sudah! Alyssa segera bangkit dari sofa menghampirinya Arash bila dia tertiba jatuh terduduk di lantai. Alyssa menjadi panic seketika melihat keadaannya begitu.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now