Part 20

120 8 4
                                    



ALYSSA tidak dapat tidur dengan lena semalaman kerana bimbang Arash. Dia berjaga hingga ke 3 pagi memantau keadaan Arash. Faries menyuruh maksunya tidur dan dia mengantikan tempat maksunya untuk memantau keadaan Arash lagipun dia tidak ada kuliah esok hari. Alyssa menurut dan kembali ke biliknya. Namun dia tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang memikirkan Arash. 



Selepas solat subuh dia menuju ke bilik Arash. Faries tidur di sofa. Alyssa mengejutkan Faries perlahan. Faries terjaga dia menoleh ke arah Arash yang berada di katil lalu menoleh memandang wajah maksunya.



"His fever going down," ujar Faries bila dilihat maksunya kelihatan risau. Demam Uncle Arash sudah kebah kerana dia memberi ubat paracetamol untuk menurunkan suhu panas dan dia selalu mengantikan kain basah untuk di letakkan di dahi Arash.



"Thanks so much Faries," ujar Alyssa perlahan berterima kasih pada Faries kerana menjaga Arash.



"No worries maksu," jawab Faries lalu bangkit dari sofa. Dia menuju ke arah biliknya.



Alyssa menoleh ke arah Arash. Arash masih lagi lena, tuala kecil lembab masih berada di atas dahinya. Alyssa mengambil thermometer memeriksa suhu badan Arash. Suhu panas badannya sudah beransur tidak sepanas semalam. Alhamdullilah! Alyssa mengangkat tuala kecil yang sudah hampir kering dan mencelupnya di dalam besen berisi air. Tangan kirinya menyelak perlahan anak rambut yang menutup dahi Arash sebelum meletak tuala basah itu kembali.



Alyssa menyediakan bubur nasi dan sup ayam untuk Arash. Alyssa meletak dulang yang berisi bubur dan sup ayam di atas meja kecil berhampiran.



"Hendak dikejutkan atau biarkan sahaja?," bisik Alyssa perlahan.



Alyssa mengambil keputusan untuk tidak mengejutkannya. Baru dia hendak mengorak langkah untuk keluar dari bilik Arash. Jam loceng di sebelah katil Arash berbunyi nyaring. Alyssa terperanjat bukan kepalang. Dia segera mematikan jam loceng Arash. Dia mengeluh lega sebaik sahaja loceng sudah di matikan.



Alyssa berjalan perlahan menuju ke pintu untuk keluar. Arash tiba-tiba mengeliat kecil mungkin tidurnya terganggu dek bunyi nyaring jam loceng tadi. Dia membuka matanya perlahan.



"Selamat pagi, sayang!," ujarnya dalam keadaan lemah cuba hendak bangun dari tempat tidur bila di lihat Alyssa berada di dalam biliknya. 



Alyssa berhenti melangkah bila terdengar Arash bersuara. Apa yang membuatkan jantungnya berderau bila Arash memanggilnya 'sayang'. Ok. Alyssa menoleh kearah Arash lalu membuahkan senyum. Tidak elok kalau dia keluar tanpa menegurnya terlebih dahulu. Lagipun selama Arash berada di sini dia baik padanya. Tidak pernah marah apatah lagi mengherdiknya.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now