Part 22

106 7 3
                                    



TAN Sri Farihin duduk di bilik bacaan membaca sesuatu. Dia menyandarkan badannya bila terasa penat lalu memejamkan matanya buat seketika. Fikirannya bercelaru, risau! Risau memikirkan tentang anak tunggalnya yang menghilangkan diri tanpa pesanan.



Tadi pagi dia menerima email dari Mr Hasitomo mengatakan bahawa Arash tidak hadir ke mesyuarat yang sepatutnya Arash hadiri tempoh hari dan mereka telah menghubungi hotel dimana Arash menginap di Osaka, Jepun. Memang nama Arash ada terdapat di dalam senarai pelanggan mereka, tapi sehingga kini dia tidak menginap di hotel tersebut.



Dia terpaksa memberi alasan dan meminta maaf pada Mr Hasitomo bagi pihak Arash dan dia sendiri akan bertemu dengan Mr Hasitomo mengenai project yang Arash kendalikan. Apa yang membuatkan Tan Sri merasa pelik kerana Arash tidak tinggalkan pesanan apa-apa kepadanya. Cuba menghubungi Arash di handphone tidak pernah di jawab. Email jauh sekali, Arash tidak pernah membalas. Dia tidak mahu menghubungi pejabat Arash lagi kerana tidak mahu menimbulkan syak wasangka para pekerjanya jika dia bertanya selalu kerana jawapan yang setiausaha Arash berikan dia berada di Jepun.



Tan Sri Farihin pasti Arash kembali ke tabiatnya yang dulu, dahulu Arash kerap menghilangkan diri bila dia mengalami tekanan perasaan dan mengalami masalah besar bertujuan untuk mencari ketenangan diri dan kali terakhir dia menghilangkan diri hingga ke setengah tahun lamanya. Tanpa berita dan pesanan.



Pelbagai doctor dan cara dia cuba berubat untuk menyembuhkan Arash. Namun hasilnya sama dan ia tidak memberi petanda bahawa Arash akan pulih seperti biasa. Tan Sri Farihin tahu akan masalah anaknya dahulu. Setelah bersusah payah mereka suami isteri memujuk agar Arash kembali ke Malaysia dan mengambil alih jawatannya. Arash akhirnya menurut. Personality Arash benar-benar berubah dan tidak seperti dahulu. Sungguhpun keadaannya begitu, dia bersyukur kerana Arash berada di depan matanya. Dia masih berusaha untuk membantu anaknya sembuh dan Arash kerap hadiri sesi bertemu dengan Doctor selama ini. Jadi dia tidak mengerti mengapa Arash tiba-tiba menghilang dan menyepikan diri?



Dia benar-benar buntu tidak tahu apa pula punca Arash membuatnya lagi kali ini. Tidak ada sebab yang munasabah untuk dia berbuat demikian kerana Arash tidak pernah menunjukan bahawa dia mempunyai sebarang masalah.



Perangainya anaknya itu berubah semenjak dia pulang dari pengajiannya di States dahulu. Anaknya Arash yang dulunya seorang lelaki yang confident, berhemah, penyayang dan penyabar kini menjadi seorang yang bengis dan cepat naik darah.



Tan Sri Farihin tidak menyalahkan anaknya seratus peratus kerana bersikap begitu. Jiwa Arash benar-benar tertekan. Arash cuba untuk melupakan masalahnya namun payah untuknya berbuat demikian. Tidak mudah untuk Arash mengatasi perasaan sedihnya. Dia kehilangan kedua-dua orang yang disayanginya. Sejak berpisah dengan isteri dan anaknya. Arash berubah sikap. Jiwanya benar-benar tertekan.



Dan menurut Dr. yang merawat Arash di States dahulu Arash mengalami kemurungan yang agak serious dan perlukan rawatan. Lama juga Arash berada di pusat rawatan. Arash tidak lagi Arash yang dahulu. Dia banyak menyendiri dan pemarah. Tidak boleh di tegur dan dia tidak bertimbang rasa. Semua kerana tekanan yang di alaminya.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now