Part 23

92 4 1
                                    



ARASH menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Hari ini, dia sudah kembali segar dan punya tenaga untuk bergerak semula. Selama hampir 3 hari dia tidak larat untuk berbuat apa-apa selain dari terlantar di katil. Penangan ubat prescription yang di beri Dr Harris kesan sampingannya benar-benar menyeksanya kali ini.  



Mujur Alyssa dan Faries banyak membantunya semasa dia sakit. Dia tahu Alyssa masih marah padanya kerana tidak mendengar kata Dr. Harris dia tidak menyalahkan Alyssa. Dia tahu Alyssa tidak akan marah jika dia tidak melakukan kesilapan yang besar kerana isterinya itu seorang wanita yang penyayang. Jika dia tidak sayangkan dirinya. Pasti Alyssa tidak akan menjaganya ketika dia sedang sakit.



Dia benar-benar tidak tahu dan tidak ingat apa yang telah berlaku di antara hubungan mereka berdua sehingga Alyssa benar-benar membenci dan menjauhkan diri darinya. Apa yang pasti, dia tidak sampai ke tahap untuk berpisah dengan isterinya kerana sungguhpun mereka berlainan bilik namun mereka tinggal sebumbung ini bermakna mereka masih lagi suami isteri.



"Morning sayang," ucap Arash kepada Alyssa dan Shima berada di meja dapur sedang menunggunya untuk bersarapan bersama.



Shima hanya tersenyum meleret mendengar Arash berkata demikian sudah semestinya di tujukan kepada Alyssa. Wajah Alyssa merona merah menahan malu dia tidak menyangka Arash akan berkata demikian di hadapan Shima.



"Hai Arash, tujukan untuk your wife aje," sindir Shima lalu tersenyum mengusik.



Dia dapat merasakan Alyssa dan Arash suka sama suka. Tapi Alyssa yang mahu merahsiakan darinya, bukan dia tidak tahu. Alyssa tidak perlu memberitahunya. Dia bukan baru sehari dua kenal dengan Alyssa.



"Eh apa pula I berat sebelah, kan ke ucapan tu untuk you berdua??," ujar Arash dengan wajah bersahaja lalu menyuap roti yang sudah di sapu jem ke dalam mulutnya. Dia mencapai kopi panas lalu menghirupnya perlahan. No milk?? Thank god! Dia percaya disebabkan susu dia cirit birit dahulu. 



"Tapi you cakap morning sayang, tentu untuk Alyssa seorang saja," ujar Shima tidak mahu berhenti mengusik Arash dan Alyssa. Alyssa di sebelah Shima hanya menjeling sahaja. Dia tidak tahu kenapa Shima tidak sudah-sudah suka menyakat dia di depan Arash.



"Eh, tak kan I nak ucap, morning sayang-sayang kan ke funny bunyinya," jawab dengan wajah selamba lalu memandang wajah Alyssa.



Shima ketawa gelihati dengan lawak spontan Arash. Wajahnya kelihatan bertenaga dan ceria setelah hampir tiga hari terlantar di atas katil. Alyssa yang menjaganya sepanjang dua hari semasa dia sakit. Alyssa menasihati Arash supaya jangan terlalu memaksa dirinya untuk memulihkan ingatan hingga memudaratkan dirinya sendiri. Tak sangka Arash dapat menerima tegurannya.



"So I pun you sayang jugalah," usik Shima lagi, naik seronok pula dia melayan Arash, hilang semua tujuan hendak membalas dendam terhadap Arash. Dia merasa senang dengan Arash sekarang. Gentleman dan sopan.



"Tentulah," jawab Arash lalu meneguk kopinya lagi.



"I nak ke rumah Dr. Harris, I hantar you berdua ke office, tak kan you berdua tergamak suruh I naik bas, kalau anak dara Datin Hafizah ngurat I, siapa yang susah?,"ujar Arash lalu tersenyum. Alyssa yang berada di sebelah Arash pura-pura tidak mendengar akan komen Arash.



Dia ingatkan selama ini Arash tidak perasan bahawa anak gadis Datin Hafizah jiran sebelahnya sudah mula hendak menarik perhatian Arash, memang dia tidak menafikan Arash sememangnya jejaka kacak dan dia awet muda sungguhpun usianya dalam lingkungan awal 30an dia masih kelihatan seperti lewat 20an tidak mustahil gadis 20an pun tertarik padanya.



                                                                                     ******



"ALA sweetnya boss kita tu eh, Lysa kau betul tak berkenan pada dia, aku rasakan kalau aku tak ada Fahmy dah lama aku tackle Arash, tidak menyangka Arash seorang lelaki yang baik kan," ujar Shima lalu mencuci cawan yang telah digunakannya tadi.



"Aku tidak ada menaruh perasaan apa-apa pada dia," jawab Alyssa selamba sambil membaca akhbar. Tidak berminat untuk berbincang mengenai Arash ketika dia berada di rumah. Takut di dengari si empunya diri.



"Oh really!! Habis tu yang kau risau sangat tentang dia masa dia sakit dulu, tak ada perasaan apa-apa, pelik!!!," ujar Shima. Dia tahu Alyssa ada menaruh perasaan pada Arash tapi dia sengaja menafikannya.



"Sebagai seorang insan tentu aku merasa kasihan melihat keadaannya,"



"Yelah tu, aku tak terima alasan kau, kalau kau tak sayangkan dia, tak mungkin kau menangis malam itu melihat keadaannya, Alyssa, kau boleh bohong aku tapi kau tidak boleh membohongi hati kau, aku tahu kau sayangkan Arash kenapa kau tidak berterus terang padanya sahaja," hujah Shima lagak seperti seorang pakar cinta.



"Untuk apa???? Aku pasti Arash tidak akan dapat memaafkan aku sekiranya dia mengetahui bahawa selama ini dia hanyalah mangsa permainan dendam kita terhadap dirinya, cuba kau fikir," jawab Alyssa tidak bersetuju dengan cadangan Shima. Selama ini dia hanya buat endah tak endah sahaja dengan usikan Shima mengenai hubungan dia dengan Arash.



Kali ini dia berikannya alasan yang kukuh mengapa dia cuba membohongi dirinya bahawa dia tidak punya perasaan apa-apa pada Arash agar Shima sedar apa yang mereka harapkan tidak akan menjadi kenyataan.



Shima terdiam mendengar penjelasan dari Alyssa. Memang benar apa yang di katakan oleh Alyssa. Shima sendiri tidak dapat mengagak apa akan terjadi sekiranya semuanya berakhir. Dia sendiri tidak tahu akan nasib mereka bila Tan Sri dan Arash bertindak di atas perbuataan bodoh mereka. 

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now