LAMA Arash duduk bersendirian sejak pulang dari bertemu dengan Tan Sri Ibrahim. Pertemuan yang tidak di sangka. Sekembalinya dia bertemu dengan Harris. Seperti biasa dia dan Harris akan makan tengahari di club. Ketika dia menunggu keretanya dari valet. Dia di tegur seseorang. Dan orang itu merasa pelik bila Arash tidak mengenalinya. Bila di lihat Arash wajah keliru lelaki itu menyangka dia telah menegur salah orang. Tapi setelah dia mengatakan bahawa wajahnya seperti anak kenalannya Tan Sri Farihin dan memberitahunya bahawa dia adalah Tan Sri Ibrahim, Arash percaya lelaki itu mengenalinya.
Arash meminta lelaki itu menyebut nama anak teman kenalannya. Lelaki itu menyebut nama penuhnya. Maka lelaki itu tidak tersilap orang kerana dia adalah lelaki yang disebut namanya. Lelaki yang bernama Tan Sri Ibrahim itu bertambah pelik kerana Arash tidak mengenalinya. Tan Sri meminta Arash bertemu di pejabatnya kerana Arash meminta bantuan Tan Sri Ibrahim untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
Hampir 3 jam lamanya Arash berada di pejabat Tan Sri Ibrahim bila Tan Sri Ibrahim menceritakan kepadanya. Siapa dia yang sebenar. Satu persatu identity dirinya diketahui dari apa yang Tan Sri jelaskan kepadanya. Kini baru dia tahu siapa dirinya. Arash masih tidak dapat memproses dan menerima penjelasan dari Tan Sri Ibrahim.
Pertemuannya dengan Tan Sri Ibrahim telah merubah hidupnya. Tan Sri Ibrahim ingin tahu kemana dia pergi selama sebulan lebih dia telah menghilangkan diri. Bila dia mengatakan dia kemalangan dan tidak tahu siapa dirinya. Tan Sri Ibrahim hampir tidak percaya. Tapi setelah di lihat bahawa Arash benar-benar tidak ingat akan siapa dirinya. Tan Sri Ibrahim yakin bahawa Arash tidak berbohong dan dia membantu Arash untuk menjawab segala pertanyaan darinya.
Segala persoalannya selama ini sudah terjawab sudah. Bahawa dia adalah anak kepada Tan Sri Farihin dan merupakan seorang CEO di syarikat pembangunan milik ayahnya. Apa yang memeranjatnya bila Tan Sri Ibrahim mengatakan bahawa Arash masih belum berumahtangga.
Bila dia menyebut nama Alyssa. Tan Sri mengatakan bahawa Alyssa adalah akaun manager di syarikatnya. Dan setahu Tan Sri Ibrahim, Alyssa tidak pernah menjalinkan hubungan serius dengannya.
"Kenapa kau buat begini terhadap diri aku Alyssa?? Apa salah aku?," bisik Arash dalam hati merasa kecewa dengan apa yang dia perolehi. Dia tidak mengerti dan faham mengapa Alyssa sanggup berbohong dan menipunya. Apa kesalahan yang telah dibuat sehingga dia dihukum begini. Alyssa berdendam dengannya? Jika ianya tidak benar, masakan Alyssa sanggup dan berani berbuat demikian?
Selama ini dia benar-benar menyangka bahawa Alyssa itu adalah isterinya. Dan Arash sejujurnya sayang dan cinta kan Alyssa. Tidakkah Alyssa tahu bahawa perbuatannya itu salah di sisi undang-undang dan apa yang menyedihkan Alyssa telah mempermainkan hatinya selama ini.
Arash cuba memikirkan akan sebab-sebab mengapa Alyssa dan Shima berkomplot untuk mengenakannya. Apa yang dapat mereka perolehi dengan berbuat demikian? Wang? Harta? Dendam? Arash tidak dapat berfikir selain dari itu semua. Kesalahan menipu dan menyembunyikan identitynya yang sebenar. Apa yang mereka mahukan darinya? Arash benar-benar buntu tidak dapat memikirnya lagi.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...