AWAL lagi Alyssa sudah bangun. Alyssa sedar Arash pulang rumah lewat semalam. Kali ini dia tidak merasa risau bila Arash pulang lewat kerana menurut Dr. Harris. Arash sudah berjanji tidak akan mengambil ubat itu kerana tindakannya itu membuatkan isterinya risau. Iaitu dia.
Arash benar-benar menepati janjinya. Alyssa gembira kerana Arash berbuat begitu kerana dia. Betul Arash berbuat begitu kerana hendak menjaga hatinya? So sweet. Arash mendengar katanya? Alyssa tersenyum sendiri bila teringatkan akan kata-kata Dr. Harris tempoh hari bahawa Arash mengambil ubat itu kerana dia mahu ingatannya pulih dan paling penting dia dapat mengembalikan hubungan baik dengan isterinya dan Arash sangat sayangkan isterinya.
Iaitu dia lagi. Betul ke Arash sayangkannya? Aku pun sayangkan kau Arash bisik hati kecil Alyssa. Setelah pasti penampilannya kemas. Dia keluar dari bilik dan menuju kearah bilik Arash. Alyssa mengetuk pintu Arash perlahan.
Arash membuka pintu.
"Ya Alyssa, ada apa yang boleh saya bantu?," ujar Arash dengan suara mendatar sebaik sahaja dia terpandang wajah Alyssa di muka pintu. Tiada senyuman terukir di bibirnya.
Alyssa tidak segera menjawab. Dia dapat merasakan ada kelainan dari cara sapaan Arash hari ni. Selalunya dia mesra. Dan sapaannya hari ini terlalu formal. Dan dia juga tidak membahasakan dirinya 'abang' seperti selalu.
"Tak ada apa, Lysa dah sediakan sarapan, nanti ab-- nanti you jangan lupa makan," ujar Alyssa. Dia hampir tersasul hendak memanggilnya abang.
"Terima kasih, Alyssa," jawab Arash ringkas lalu menutup pintunya.
Alyssa mengerutkan dahi merasa hairan dengan kelakuan Arash hari ini. Dia seperti tidak suka melihat wajahnya. Kenapa dengan Arash? Dia tidak sihatkah?
Sebaik sahaja pintu di tutup rapat. Arash hanya mendengus kecil. Dia masih tidak mengerti mengapa Alyssa masih mahu lagi berbohong dengannya. Sampai bila Alyssa hendak berlakon dan berpura-pura dengannya. Lambat laun dia akan tahu juga siapa dirinya yang sebenar. Apa Alyssa tidak pernah terfikir bahawa satu hari nanti dia pasti tahu siapa dirinya yang sebenar. Atau Alyssa sememangnya tidak kisah?
Ikutkan Arash mahu sahaja pulang ke rumahnya. Tapi dia merasa keberatan kerana sudah menganggap Alyssa dan Shima seperti keluarganya. Dia gembira dan bahagia walaupun kebahagian yang dikecapinya itu hanya sementara kerana semuanya itu tidak benar dan hanya sandiwara semata-mata.
Walaupun kebahagian yang dirasa bukanlah kebahagiaan yang sebenar. Dia berterima kasih kepada Alyssa dan Shima kerana memberi kebahagiaan itu. Namun setelah dia menyedari dan mengetahui keadaan yang sebenar. Arash menjadi sedih semula kerana keluarga yang dianggap selama ini bukan miliknya.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...