Part 26

94 4 2
                                    

ALYSSA merasa hairan bila menyedari rumah banglo tiga tingkat milik abangnya itu kelihatan gelap gelita. Kereta milik abangnya kelihatan berada di porch seperti biasa. Ini menandakan Arash berada di rumah. Tapi kenapa rumah gelap gelita? Alyssa membuka pintu perlahan, dibukanya pintu seluas-luasnya supaya cahaya dari lampu jalan raya dapat menerangi sedikit ruang tamunya. Alyssa tidak terus masuk ke rumah.

"Issk!!!, Kenapalah si Shima ni tak balik sama hari ni?," bisiknya dalam hati. Alyssa maklum kedua-dua anak saudaranya tidak pulang ke rumah kerana mereka berada di campus camp selama tiga hari.

Dan dia tidak merasa selesa sekiranya hanya dia dan Arash sahaja yang berada di rumah. Dia tidak mahu mengundang masalah. Selama ini dia dan Arash tidak pernah berdua sahaja di rumah.

"Eh tak kan aku nak duduk luar aje, ntah-ntah Arash memang tak ada rumah," bisik hatinya lagi. Alyssa melangkah masuk. Kasut yang di pakai di simpan ke dalam rak-rak kasut. Pintu segera ditutup rapat. Dia tidak menghidupkan lampu ruang tamu kerana dia tidak bercadang untuk duduk di ruang tamu, dan dia mahu terus ke bilik kerana merasa terlalu letih hari ini.

Alyssa mendaki anak tangga menuju terus ke biliknya. Dia perasan bilik Arash tertutup rapat.

"Sahlah Arash tidak berada rumah, tapi kenapa dia tidak memandu kereta hari ni," bisik Alyssa lagi merasa pelik. Belum pernah sekali Arash keluar rumah tanpa memandu sendiri.

Alyssa terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dia bercadang hendak terus tidur sebaik sahaja menunaikan solat. Hari ini dia benar-benar merasa letih kerana banyak perkara berkenaan dengan accounts terpaksa dia siapkan hari ini kerana Auditor akan datang ke pejabat mereka minggu hadapan.

Sehingga dia tidak berkesempatan untuk lunch bersama Shima dan tidak sempat hendak bersembang dengan Shima seperti biasa. Shima juga tidak berada di pejabat hampir sehari kerana dia terpaksa ke site projek pembinaan.

*****

"ALYSSA sayang, bangun!!,"

Alyssa membuka matanya perlahan bila terasa seseorang mengejutnya dari tidur. Matanya terasa kelat hendak di buka. Sayup-sayup dia terdengar namanya di sebut seseorang. Alyssa mengosok matanya perlahan. Siapa yang menganggu tidurnya? Dia membuka mata perlahan.

"Arash, apa you buat kat sini?," ujar Alyssa terkejut terperanjat bila dia membuka mata wajah Arash berada di depan matanya. Bagaimana Arash boleh berada di dalam biliknya. Dia tidak kunci pintu ke tadi? Alyssa bingkas bangun lalu menarik selimut menutup badannya. Dia sedar dia hanya memakai baju tidur nipis yang agak jarang.

Arash tersenyum nakal melihat wajah kalut Alyssa. Dia sudah dapat mengagak reaksi Alyssa bila dia berbuat demikian. Alyssa kelihatan benar-benar panic. Namun dia mahu lihat sejauh mana Alyssa dapat berlakon dengannya. Arash sudah nekad. Hanya dengan cara begitu sahaja dia dapat membongkarkan rahsia Alyssa. Dia sudah fikir semasak-masaknya.

"Kenapa Lysa terperanjat?? Abang tak boleh masuk bilik Lysa ke? Abang kan masih suami Lysa..," ujar Arash perlahan cuba mendekati Alyssa.

Alyssa kehilangan kata-kata bila Arash berkata demikian. Suami? Oh tidak! Kau bukan suami aku Arash. Alyssa menjadi kalut sendiri.

"Arash, please you tak boleh buat macam ni?," ujar Alyssa seakan merayu. Dia cuba menjauhkan diri dari Arash bila lelaki itu semakin dekat kepadanya. Arash hanya mengeluh kecil. Dia tidak lagi mendekati Lysa sebaliknya dia kembali duduk di atas katil Alyssa.

"Abang tak faham kenapa Lysa mesti menjauhkan diri dari abang? Abang bukankah masih suami Lysa? Bukankah Lysa tahu tanggungjawab Lysa sebagai isteri, abang benar-benar rindukan Lysa," ujar Arash dengan wajah bersahaja.

Alyssa menelan air liur bila Arash mengatakan tanggungjawab isteri. Arash meminta haknya sebagai suami. Ya Allah! Apa yang telah dia lakukan.

"Tapi hari ini Lysa cuti!," jawab Alyssa mencari helah agar Arash beredar dari biliknya. Dia tahu hanya alasan itu yang dapat menyelamatkan dirinya buat masa ini.

Arash menoleh ke arah sejadah dan telekung yang Alyssa gunakan tadi namun dia tidak menyimpannya di tempat biasa. Dia hanya membiarkan telekung dan sejadah di atas carpet selepas solat isyak tadi kerana benar-benar keletihan, usai solat tadi dia terus menuju ke katil lalu tidur.

"Kenapalah aku tidak gantung telekung tadi?," rungutnya dalam hati.

Kini jelas dia berbohong. Arash tersenyum lagi. Dia tahu Alyssa tidak ada alasan lain lagi yang hendak diberi.

Ya Allah selamatkanlah hambamu ini! Doa Alyssa dalam hati kerana dia tidak punya idea yang dapat di berikan kepada Arash agar Arash tidak menuntut haknya yang sememangnya tidak benar.

Loceng pintu bunyi bertalu-talu.

Alyssa mengeluh lega kerana dia pasti Shima baru pulang sekaligus dapat menyelamatkan dirinya didalam keadaan yang tersepit.

"Mungkin Shima, biar Lysa buka pintu," ujar Alyssa ingin segera bangkit dari katil mahu segera keluar dari bilik untuk melarikan diri dari Arash.

"Tak apa biar abang yang buka pintu," jawab Arash lalu bangkit dari katil Alyssa. Dia keluar dari bilik Alyssa lalu menuruni anak tangga menuju kearah pintu.

Sebaik sahaja Arash keluar dari biliknya. Alyssa segera mengunci pintu biliknya. Khuatir dicerobohi Arash lagi. Kenapalah dia boleh terlupa untuk mengunci pintu biliknya malam ini? Alyssa menoleh ke arah jam yang melekat di dinding dari samar-samar dia dapat melihat jarum jam menunjukan pukul 2.30 pagi.

Pintu bila Alyssa di ketuk lagi.

"Alyssa buka pintu sayang, ada orang nak jumpa," ujar Arash dari luar pintu.

Ada orang nak jumpa? Siapa? Shima? Tanpa berfikir panjang Alyssa membuka pintu biliknya. Sekali lagi dia menerima kejutan kerana bukan Shima yang berdiri di muka pintu akan tetapi terdapat beberapa orang pegawai dari pejabat agama dan pegawai polis berada di hadapannya. Lemah lututnya bagai hendak pitam bila dia menyedari akan musibah yang melanda dirinya.

"Kenapa encik tak percaya??? Salah ke saya bersama isteri saya," terang Arash bersungguh-sungguh kepada pegawai tersebut.

Alyssa hanya mampu terkedu dan mendiamkan diri, matanya mula ditakungi air. Ya Allah! Kenapa boleh jadi begini? Kenapa ianya terjadi kepada dirinya?

"Jika betul awak berdua suami isteri tolong tunjukkan kami surat nikahnya?," ujar pemuda berkopiah dengan suara tegas. Dia memandang kearah kami berdua dengan perasaan jengkel.

Alyssa menelan air liur bila pegawai itu meminta surat nikah daripada kami.

"Alyssa mana surat nikah kita sayang, tunjukkan pada mereka, mereka tak percaya," ujar Arash dengan wajah tidak bersalah, dia memandang tepat kewajah Alyssa yang kelihatan pucat bila pegawai tersebut meminta surat nikah mereka.

Alyssa tidak menjawab malah mengelengkan kepalanya lemah. Airmatanya mengalir laju. Dia benar-benar tidak tahu hendak berbuat apa dalam keadaan begini. Dia tidak berani memandang wajah Arash. Dia pasrah.

Melihat Alyssa mengeleng dan tidak menunjukkan butik kepada mereka. Mereka tahu, mereka hanya berbohong.

"Ikut kami ke balai!," terang salah seorang pegawai polis.

Bagai hendak meraung Alyssa dibuatnya bila mendengar pegawai polis itu meminta mereka berdua ke balai.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now