Part 27

97 4 2
                                    



ALYSSA tidak henti-henti menangis sebaik sahaja mendengar keterangan dari mahkamah. Alyssa terasa malu yang teramat sangat. Malu dengan diri sendiri dan juga malu pada Arash. Shima dan kedua anak saudara Alyssa hanya mampu bersimpati dengan nasib yang mak saudaranya.

Shima benar-benar rasa menyesal dan bersalah, jika tidak kerana rancangan bodoh mereka perkara ini semua tidak akan terjadi. Alyssa tidak akan menjadi mangsa. Gara-gara hendak mengenakan Arash terkena pada batang hidung mereka sendiri. Hendak menyesal sudah tidak berguna lagi kerana perkara sudah berlaku. Dan mereka tidak boleh memutar balik waktu semula. Nasi sudah menjadi bubur.



Arash terus menghilangkan diri sebaik sahaja dia membayar denda untuk dirinya dan juga Alyssa kerana dia tidak mahu memanjangkan cerita dan mahu kes khalwat mereka cepat selesai. Dia merasa kesal dengan perbuataan Alyssa dan Shima yang menipunya selama ini. Jadi benarlah apa yang Tan Sri Ibrahim memberitahunya tempoh hari. Alyssa dan Shima adalah pekerjanya. Apa yang menyebabkan Shima dan Alyssa begitu berani berbuat begitu pada dirinya.



Arash tidak lagi pulang ke rumah abang Alyssa sejak kejadian kelmarin.



Keesokan harinya Arash kembali ke pejabat. Pada pekerja lain, sekembalinya Arash di pejabat bukanlah perkara yang luar biasa. Tapi tidak pula bagi Shima, kerana dia tidak menyangka Arash akan masuk ke pejabat sehari selepas perbicaraannya di mahkamah mengenai kes khalwatnya dengan Alyssa.



Adakah Arash sudah tahu mengenai identitynya sebelum perkara buruk itu berlaku? Shima sendiri tidak pasti kerana Arash tidak bertindak apa-apa terhadap diri mereka. Alyssa pula mengambil keputusan untuk tidak kembali bekerja sejak kejadian kelmarin.



Shima merasa tidak senang hati bila Arash tidak memintanya bertemu dengannya sejak dia masuk ke pejabat sejak pagi tadi. Bila sesekali Arash keluar dari pejabatnya dia hanya memberi Jannah arahan mengenai kerja.



Arash mengadakan meeting tergempar dan Shima tidak diminta hadiri mesyuarat tersebut sedangkan dia site engineer dan meeting melibat dengan projeknya.



Shima menyangka Arash akan meminta dia bertemu dengannya. Mustahil Arash tidak ingin tahu mengapa mereka berbuat demikian terhadap dirinya selama ini. Shima merasa pelik kerana Arash tidak berbuat demikian. Arash bekerja seperti biasa dan tiada seorang pun pekerja-pekerja lain merasa kelainan pada diri Arash.



Mereka hanya merasa lega tidak lagi di herdik atau dimarahi Arash seperti selalu. Namun begitu mereka tidak berani hendak menyebarkan gossip liar mengenai perubahan diri Arash dengan pekerja lain.



"Jannah, nanti you tolong serahkan Alyssa dan my resignation letter kepada Encik Arash," ujar Shima lemah, dia dan Alyssa sudah mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Mereka tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan Arash. Jadi mereka menyerahkan envelope berisi surat perletakan jawatan kepada Jannah, setiausaha peribadi Arash.



Jannah tersentak melihat dua keping envelope berwarna coklat yang diserahkan kepadanya oleh Shima. Kedua-dua orang penting syarikat hendak meletak jawatan? Kenapa sekarang? Selama ini, Shima dan Alyssa menjadi idola pada Jannah kerana mereka berdua tidak takut dan tahan dengan perangai dan kelakuan Arash. Tapi setelah Arash berubah, mereka mahu meletakkan jawatan kenapa?



"Kenapa Cik Alyssa dan Cik Shima hendak resign? Encik Arash tahu tak ni?," ujar Jannah terperanjat. Ingin tahu akan sebab mengapa mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Mereka tidak suka akan perubahan ke atas diri Arash?



Shima mengelengkan kepalanya. Belum sempat dia meninggalkan meja Jannah, pintu pejabat bilik Arash dibuka dari dalam. Arash keluar dari biliknya, wajahnya kelihatan serius. Shima tidak berani memandang ke arahnya dan berpura-pura mengambil document dari meja Jannah.



"Jannah, tolong fix appointment dengan peguam peribadi saya hari ni, urgent!," ujar Arash memberi arahan kepada Jannah lalu pergi.



Dia sedikitpun tidak memandang kearah Shima yang berdiri di sebelah Jannah ketika itu. Dia nampak Shima berada di meja Jannah. Namun hatinya masih sakit dan masih teringatkan perbuatan Shima yang menipunya selama ini. Kecut perut Shima bila Arash menyuruh Jannah membuat temujanji untuk bertemu dengan peguamnya. Bala sudah tiba fikir Shima.



Langkah Arash tiba-tiba terhenti, dia kembali semula ke meja Jannah. Surat berwarna coklat yang berada di atas meja Jannah diambil tanpa memperdulikan Shima yang masih lagi berada di situ dia kembali ke biliknya.



                                                                                           ******



ALYSSA duduk bermenung sendiri di dalam biliknya. Sudah hampir 4 hari dia tidak ke pejabat kerana menurut Shima, Arash sudah kembali bekerja. Dia merasa malu untuk berhadapan dengan Arash setelah apa yang terjadi. Alyssa mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Dia dapat merasakan bahawa Arash mengetahui identitynya 3 hari yang lalu sebelum mereka di tangkap khalwat.



Dia tidak merasa hairan sekiranya Arash sendiri yang menelefon pejabat agama membuat aduan mengenai mereka bersekedudukan bertujuan membongkarkan rancangan mereka kerana dia percaya Arash yang dahulu akan berbuat demikian.



Alyssa sebenarnya sudah lama ingin memberitahu Arash mengenai perkara yang sebenar. Siapa Arash, siapa dia dan siapa Shima? Dia mahu menjelaskan kepada Arash kenapa mereka berbuat demikian. Tapi kini, semuanya sudah terlambat. Sejak kejadian kelmarin kami tidak lagi bertegur sapa.



Dia masih ingat lagi semasa mereka terpaksa ke balai polis dan disoal pelbagai soalan. Arash tidak memandang ke wajahnya walau sekali, dia terlalu membenci Alyssa setelah mengetahui akan muslihat mereka yang sebenar.



"Apa yang awak buat dirumah Encik Aliff hingga lewat pagi??," soal pegawai polis.



"Jumpa kawan," jawab Arash pendek. Setelah dia lihat Alyssa seperti terkedu bila pergawai Jais meminta surat nikah mereka. Dia sudah dapat jawapannya. Bahawa mereka tidak pernah berkahwin dan segala muslihat mereka sudah terbongkar.



Dia tidak menyangka Alyssa dan Shima sanggup mempermainkannya selama ini. Mereka mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya yang tidak dapat mengingati apa-apa tentang dirinya setelah kemalangan yang hampir meragut nyawanya.



"Hai, penting sangat ke? Tak boleh ke awak jumpa dia esok siang-siang hari," sindir pegawai polis yang menyoalnya.



Arash tidak menjawab.



"Kami mendapat maklumat aduan, yang sebenarnya awak bukan datang berjumpa kawan, awak memang sudah berada di rumah Encik Aliff hampir sebulan lebih bukan?" soal pegawai polis itu tadi dengan wajah serius.



"Perlu ke saya jawab soalan Encik?," soal Arash balik kerana dia tidak suka cara pegawai itu menyindirnya.



"Eh, kalau tak perlu saya tak akan bertanya?," jawabnya sambil tersenyum sinis.



"Baiklah," jawab Arash.



Degupan jantung Alyssa semakin kencang menanti jawapan yang bakal Arash berikan kepada pegawai polis tersebut.



"Saya tidak sihat, Alyssa dan anak saudaranya menjaga saya sejak keluar dari Hospital, ibu bapa saya berada di Australia saya tidak punya ahli keluarga yang menetap disini," jawab Arash. Dia berharap agar pegawai polis berkenaan faham akan situasi yang sebenar.



Mendengar penjelasan dari Arash membuatkan Alyssa merasa bertambah sayu dan sedih kerana Arash tidak memberitahu akan perkara sebenar kepada pegawai itu malah membantu mereka dengan memberi alasan sedemikian.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now