Part 29

102 5 4
                                    



ARASH berdiri termenung sendirian di balkoni rumahnya. Langit kelihatan cerah tanpa di temani kepulan awan hanya jutaan bintang berkedipan cantik di angkasa. Suasana sejuk dan nyaman malam ini. Angin sepoi-sepoi menyapu lembut wajahnya. Arash tersenyum sendiri. Pertemuan yang tidak di sangka siang tadi sedikit sebanyak mengembirakan hatinya.



Alhamdullilah!! Aaliyah sudah dapat di temui semula. Arash benar-benar bersyukur kerana sudah lama dia cuba menjejaki Aaliyah kerana dia menyangka mereka masih berada di America. Dia tidak merasa kesal Amanda berkahwin lagi kerana Dr. Harris adalah seorang lelaki yang baik. Dan dia percaya Harris dapat membimbing dan membahagiakan Amanda. Dia gembira buat Amanda.



Sekurang-kurangnya ada lelaki sebaik Harris yang dapat membahagiakannya dan sekaligus menjaga Aaliyah. Harris adalah jodoh yang terbaik buat Amanda dan bukan dirinya. Arash redha dan menerima dengan rela hati.



Allah lebih mengetahui, jodohnya dengan Amanda setakat itu sahaja. Kalau imannya kuat dan cekal dan dia dapat mengerti dan menerima takdir terlebih awal lagi, tidaklah dia mengalami tekanan jiwa yang serius.



Tidaklah dia menjadi seorang lelaki yang pendendam dan di benci orang. Tidaklah Alyssa begitu membencinya. Arash tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya sebelum ini sehingga pekerjanya teramat benci padanya, tidak ketinggalan Alyssa dan Shima.



Arash tersenyum lagi bila menyedari, Alyssa benar-benar membencinya sehingga dia sanggup menculiknya dan mendera hatinya sedemikian rupa. Cara Shima dan Alyssa berkomplot untuk membalas dendam terhadap dirinya amat lucu sekali. More to 'Sweet Revenge' kerana ianya memberi kenangan manis buat dirinya, walaupun mereka telah berjaya membuatkannya percaya bahawa mereka keluarga dan mengambil kesempatan ke atas dirinya yang hilang ingatan. Cute.



Alhamdullilah sekali lagi Arash bersyukur masalahnya dengan Amanda dan Aaliyah selesai dengan baiknya. Amanda bersetuju memberinya hak penjagaan secara berkongsi atau bergilir. Amanda mengizinkan dia membawa Aaliyah bercuti bersama di London dan di Australia bertemu dengan datuk dan neneknya. Arash benar-benar bersyukur. Hanya seperkara lagi yang masih belum mampu di selesaikan, perhitungannya dengan Alyssa.



                                                                              ******



"APA sudah jadi dengan rumah ni sejak abang tak ada," tanya Aliff sebaik sahaja mereka duduk disofa sehabis sahaja menjamu makan malam. Sejak pulang dari UK Aliff dapat merasakan banyak perkara yang berlaku di rumahnya, cuma dia tidak pasti perkara apa kerana bukan sahaja adiknya Alyssa tidak memberitahu, malah kedua-dua anaknya itu berkomplot tidak mahu memberitahunya apa-apa.



Alyssa hanya mampu mendiamkan diri bila abang Aliffnya berkata demikian. Abang Aliff tahu ke? Dia dan Shima sudah mengemas dan meletak semula barang-barangnya di tempat asal. Tidak mungkin abang Aliff dapat membezakannya.



Sejak menyambut mereka di airport lagi, Alyssa tidak banyak berbicara dengan abang Aliffnya. Sebabnya dia tidak mahu menceritakannya tentang perkara bodoh yang dia telah lakukan semasa ketiadaannya. Mujur Faries dan Fariesya bersetuju untuk membantunya menutup rahsia jika tidak nahas dia dibuatnya.



"Tak ada apa-apa," jawab Alyssa acuh tak acuh cuba menyembunyikan rasa bersalah. Tidak mungkin dia akan menceritakan segala apa yang berlaku semasa dia tiada.



"Betul tak ada apa-apa Faries?," Aliff bertanya pada anak lelakinya pula.



"Tak ada apa-apa, cuma maksu Lysa ajak kawan dia tinggal sama," jawab Faries berhati-hati kerana takut terlepas kata.



"Kawan? Siapa?," tanya Aliff pada Fariesya pula.



"Cik Shima," jawab Fariesya ringkas.



Dia berdoa dalam hati agar papanya tidak bertanya padanya lagi. Dia lemah semangat sikit kalau di gertak pasti rahsia mak usunya terbongkar. Lagipun dia begitu menyenangi 'Uncle Arash'. Uncle Arash seorang lelaki yang baik dan sepadan sekali dengan maksunya. Sama cantik dan sama padan. Dia tahu maksunya turut sukakan Uncle Arash walaupun maksunya tidak pernah mahu mengaku. Tapi dari pemerhatiannya dia dapat merasakan bahawa maksunya telah jatuh cinta dengan Uncle Arash yang pernah di benci dahulu.



"Hmm abang dengar kau dah letak jawatan dari Syarikat Stasia Holdings kenapa?," tanya Aliff lagi lalu memandang kearah adiknya semula.



Alyssa tersentak bila abang Aliff berkata demikian, masakan abang Aliff tahu tentang berita perletakan jawatannya di Stasia Heights. Siapa yang memberitahu abang Aliff? Arash?? Tidak mungkin. Aliff tidak pernah mengenali majikannya.



"Mana abang tahu?," tanya Alyssa dengan wajah cemas.



"Abang telefon office kau tadi, siapa Arash yang beritahu," ujar Aliff menoleh kearah Alyssa cuba melihat reaksinya sebaik sahaja dia menyebut nama lelaki itu.



"Arash!," Alyssa menelan air liur perlahan bila abang Aliffnya menyebut nama Arash. Kenapa abang Aliff menghubungi pejabatnya. Siang tadi dia keluar sebelum menjemputnya di Airport. Tidak menyangka abang Aliff cuba menghubungiku di pejabat. Ah sudah! Battery handphonenya sememangnya flat.



Dan apa yang peliknya kenapa pula abang Aliff berbual dengan Arash? Bukankah Jannah yang selalu menyambut panggilan dari mejaku bila aku tiada. Janganlah Arash ceritakan semuanya pada abang Aliff. Doanya dalam hati.



"Ya, Arash," jawab Aliff tegas.



Alyssa merasa gerun bila abang Aliff berbuat demikian. Arash kalau kau nak hukum atau saman aku buatlah, tapi jangan bongkarkan semuanya pada abang aku. Aku tidak berani bertanya lebih lanjut dari abang Aliff kerana tidak mahu mengundang masalah.



"So tak kerjalah sekarang ni???,"



Alyssa tidak menjawab soalan abang Aliff sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya perlahan.



"Ok abang bagi kau kerja,"



"Kerja, kerja apa bang?," tanya Alyssa seperti budak bodoh.



Yelah kerja apa yang abang Aliff hendak berikan kepadanya gembira benar abang Aliff bila dia mengatakan dia tidak bekerja lagi.



"Jaga Fikri kat UK," jawab Aliff sambil tersenyum.



Jaga Fikri? Abang Aliff hendak dia menjaga anaknya yang bujang tu. Hairan dia dengan abang Aliff, biarlah Fikri berdikari sendiri. Bukannya Fikri tidak tahu berdikari abang Aliff terlalu protective.



Tapi ok juga dengan cadangan abang Aliff tadi. Sementara dia belum hendak berkerja semula, apa salahnya dia menemani Fikri di London. Menjadi nannynya buat sementara waktu. Boleh dia ajak Fikri menemaninya melancong dikeliling Europe.







Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now