Part 30

129 8 3
                                    



"JADI kau ke UK?," tanya Shima sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Alyssa yang duduk menunggunya di Coffee Bean. Sudah hampir sebulan dia tidak bertemu dengan Alyssa. Kerana Alyssa tidak served notice perletakan jawatannya selama sebulan. Dan Shima sejak menyerahkan surat itu tidak lagi ke pejabat. Pelik, kerana Arash tidak pula mencari mereka seolah-olah tidak kisah dengan cara mereka berhenti begitu sahaja.



"Nampaknya begitulah," jawab Alyssa ringkas lalu menoleh ke arah Shima.



Sejak peristiwa dia ditangkap khalwat dengan Arash sehingga kini dia tidak punya mood untuk memikirkan masa depannya. Dia tidak lagi peduli tentang kerja. Dia hanya kesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap diri Arash. Dapatkah Arash memaafkannya?



Sehingga kini Arash tidak bertindak apa-apa. Caranya itu membuatkan hati Alyssa tidak tenang. Dia tidak kisah sekiranya Arash mengambil tindakan ke atas diri mereka sekurang-kurangnya mereka tahu akan perasaan Arash. Marah dan rasa tertipu. Keputusan Arash pergi begitu sahaja membuatkan hatinya terseksa. Dan lagi dia mula merasa rindu pada Arash.



Dia mengambil keputusan untuk ke UK. Apa lagi yang hendak dia buat di sini. Dia belum hendak bekerja lagi. Daripada dia duduk menganggur dan tidak buat apa. Ada lebih baiknya dia ke UK.



"Habis aku macamana?," tanya Shima merasa kurang senang bila Alyssa mahu meninggalkan dia seorang diri di Malaysia. Dia memang sudah mendapat tawaran bekerja di tempat lain. Tapi dia sedih kerana tidak mempunya teman seperti Alyssa yang kerja di tempat sama.



"Ler kau kenapa pulak, kau nak ikut aku ke? Yang kau gatal pergi apply kerja tempat lain siapa suruh?," ujar Alyssa lalu tersenyum. Dia tahu Shima kesunyian. Tulah, sudah elok-elok bekerja cari penyakit. Ikutkan dia memang sayang hendak berhenti kerja kerana dia tidak mengalami masalah apa-apa bekerja di sana kecuali dengan Arash.



Teman sekerja semuanya elok-elok belaka. Apa hendak buat. Nasi sudah menjadi basi (peribahasa baru kalau nasi sudah menjadi bubur masih boleh makan lagi).



"Arash ada hubungi kau?," tanya Shima tiba-tiba.



Alyssa mengelengkan kepala. Kenapa tiba-tiba Shima bertanyakan tentang Arash? Kenapa Arash ada menghubunginya ke?



"Kau rasa dia sudah maafkan kita dan teruskan kehidupannya seperti biasa?," tanya Shima lagi.



"Entahlah Shima, kau rasa patut ke aku bertemu dengan Arash sebelum aku pergi ke UK, ingin menerangkan perkara yang sebenar, sekurang-kurangnya dia tahu kenapa kita berbuat demikian terhadap dirinya apa pendapat kau,"



"Kau yakin kau boleh berhadapan dengan dia?," tanya Shima bila Alyssa bercadang hendak berjumpa dengan Arash dan hendak menerangkan akan perkara yang sebenar. Alyssa mengelengkan kepala perlahan kerana dia sendiri tidak yakin samada dia berani untuk berbuat demikian.



Masalahnya dia sendiri tidak berani bertentang mata dengannya. Terasa benar-benar malu dan bersalah terhadap dirinya. Namun begitu dia merasa tidak senang hati sekiranya dia pergi ke UK tanpa bertemu dengan Arash terlebih dahulu. Dia bersedia menerima apa sahaja hukuman dari Arash. Dia redha kerana dia sudah memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya.



Kata orang berani buat maka berani tanggung risikonya. Sudah memang salahnya menculik anak Tan Sri Farihin. Sudah hampir sebulan lebih Arash mengetahui akan identitynya. Sehingga kini masih belum ada berita mahupun surat peguam yang mereka terima. Masakan Arash dapat melupakan kesalahan mereka begitu sahaja. Mustahil! Kerana Arash bukan lelaki yang mudah lupa.





                                                                                *****



HATI Alyssa berdebar-debar bila mendapati ada sekeping envelope terdapat didalam peti surat, sampulnya tertera logo syarikat Arash tapi tidak berstem. Maknanya surat itu di hantar sendiri. Siapa yang menghantarnya? Arash? Lambat-lambat dia membuka sampul surat tersebut kerana dia sudah dapat mengagak apa yang terkandung di dalamnya.



Apapun yang tertulis di dalam surat tersebut dia sudah bersedia untuk menerimanya. Dia merasa pelik kerana surat yang dia terima bukan dari letterhead syarikat malah kertas berwarna buff 'From Arash Zakuan Desk' yang isi kandungannya hanya di tulis tangan dan tidak di taip.



Alyssa,

Please meet me at the Company Lawyer office at 2.30pm today. Important!

Arash



Ringkas sahaja isi kandungan tersebut yang ditulis sendiri oleh Arash. Alyssa melipat kembali surat yang di terima dari Arash. Arash mahu membuat perhitungan dengannya. Dia sudah bersedia. Haruskah dia memberitahu Shima akan surat yang diterima dari Arash. Di dalam surat tersebut dia hanya mahu Alyssa datang sendirian.



Alyssa mengeluh kecil. This is it! Dia bangkit dari sofa dan berlalu kearah bilik untuk bersiap-siap untuk bertemu dengan Arash. Sebelum itu dia sempat mendial nombor peguam abang Fikri untuk menemaninya ke pejabat peguam Arash.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now