ALYSSA hanya mengikut kemana Arash ingin membawanya. Sepanjang perjalanan ke tempat yang di bawa Arash. Alyssa hanya mendiamkan diri. Arash juga tidak berkata apa. Sehinggalah dia sedari mereka menuju kearah restaurant Mediterranean.
Suasana romantis di restaurant Mediterranean tidak sedikitpun membuatkan Alyssa selesa. Dia merasa hairan mengapa Arash membawanya ke restaurant tersebut, dan bukan ke tempat kedai makan biasa. Hendak marahkannya di tempat restaurant mewah sebegini? Hendak memalukannya di tempat begini? Ah Alyssa tidak peduli lagi jika Arash mahu berbuat demikian kerana dia sanggup menerimanya.
Yang penting dia dapat menjelaskan perkara yang sebenar agar Arash mengerti. Selebihnya dia serahkan kepada Arash untuk mengambil keputusan ataupun tindakan sendiri. Arash harus tahu kenapa dia berbuat demikian. Alyssa mahu dia tahu siapa dirinya sebelum ini.
"Alyssa, what would you like to have?," ujar Arash lalu meneliti menu di hadapannya.
"Saya tak lapar Encik Arash," jawab Alyssa tegas. Tujuan dia bertemu dengannya kerana hendak menyelesaikan masalah mereka, itu sahaja. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Dia tahu Arash marah padanya dan lelaki itu seperti mencari masa yang sesuai untuk dia berbuat demikian.
Arash melirik kearah Alyssa. 'Encik Arash'. Arash membuahkan senyum bila Alyssa sudah mula berbual formal dengannya. Alyssa kelihatan kurang selesa bila Arash menatap wajahnya lama.
"Alyssa tidak sudi makan bersama saya?," ujar Arash. Suaranya tenang.
Suara itu yang Alyssa rindui sejak Arash keluar dari rumah. Arash yang baik. Arash yang tidak marah padanya setiap kali mereka bertemu.
"Saya rindukan masakan Alyssa..., Alyssa pandai memasak," puji Arash bila Alyssa tidak menjawab. Arash mengeluh kecil bila Alyssa masih tidak memberinya peluang untuk berbaik dengannya. Jahat sangatkah dia dahulu, sehingga Alyssa tidak langsung percaya padanya sekarang.
Alyssa tidak berkata hanya mendiamkan diri bila Arash memuji bahawa masakannya sedap. Apa yang harus di jawab? Terima kasih kepadanya??
"Ok tell me why do you hate me so much?" ujar Arash mengalah bila semua soalannya tidak di jawab Alyssa.
"You arrogant and snobbish, sungguhpun kami hanya pekerja you, you tidak seharusnya melayan kami macam sampah Encik Arash! Kami ada maruah diri!," ujar Alyssa dengan nada perlahan sungguhpun perlahan dia percaya Arash dapat mendengarnya dengan jelas. Dia mahu berterus terang pada Arash. Biar Arash tahu apa yang terbuku di hatinya selama ini.
Arash tidak terperanjat bila Alyssa berkata demikian kerana dia sudah menduga perangainya begitu sebelum ini, jika tidak, Alyssa tidak akan berdendam padanya. Namun itu Arash yang dahulu. Arash yang kini tidak sama dengan Arash yang dikatakan Alyssa. Arash kini mengharapkan Alyssa memberinya peluang untuk mengasihi dan menyayangi Alyssa.
"Dan di sebabkan itu kami terlalu benci pada Encik Arash," sambung Alyssa lagi. Nada suara tidak kedengaran marah. Dia hanya berterus terang dan menerangkan kepada Arash akan sebab dia berbuat demikian padanya. Dia tidak dapat menerima cara Arash melayan pekerja selama ini.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...