Part 33

165 5 0
                                    



ALYSSA berjalan perlahan menuju kearah balai perlepasan. Sehari sebelum berangkat dia pergi ke pejabat Arash dan menyerahkan kembali cek yang di berikan kepadanya tempoh hari. Dia tidak memerlukan wang pampasan darinya dan tidak akan menerima cek dari Arash kerana Arash tidak berhutang apa-apa dengannya.


Hubungan mereka memang pelik. Arash akui mencintainya dan dia sungguhpun mencintai lelaki itu tapi tidak dapat menerima cintanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa? Bodoh kah dia? Apa yang membuatkan dia tidak mahu menerimanya? Adakah kerana dia takut tujuan Arash mengatakan cinta padanya kerana hendak membalas dendam terhadap dirinya.


Atau mungkin kerana dia takut untuk mengaku di hadapannya bahawa dia juga cintakannya. Arash yang dahulu pernah dia benci-sebenci-bencinya dan kini benci itu bertukar menjadi cinta. Namun setelah Arash sendiri mengaku mencintainya, dia menarik diri kerana tidak pasti ianya cinta atau dendam semata-mata. Dia menjadi tidak keruan bila memikirkannya. Dia tidak mengenali Arash.


Ya benar sejak kemalangan Arash menunjukkan perangai yang positif, tapi dia tidak tahu akan sejarahnya yang dahulu sehingga Arash menjadi lelaki yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertimbang rasa.


Alyssa bangkit dari kerusi bila pengumuman terakhir diumumkan. Dia segera mencapai boarding pass dan menaiki pesawat. Matanya sudah mula berkaca bila pesawat kini berada di udara, sebak hatinya hendak meninggalkan Malaysia.


Sengaja dia tidak mahu abang Aliff mahupun Shima menghantarnya ke airport. Dia tidak mahu mereka melihat dia pergi. Dan dia rindukan Arash. Buat pertama kalinya dia mengakui bahawa dia benar-benar rindukan lelaki itu. Adakah perbuatannya itu wajar dengan menolak cinta Arash?


Benarkah Arash mencintainya? Ya Allah, jika benarlah Arash itu jodohnya maka kau temukanlah kami semula, Ya Allah. Doa Alyssa dalam hati.


Dia kini akui, bahawa dia benar-benar cintakan Arash. Tapi kini dia berada beribu batu jauh dari Arash dan tidak tahu bila dia akan kembali ke Malaysia semula. Kini baru dia sedar akan kebodohan dan kesilapannya.


"Hello Auntie!," ujar budak perempuan kecil yang tiba-tiba duduk di sebelah Alyssa.


Alyssa terkejut bila ada seseorang budak perempuan menegurnya. Dia segera mengesat air matanya lalu memandang ke arah budak perempuan itu. Matanya bulat sebaik sahaja memandang wajah anak itu.


"Aaliyah???? You are going to London? With whom? Mummy and daddy?" ujar Alyssa terperanjat kerana budak kecil yang menegurku tadi adalah anak kepada Dr. Harris. Dia benar-benar tidak menyangka dapat bertemu dengan Aaliyah lagi. Aaliyah turut bercuti ke London?


"Yes London with Daddy only, auntie dengan siapa?," ujar Aaliyah lalu tersenyum dia duduk di sebelah Alyssa kerana tiada penumpang lain yang duduk di sebelahnya.


"I'm alone, meeting nephew auntie di sana, Aaliyah datang sini daddy tahu tak? Takut daddy risau mencari Aaliyah nanti," ujar Alyssa merasa gembira kerana ada teman berbual. Lagipun dia memang suka melayan Aaliyah kerana dia comel sangat. Seperti anak patung. Wajah dari acuan mummynya yang berdarah belanda dan daddynya yang berdarah melayu.

Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now