Kini sudah genap seminggu Yui tinggal di Bandar Magica. Dalam seminggu itu juga Yui membina reputasi. Yui kini dikenali ramai kerana ringan tulang dan murah dengan senyuman.
Yui juga mendapat tempat tinggal selesa percuma hadiah daripada sepasang suami isteri. Yui mendapat tempat tinggal tersebut kerana telah menyelamatkan si isteri yang sedang sarat mengandung.
Yui juga telah menjalinkan hubungan mesra dengan pemilik gerai Rairaiken, yang dikenali dengan Shoyu Ramen yang lazat lagi popular. Pendek kata, semua penduduk Bandar Magica menerima baik Yui.
"Pakcik Chef, menu biasa satu!" ujar Yui sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Pakcik Chef pula mengangguk tanda faham dengan 'menu biasa' Yui.
"Yui, pakcik nak tanya sesuatu," ujar Pakcik Chef setelah memberikan Yui semangkuk ramen yang dipesannya. Yui mematahkan chopstick kayunya.
"Tanya apa?" soal Yui.
"Saya makan dulu!"
"Kenapa kamu datang ke Bandar Magica?" Yui menelan mi ramen itu setelah mengunyah.
"Saya cuma berhijrah. Maklumlah saya jenis yang tak boleh duduk diam," ujar Yui tenang. Dia sudah berlatih bagaimana hendak menipu dengan berjaya.
"Oh, ibu bapa kamu pula mana?" Yui meletakkan chopsticknya di atas mangkuk. Air mukanya juga berubah sedih.
"Saya tak tahu. Siapa mereka? Saya juga tak tahu...," ujar Yui mendatar. Pakcik Chef pula tergamam reaksi mendadak Yui.
"Pak-pakcik minta maaf. Pakcik janji takkan tanya lagi," ujar Pakcik Chef kaget. Yui tersenyum.
"Tak perlu. Lagipun, saya dah tak kesah. Sekarang saya dah ada tempat tinggal baharu. Bandar Magica!" ujar Yui gembira. Pakcik Chef menghela nafas lega.
"Baguslah kalau macam tu. Pakcik harap kamu hidup bahagia di sini," ujar Pakcik Chef. Yui mengangguk sambil tersenyum.
Tiba-tiba seorang lelaki muda masuk. Lelaki itu berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah. Rambutnya pula berwarna putih. Matanya berwarna biru gelap.
"Selamat datang, Encik Tomo," ujar Pakcik Chef. Lelaki itu melihat keadaan sekeliling. Kemudian matanya bertembung dengan mata Yui yang kebetulan memandangnya. Yui segera mengalihkan pandangannya.
'Seramnya... Siapa dia tu?' detik hati Yui.
Lelaki tersebut mengambil tempat di sebelah Yui. Yui pula mula berasa tidak selesa. Dia hendak pergi dari situ dengan segera. Yui mengeluarkan dompet berbentuk tembikainya.
"Pakcik saya nak bayar bil. Berapa-"
"Aku belanja," ujar lelaki itu tiba-tiba. Yui terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.
"Err... Takpa... Terima kasih. Saya boleh-"
"Tak, aku bayar," potong lelaki itu lagi. Yui menelan liurnya.
"Baiklah," Yui bangun dari duduknya.
"Saya pergi dulu," Yui beria hendak pergi dari situ. Jikalau boleh mahu sahaja dia memecut pulang ke tempat tinggalnya.
"Tunggu," Yui menghentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya menghadap lelaki tersebut.
"Ya?" lelaki itu bangun dari duduknya. Dia memberikan wang kepada Pakcik Chef lalu mengambil sekotak ramen yang telah siap dibungkus oleh pembantu Pakcik Chef.
"Aku ikut kau," ujar lelaki itu. Yui tergamam mendengar kata-kata tersebut.
"Eh?! Ke-kenapa? Apa salah saya?" soal Yui kaget. Dia bimbang sekiranya dia membuat salah. Bimbang nanti misi membalas dendamnya akan terganggu.
YOU ARE READING
Hikari: The faded Sun
FantasyHaruki Hikari. Seorang gadis biasa. Bukan dari keturunan yang luar biasa. Namun semuanya berubah tatkala kematian kedua ibubapanya dan seluruh keturunannya dalam satu malam. Menjadi ahli magis bukanlah pilihan utama. Namun demi dendam, Hikari sanggu...