Yui keluar dari rumah. Dia hendak menyapu halaman yang dikotori oleh daun-daun mati yang berguguran. Matahari memancar dengan terik pada tengahari itu.
Yui memulakan kerjanya. Dia menyapu kesemua daun-daun tersebut. Tomo pula duduk di atas atap sambil membaca buku. Lelaki itu sekali-sekala memandang Yui yang sedang tekun membuat kerja.
'Rajin juga budak ni,' Tomo mengangguk lalu menyambung semula bacaannya.
Yui memegang kepalanya. Dia melangkah setapak ke belakang. Dia menggeleng perlahan kemudian dia menyambung semula kerjanya. Tomo perasaan tentang itu, menutup bukunya.
'Dia tak sihat ke?' Tomo melihat Yui meletak penyapu di tempat asalnya lalu masuk ke dalam rumah.
Tidak lama selepas itu, Yui keluar semula. Dia hendak mengambil karpet yang sudah kering dijemur. Yui menggulung karpet itu.
'Aduh, makin sakit pula,' Yui memegang kepalanya. Yui menggeleng.
Gadis itu mengangkat karpet itu lalu diletakkan di bahunya. Muka Yui berkerut menahan berat karpet nipis itu. Yui melangkah.
Kemudian tubuh Yui hilang keseimbangan lalu terjatuh. Dia sudah tidak mampu menahan sakit kepalanya. Namun mujur Tomo pantas menyambut Yui.
'Panasnya badan dia!'
🌟🌟🌟
Yui membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat siling putih. Yui menggerakkan kepalanya. Kemudian dia melihat sehelai kain lembap di atas dahinya.
"Kau dah sedar pun," ujar Tomo tiba-tiba. Yui memandang lelaki itu dengan tajam.
'Kalau ye pun nak tegur, bagi signal sikit boleh tak?' Yui menghela nafas. Dia menenangkan jantungnya yang berdegup kencang.
"Kau sekarang dekat klinik," Yui membetulkan posisinya. Dia duduk lalu memandang Tomo yang berdiri di sebelahnya.
"Klinik? Saya cuma demam biasa. Bukannya sakit parah," ujar Yui. Tomo memandang ke luar tingkap bilik itu.
"Kau anak orang lain. Sudah tentu aku perlu berikan kau layanan yang bagus," Yui mengambil kain yang berada di dahinya.
"Saya dah biasa buat kerja keras. Demam biasa ni bukannya masalah besar. Lagipun...," Yui meregangkan badannya.
"Saya cuma nak tolong orang lain," Yui mengukir senyuman. Tomo pula hanya memandang Yui. Tomo menarik kerusi di bawah katil Yui lalu duduk. Dia membungkukkan sedikit badannya lalu memandang Yui dengan serius.
"Kau nak jadi ahli magis tak?" Yui tergamam lalu ketawa kekok.
"Magis? Haha.. Saya tak layak untuk itu," Yui menggeleng. Tomo masih memandang Yui dengan serius.
"Jangan risau, aku akan tanggung semuanya," ujar Tomo. Yui terdiam lalu memandang Tomo.
"Ta-takpa, sa-"
"Minggu hadapan, ikut aku. Kita pergi mendaftar," potong Tomo. Tomo menegakkan badannya. Yui mengeluh kecil.
"Apa tujuan Encik Tomo jaga saya?" soal Yui tiba-tiba. Tomo berdiri.
"Aku ada nampak bakat kau. Jangan risau, aku akan ajar kau," ujar Tomo lalu berjalan keluar dari bilik itu. Setelah pintu bilik tertutup, Yui tersenyum lebar.
YOU ARE READING
Hikari: The faded Sun
FantasyHaruki Hikari. Seorang gadis biasa. Bukan dari keturunan yang luar biasa. Namun semuanya berubah tatkala kematian kedua ibubapanya dan seluruh keturunannya dalam satu malam. Menjadi ahli magis bukanlah pilihan utama. Namun demi dendam, Hikari sanggu...