Gadis itu duduk di bangku buluh di dalam pondok besar itu sorang diri. Dia masih mencari kelibat adiknya Malik.
‘Bagaimana boleh ada kampung di dalam hutan ini? Di mana Malik, kenapa aku harus tunggu di sini?’ Bersuara gadis itu sendiri.
Penduduk-penduduk di sini juga memandang gadis itu pelik.
Ada yang berbisik berbual tentang dirinya, gadis itu hanya menunduk. Tiba-tiba ada seseorang yang datang menghulurkan tempurung kelapa yang berisi air.
Gadis itu memandang wajah pemuda yang memberikan air itu. Pemuda itu berwajah tampan, berbaju melayu putih serta samping biru diikat kemas di pinggang. Pemuda itu ada bersama wanita yang membawa dia ke sini tadi.
“Minumlah duhulu air ini, bagi hilang dahanganya.” Kata pemuda itu.
Dia menggeleng, “Tidak mengapa, kita tak haus.” Gadis itu menolak.
“Tak usah bimbang, air ini selamat diminum. Ambil saja” Arah pemuda itu. Gadis itu ambil takut-takut.
“Tuan hamba...” Panggil gadis itu sebelum pemuda itu pergi. Pemuda itu menatap wajah gadis itu.
“Kenapa kita dibawa ke sini? Kita mahu mencari adik kita, kita mahu pulang.” Tanya gadis itu risau.
“Bertahan sahaja, setelah masanya tiba pasti kamu akan berjumpa dengannya.” Kata pemuda itu sebelum pergi meninggalkan gadis itu dengan tertanya-tanya.
Gadis itu terduduk di bangku semula sambil memikirkan nasib dirinya dan adiknya yang entah kemana. Sementara itu mengingati kembali di mana dan bila dia mula menyedari adiknya hilang.
'Mustika, ingat ya. Jaga Malik dengan baik dan sentiasa ingat supaya tidak pergi terlalu jauh ke dalam hutan’‘Ya mak, Mustika ingat. Sudah beberapa kali mak mahu mengulangi ayat yang sama’
‘Mak cuma mengingatkan sahaja, di dalam hutan itu ada kawasan terlarang. Jadi hati-hati, jika terpijak maka habislah diri. Bersedia sahaja untuk berdepan dengan mereka’
‘Bunian ya? Sudah mak. Jika kita tidak menganggu mereka, InsyaAllah kita tidak akan terkena apa-apa'
‘Tetapi kita juga harus beringat wahai anakku. Sentiasa berhati-hati, ingat pesan mak ni’
Gadis itu teringat sesuatu. ‘Kawasan terlarang?’ Gadis itu memandang sekeliling dengan cemas.Dia memegang dadanya yang berdegup laju. Dia beristighfar beberapa kali.
“Tak mungkin aku sudah termasuk kawasan mereka.” Kata gadis itu seorang diri sambil melihat penduduk yang sedang memandang ke arahnya. Mukanya sudah bertukar pucat.
Dia menunduk dan memeluk dirinya.
Pemuda tadi hanya memerhatikan tingkah laku gadis itu sambil mengerutkan dahi.
“Apa yang kau lihat?” Kata Lanang yang baru tiba di sebelah pemuda itu. Pemuda itu mengangkat bahu.
“Aku berasa aneh” Kata pemuda itu sambil berfikir. Lanang mengerut dahi.
“Apa yang anehnya?”
“Entahlah Lanang....” Balas pemuda itu. Lanang mengangkat bahu sambil mencebik.
“Apa-apa pun gadis itu sungguh menawan juga kan?” Kata Lanang sambil tersenyum dan memandang gadis itu. Pemuda itu memandang Lanang.
“Menawan sungguhkah?” Tanya pemuda itu.
Lanang memandang tidak percaya, “Adi, kita tak sangka soalan ini yang akan keluar dari bibir kau. Kau tidak pandai menilaikah? Sudah lama gadis yang berwajah sungguh menawan sepertinya tidak datang kesini. Lebih lama dari kedatangan kau kemari.”
Pemuda itu hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Lanang tanpa memberi balasan apa-apa.
Lanang menggeleng kepala “Adi, kita yakin yang kau sudah buta pada kecantikan wanita.” Kata Lanang sambil tertawa dan ingin pergi dari situ.
“Bukankah kecantikan pada wanita adalah sama, semua wanita terlihat cantik. Tidak ada yang kurang cantik atau terlebih cantik.” Balas pemuda itu dengan yakin. Lanang tergelak
“Suka hati kaulah Adi.” Kata Lanang sebelum beredar.
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomantikBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...