Sudah masuk dua hari Mustika berada di kampung yang tidak tahu keberadaanya dimana.
Kadang dia mahu menangis mengingatkan keluarganya. Lagi-lagi pada Malik.
“Ikut kita.” Kata Adi yang tiba-tiba sahaja berada di sebelah Mustika yang sedang mengelamun.
Mustika terkejut, dia masih tidak dapat menghadam di mana dia berada.
Jika benar dia sudah masuk ke kawasan larangan, maka apa yang akan terjadi kepadanya dan kenapa orang-orang disini tidak melakukan apa-apa kepadanya jika benar ini kawasan larangan?
“Terlalu jauh kamu berfikir, ikut sahaja kita.” Kata Adi selepas beberapa saat Mustika tenung wajah tampan pemuda itu. Mustika menjadi gelabah.
“Tuan hamba mahu bawa kita kemana?”
Adi tidak membalas, dan terus sahaja mengambil kain sutera milik Mustika dan pergi. Mustika terkejut dengan tindakan pemuda itu dan terus mengejarnya.
Sudah masuk hari kedua, penduduk di sini masih memandang dia pelik.
Mustika hanya diam dan menunduk sahaja mengikut belakang Adi.“Kamu tinggal di sini buat sementara waktu.” Kata Adi setelah sampai di rumah kayu kecil. Mustika memandang pelik dan menghela nafas kecewa. Dia mahu pulang.
“Masuklah.” Arah Adi dihadapan pintu yang sudah dibuka. Mustika memanjat anak tangga perlahan. Dia memerhati segenap ruang rumah itu. Bersih, cukup luas untuk dia tinggal keseorangan dan tempat tidur juga disediakan.
“Jika kamu mahu menunaikan solat, kiblat di arah sana. Kain untuk solat juga ada di situ.” Tunjuk Adi kepada Mustika. Mustika terdiam.
‘Solat? Tidak mungkin mereka mengingatkan aku tentang solat?’
“Kita pergi dahulu” Pinta Adi sambil menutup pintu rumah. Mustika masih berfikir. Dia mengiggit jari.
“Ya benar, aku belum masuk lagi kawasan mereka. Sabar Mustika” Kata Mustika seorang diri dan terus masuk ke satu ruang yang sudah tersedia bekas air yang besar untuk mengambil wudhu.
Tok... Tok...Bunyi ketukan pintu mengejutkan Mustika yang sedang terlena di atas kain solatnya. Pantas dia bangun dan membuka pintu. Kain sutera di tepi pintu sempat dia ambil menutupi kepala.
Dia melihat seorang gadis cantik sedang tersenyum ke arahnya. Belum sempat Mustika bertanya gadis itu terus masuk ke dalam rumah sambil membawa dulang yang terisi pakaian serta makanan dan juga minuman.
Mustika hanya memandang makanan itu. ‘Tulang? Cacing?’ Soal Mustika sendiri. Mukanya sudah cuak.
“Cik? Mengapa?” Tanya gadis itu dengan mesra. Mustika terkejut, dia cuba tersenyum dan menggeleng.
“Nanti cik jamah la ya makanan ini.” Minta gadis itu sebelum pergi.
“Di mana tuan hamba dapatkan air minuman ini?” Mustika bertanya.
“Di belakang kampung, dekat Telaga Daik.” Jawab gadis itu lembut. Mustika mengangguk.
“Jika cik mahukan air, pergilah ke sana”
Mustika hanya mengangguk sambil menahan diri dia dari termuntah melihat ‘makanan’ yang gadis itu sediakan untuknya.
“Kita pergi dahulu ya.” Kata gadis itu dan beredar.
Tutup sahaja pintu, Mustika terduduk sambil memegang dadanya. Mata dia masih menatap ‘makanan’ itu.
‘Tak mungkin mereka bagi aku makan makanan ini’ Kata Mustika dalam hati. Perlahan air matanya jatuh.
‘Ya Allah kau selamatkanlah hambamu ini Ya Allah. Aku takut Ya Allah’
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...