Tok... Tok...
Mustika membuka pintu perlahan untuk melihat siapa yang datang ke rumah ini. Terkejut bukan kepalang mustika apabila tiba-tiba sahaja puspa mendekatkan muka dia dengan dia.
Cepat sahaja Mustika kebelakang dan mengusap dada.
Puspa ketawa, kelakar dengan tindak balas Mustika.
“Cik terkejut seperti sedang melihat hantu.” Puspa mengambil tempat duduk di tangga. Mustika hanya melihat Puspa dari jauh.
‘Memang hantu sungguh,’
“Kami bukan hantu.” Puspa memandang Mustika kosong. Terbelik mata Mustika.
‘Tak mungkin dia mendengar?’
Tiba-tiba Puspa tergelak sambil menggeleng. Mustika naik seram ‘Oh tidak, benarkah bunian?’
“Haihh sungguh, cik ini kelakar orangnya.” Puspa ketawa lagi dan seketika dia melihat tulang berulang yang dia berikan kepada Mustika semalam berada di tanah. Terus matanya memandang Mustika tajam.
Mustika menelan air liur lagi. “Cik buang makanan yang kita berikan semalam?” tanya Puspa.
Mustika terasa mahu pengsan dengan pandangan tajam itu. Ha sudahh, adakah dia akan mati harini.
“Tidak mengapa bertenang sahaja. Kita tidak akan membunuh cik” kata Puspa tenang sambil mengalihkan pandangan. ‘Benarkah?’
“Benar apa? Kami bunian?” tanya Puspa lagi. Dengan perlahan Mustika mengangguk dengan takut-takut. Puspa tersenyum sinis. Mustika telan air liur lagi.
“Kami di sini bukan hantu, bukan juga bunian.” kata Puspa memulakan penerangannya.
“Habis?” tanya Mustika ingin tahu sambil perlahan-lahan mendekati Puspa. Puspa menjeling, tidak takutkah manusia ini?
“Kami cuma, Wangsa Ghaib yang diciptakan oleh tuhan. Tidakkah kalian tahu bukan manusia sahaja dimuka bumi ini?” Mustika mengangguk.
“Tapi... kenapa....solat...dia” tanya Mustika tak teratur bila Puspa memandang dia. Gelabah dia
Puspa hanya tersenyum. “Maksud cik Adi Rajuna? Dia menunjukkan arah kiblat?” Mustika mengangguk lagi.
“Oh, dia memang pakar tentang agama di sini. Jika cik mahu tahu Wangsa Ghaib ada dua, ada Islam dan bukan Islam. Penduduk di sini semuanya Islam. Kami beriman kepada tuhan kami, Allah ta’ala.” terang Puspa sambil memandang Mustika.
“Jadi kamu semua menunaikan solat juga?” tanya Mustika takut-takut.
Seketika dia tersedar ‘Eh makhluk ini solat kah?’
Puspa ketawa bila terdengar bisikan hati manusia istimewa dihadapannya.
“Sudah semestinya kami solat. Kami juga melakukan ibadah lain, berpuasa, melakukan kebaikan. Sama seperti manusia. Cuma ada sahaja manusia yang menganggap kami semuanya jahat. Dilaknat oleh Allah” kata Puspa dengan tenang. Mustika mendengar dengan tekun, sedikit banyak hati dia semakin lega.
“Kenapa? Cik berasa tidak selamatkah berada di sini?” tanya Puspa. Mata Mustika berkelip memandang Puspa.
Tidak tahu mahu membalas apa, jika tersalah kata buruk padahnya. Mungkin pada harini juga dia akan pergi bertemu tuhan. Oh tidak.
“Cik tak perlu risau, selagi cik di kampung ini. Pasti tidak akan ada apa-apa yang berlaku.” Puspa memujuk. Mustika mengangguk perlahan, “InsyaAllah”
“Mari, ikut kita.” ajak Puspa teruja.
“Mahu kemana?” tanya Mustika cemas.
“Mari saja, kita bawa cik jumpa kawan-kawan kita. Mereka sedang menunggu” kata Puspa teruja sambil menarik lengan Mustika.
Terkejut dia, cepat sahaja dia mengambil kain sutera untuk menutup kepala.
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...