Bab 11

100 11 0
                                    

Mustika hanya ikut arah mereka bertiga untuk ke Sungai Baiduri yang mereka katakan, sekali-sekala terpegun dia dengan kecantikan alam disekelilingnya. Tenang, damai dan menghijau.

Mustika ada bertanya ada apa pergi ke Sungai Baiduri hari ini, ada apa?

Tetapi Puspa hanya menjawab, "Sudah menjadi kebiasaan untuk semua kaum perempuan pergi ke sana pada hari Khamis." Mustika hanya mengangguk dan diam selepas itu.

"Oh, jalan pulang orang laki-laki dari mana?" tanya Mustika apabila teringat. Mereka semua memandang Mustika.

"Mereka lalu dari arah sana." tunjuk Maya pada arah bertentangan dari jalan ke Sungai Baiduri. Mustika lega seketika.

"Kenapa Mustika? Ada yang tak kena ya?" tanya Intan prihatin.

Mustika menggeleng, "Kita cuma risau, takut jika ada lelaki yang melihat kita begini." kata Mustika malu. Mereka bertiga tersenyum dengan kelakuan Mustika yang cukup manis pada pandangan mereka.

"Tidak usah risau Mustika, kami juga menjaga aurat kami dari pandangan laki-laki." kata Puspa mengingatkan.

"Benar tu Mustika, jika aurat kami juga dijaga. Kenapa pula kami tidak bisa menjaga aurat kamu dari dipandang laki-laki." kata Intan pula. Puspa dan Maya mengangguk.

Memang benar mereka itu makhluk ghaib, tapi mereka beragama islam. Sudah pasti mereka mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah untuk umat Islam.

Mustika hanya tersenyum dan mengangguk.

Mereka berempat tiba di Sungai Baiduri, ramai yang sudah mula mandi dan bermain air. Lagi-lagi anak-anak perempuan yang sungguh teruja dengan air Sungai Baiduri ini.

"Mari Mustika kita turun, hati-hati." Ajak Maya sambil memegang lengan Mustika. Sempat juga Mustika mengangkat sedikit kain basahan yang dia pakai supaya tidak terkena ranting kayu. Dengan perlahan dia memijak batu-batu yang seperti anak tangga untuk turun ke bawah.

"Sampai juga kamu berempat, ingatkan sudah menghilang tidak mahu kemari." tegur Ibu Malar yang sedang berendam dengan kumpulan wanita yang lain. Mustika menunduk hormat pada mereka. Mereka semua membalasnya dengan senyuman.

"Mahu menghilang kemana pula mak? Nanti jika tidak datang mahu dipulas telinga, eh tak mahu lah takut" kata Puspa bergurau. Mustika ketawa lucu dengan Puspa.

Terus sahaja mereka berempat menarik lengan Mustika untuk mandi jauh sedikit dari orang lain. Mustika terus membuka kain sutera yang menutupi kepalanya dan diletak di bakul yang Maya bawa tadi.

"Puspa, teringin untuk kita bertanya. Kenapa setiap hari khamis kalian datang kemari?" tanya Mustika setelah penat bermandi manda dengan mereka bertiga. Ada sahaja perkara yang mereka mahu lakukan di dalam air.

Mustika pula yang terpaksa mengikut sama. Tetapi dia turut sekali teruja kerana sudah lama dia tidak datang ke sungai untuk mandi kerana dilarang oleh maknya. Katanya anak dara tidak elok mandi di sungai, takut jika ada yang melihat.

Puspa yang terdengar soalan itu terus memanjat batu besar dan duduk di sebelah Mustika.

"Entahlah Mustika, tapi sudah menjadi kebiasaan penduduk di sini. Yang laki-laki naik ke gunung, yang perempuan turun ke sungai." kata Puspa dan berharap Mustika tidak bertanya lagi. Dia juga tidak tahu mahu membalas apa.

Tapi permintaannya sama sekali tidak didengari oleh siapa-siapa. "Kenapa?" tanya Mustika.

Puspa hilang kata-kata sebentar, dia perlu menyusun ayat. "Penduduk lama disini ada yang kata bahawa dulu air sungai ini berwarna hitam, seperti permata Baiduri. Hitam legam. Dan ajaibnya warna air itu bukan suatu yang tidak baik, tetapi sesuatu yang mendatangkan banyak faedah." terang Puspa dengan jelas.

Mustika hanya memandang Puspa dengan dahi berkerut. "Faedah apa? Katanya air itu mampu menyembuhkan kesakitan, tetapi untuk penduduk Wangsa Ghaib sahaja, ada manusia yang mencuba datang kemari tapi airnya tidak berhasil pada mereka. Tetapi setelah beberapa tahun air mula betukar jernih dan ia tidak boleh lagi menyembuh kesakitan. Asbabnya tidak tahu mengapa." terang Puspa lagi. Mustika mengangguk.

"Dan sekarang air Sungai Baiduri ini dapat menaikkan seri wajah dan dapat menyegarkan tubuh badan. Lagi-lagi untuk wanita yang sudah bernikah. Untuk anak dara seperti kita pula katanya elok untuk menyiapkan diri sebelum bernikah. Eh tidak tahulah apa yang mereka fikirkan." terang Puspa sambil bermain dengan air sungai itu.

Mustika hanya tersengih bila melihat wajah Puspa yang tidak suka dengan perkataan 'sebelum bernikah'. Tidak mahu nikah agaknya anak dara ni.

"Oh, Mustika kamu tidak perasankah pada bau air ini?" tanya Puspa sambil memandang Mustika. Mustika berkerut. "Berbau harum?" tanya Mustika meneka.

"Iya, berbau harum, kerana itu kami selalu mandi disini, kerana haruman air ini yang semula jadi." kata Puspa teruja.

"Oh, ingatkan kita seorang sahaja yang perasan akan bau ini." kata Mustika lega, takut jika dia bertanya kenapa air ini berbau harum.

Makumlah ini kali pertama dia mengetahui ada air sungai yang berbau harum. Puspa hanya tersengih.

Terkejut mereka berdua apabila Maya dan Intan memercikkan air pada mereka secara tiba-tiba. Kain basahan yang mahu keringpun menjadi basah semula. Ketawa Maya dan Intan melihat wajah Puspa dan Mustika.

Apa lagi, berlawan serangan air la mereka disitu.

Mustika gembira, sudah lama dia tidak merasakan hal begini. Ya dulu dia ada kawan-kawan seperti Maya, Intan dan Puspa. Tapi mereka itu cuma kisah lama, kisah yang dia simpan kekal sebagai memori.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now