Bab 12

93 10 0
                                    

Lama juga mereka berada di Sungai Baiduri, hampir senja baru mereka pulang. Mustika terus masuk ke rumahnya setelah pulang tadi. Takut jika ada laki-laki yang melihat kerana Puspa bilang yang laki-laki akan pulang sekejap lagi. Kelam kabut dia jadinya, sudahlah masih berkemban kerana tidak membawa baju salinan.

Mustika menutup pintu dengan perlahan takut jika mengeluarkan bunyi bising dari pintu kayu itu, sejenak dia seperti perasan ada seseorang dibelakangnya.

Pantas dia memusingkan badannya dan memeluk tubuh melindungi badannya terdedah. Dia berkerut, tiada siapa-siapa.

‘Perasaan sahaja agaknya.’ Mustika menyedapkan hatinya. Tiba-tiba dia perasan ada kelibat hitam di sebelahnya. Dia berpaling lagi dan kelibat itu hilang. Mustika memegang dada yang sedang berdebar.

Dalam masa yang sama lidahnya juga tidak berhenti menyebut nama Allah, berharap pertolong dari Allah jika berlaku apa-apa ke atas dirinya.

Sekali lagi dia memandang belakang apabila dia melihat kelibat seseorang dibelakangnya. Dia menjadi makin cemas.

“Janganlah bermain-main pada waktu sebegini, tidak kelakar.” tegur Mustika perlahan, mana tahu ada yang sengaja menganggu dia. Tapi takkanlah rasanya mereka semua sudah masuk kerumah masing-masing untuk menyalin pakaian.

Prang...

Terperanjat Mustika apabila terdengar bunyi seperti cermin jatuh dibelakangnya. Dia memandang barang yang jatuh itu, cermin. Mustika mendekati cermin yang jatuh itu dengan takut-takut.

‘Bagaiman boleh jatuh?’ soal Mustika sendiri. Cermin ini dia letak di meja dan mendekati dinding kayu, jadi jika jatuh pasti cerminnya hanya menghempap meja sahaja. Tidak akan jatuh kebawah. Mustika mengambil nafas kuat menangkan diri. Dia menggelang.

‘Mustika perasaan sahaja, angin mungkin. Tak mungkin mereka nak ganggu kau sebegini rupa.’ Mustika bersangka baik pada penduduk di sini. Pantas dia mengambil cermin itu untuk diletakkan semula. Dia melihat pantulan cermin itu.

“Arghhh!” tercampak cermin Mustika bila lembaga hitam itu betul-betul dia lihat ada dibelakangnya. Dia menutup mata dan telinganya segera bila dia rasa tubuhnya seperti disentuh dan dibelai. Badannya menggigil menahan takut, mulut masih bersalawat dan berzikir.

“Jiwa Nirmala...”

Mustika mendengar bisikan itu ditepi telinganya, suara itu terlalu dekat. Dia menutup telinganya dengan kuat menggunakan telapak tangan.

“Ja...jangan ganggu aku.” kata Mustika takut-takut.

“Mustika!” jerit Puspa apabila melihat keadaan Mustika yang sedang takut. Dia terdengar jeritan Mustika, pantas sahaja dia datang kesini dan mengajak Intan sekali.

“Mustika, heyy pandang kita Mustika.” kata Puspa lagi sambil memegang Mustika yang masih tak mahu pandang dia.

“Ja...jangan ganggu aku.” Mustika masih tidak menyedari kehadiran Puspa dan Intan.

“Mustika!” jerit Puspa menyedarkan Mustika. Mustika mengangkat kepala dan memandang belakang mencari kelibat tadi. Tak ada, yang ada cuma Puspa, Intan dan dia menyedari ada beberapa lelaki di luar rumahnya.

Pantas dia menutup badannya dengan kain sutera yang dia selalu bawah dan mengesot kebelakang menjauhi mereka. Takut....

“Mustika, kamu dah kenapa?” tanya Intan cemas apabila melihat Mustika seperti takut-takut dengan mereka. Mustika menggelang sambil menunduk, mata masih tidak memandang mereka.

“Mustika, ceritakan pada kami apa yang terjadi?” tanya Puspa lembut memujuk Mustika. Mustika menggigit bibir, resah. Dia mengangkat kepala perlahan melihat Puspa yang risau akan keadaanya. Mustika mencebik menahan tanggis. Dia tak mahu menangis, tapi sayang mutiara jernih miliknya terlalu murah ketika ini.

Puspa semakin risau dengan Mustika pantas dia memeluk tubuh kecil manusia dihadapannya dengan kasih.

“Tidak apa Mustika, ambil lah masa untuk bertenang. Kami sentiasa ada untukmu.” kata Puspa sambil mengusap belakang Mustika lembut.

Intan melilau-lilaukan matanya melihat segenap penjuru rumah Mustika, tidak ada pula tanda dipecah masuk. Siapa yang menggangu Mustika, takkan ada laki-laki yang cuba mengapa-apakan Mustika.

Tidak! Penduduk disini tak mungkin akan berkelakukan begitu.

-
-
-
-

Haaa ghisau... Ghisau...

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now