Sejak Alya bawak kereta ke Penang. Maka jarang lah dia dapat bertemu Hariz. Kalau dulu, dia kata dia rindu je. Mesti haritu juga muka Hariz tercongok di depan fakulti mereka. Sekarang dia rindu. Rindu pada anak-anak juga. Tapi Hariz lah sumber dia menyalurkan kerinduan. Dapat bau badan Hariz pun dah boleh terubat rindu pada anak-anak.
Alya mendail nombor telefon Hariz bila rindu mulai menebal. "Hmm sayang." Suara Hariz sepertinya baru bangun tidur. Tersengih Ya mendengar suara Hariz.
"Abang baru bangun tidur ke?"
"Hah? Haah abang tertidur lah ni." balas Hariz dengan mata kelat mencuba memandang ke jam dinding. Jam sudah pukul 1 pagi. Mengapa Alya masih tidak tidur lagi. "Abang.."panggil Alya lembut saja.
"Ye sayang kenapa?"
"Abang."
"Ye sayang."
"Abang."
Suara Hariz semakin lembut menjawab, "iye sayang. Kenapa ni?"
"Ya rindu abang." tak lama kemudian Hariz request untuk video call. Alya terus mengangkat video call itu terus memuncungkan bibir memandang suaminya. Hariz memandang skrin itu lama. Tidak menjawab apa-apa setelah Alya mengatakan rindu. "Kenapa?" soal Alya memandang suaminya tak pandang dia berkelip. Hariz memejam mata lalu tersengih. "Kalau Ya rindu, abang lagi rindu Ya."
"Tak, Ya lagi rindu abang. Datang lah sini." muncung dia masih tak hilang ye! Masih muncung jauh nun kesana. "Betul nak abang datang?"
"Tak nak, Ya tak suka abang bawak motor datang sini. Hm kenapa abang bagi Ya kereta. Abang yang patut bawak nanti senang abang datang sini jumpa Ya."
"Habistu macam mana? Takpelahh abang bukan tak biasa bawak motor pergi tempat jauh." Giliran Hariz pula merayu macam budak kecil. Lembut saja cara dia melayani Alya. Nak juga hm! "Abang ambik lah kereta ni."
"Betul ni?"
"Takpelah. Ya simpan jelah kereta. Senang pulak nak pergi mana-mana." Alya tiba-tiba berubah fikiran. Hariz ketawa melihat ekspresi wajah Alya. Dia sudah jangkakan jawapan Alya, jadi dia saja psiko Alya.
"Abang, esok Ya takde kelas. Ya balik esok boleh?" Alya menyelak rambutnya ke belakang konon-konon teknik penggodaan. "Balik selangor ke?" Lantas Alya mengganggukkan kepalanya.
"Ya rindu Adam Idris lah. Boleh tak? Plish?"
"Duit pt ada berapa?"
"Ada lah sikit. Tapi cukup buat minyak."
"Takpelah. Kejap lagi abang transfer. Duit pt Ya simpan." pinta Hariz tangan mulai lenguh sejak tadi dia mengangkat telefon untuk menunjukkan wajahnya pada Alya. "Apa abang ni habistu duit abang? Takkan abang nak bagi duit pt abang dekat Ya?"
"Abang buat grab sayang. Ada duit sikit ni." jelas Hariz menunjukkan segala kebarangkalian logik disitu. Alya mengangguk faham. Lagi dia suka kalau laki dia transfer duit. "Abang. Abang nak tahu tak?"
"Tahu apa?"
"Bila fikir balik kan, Ya rasa kan Ya tak menyesal dapat one-night stand dengan abang." kata-kata luar jangkaan Alya membuatkan Hariz membuntangkan matanya terkejut. Hariz bangun dari baringannya. "Kalau Ya tak one-night stand takde lah Ya kahwin dengan abang." ulas Alya lagi bagi menghangatkan penceritaannya kepada Hariz.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
De TodoSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...