10 hari sebelumnya...
Tomo sedang membaca buku di atas atap sebuah rumah. Tengahari itu agak mendung. Tiba-tiba muncul seekor burung merpati. Tomo menutup bukunya.
"Grand Master Suyin hendak berjumpa dengan The Prime Tomo," ujar burung merpati itu. Tomo bingkas bangun. Kemudian dia lenyap.
Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50 an sedang menyelak beberapa helai dokumen. Wanita itu memandang ke arah pintu pejabatnya yang diketuk dari luar.
"Masuk," pintu tersebut ditolak oleh Tomo. Wanita itu menguntum senyuman melihat Tomo.
"Ada apa Grand Master?" soal Tomo sopan. Dia juga menundukkan kepalanya tanda hormat. Wanita itu tersenyum.
"Tak payah nak formal sangatlah, Tomo. Mari duduk depan saya," Tomo mengangguk lalu menarik kerusi dihadapan wanita itu. Dia duduk dengan selesa.
"Saya ada misi untuk kamu. Dan saya pasti hanya kamu seorang sahaja yang layak," ujar wanita itu. Tomo mendengar dengan tekun.
"Seperti yang kamu tahu, Bandar Magica dikunjungi oleh seorang budak perempuan bernama Yui," wanita itu membuka segulung kertas. Di dalam kertas itu terdapat wajah Yui dan beberapa biodata ringkas.
"Saya nak kamu ajar dia," ujar wanita itu. Tomo memandang wanita tersebut.
"Tapi saya ada-"
"Jangan risau, saya dah beritahu kepada mereka. Awak akan bekerja sementara dengan saya," Tomo menunduk. Wanita itu tersenyum nipis.
"Saya faham kamu masih tak dapat lupakan dia. Tapi ini adalah peluang yang terbaik untuk kamu atasi trauma kamu," ujar wanita itu lembut. Tomo mengangguk.
"Baiklah, saya faham," ujar Tomo. Wanita itu tersenyum.
"Dan dua orang lagi adalah...," wanita menunjukkan dua gulung kertas. Tomo tergamam melihat biodata dua orang tersebut.
"Ini...," wanita itu mengangguk.
"Ya, puteri Stella dari Klan Walter dan putera Toshiro dari Klan Nakada. Mereka berdua akan jadi anak murid kamu," ujar wanita itu. Tomo terdiam.
"Tapi kenapa saya? Bukankah ada orang lebih layak boleh ajar mereka?" wanita itu tersenyum. Dia sudah menjangkakan bahawa Tomo pasti akan berkata begitu.
"Kamu adalah calon yang paling sesuai, Tomo. Dengan adanya mereka berdua menjadi anak murid kamu, saya pasti mereka akan menjadi orang yang hebat seperti ibu bapa mereka," ujar wanita itu tenang.
"Yui pula?"
"Saya suspek perempuan itu adalah dari keturunan Evans," Tomo mengangguk.
"Kalau benar dia adalah keturunan Evans, kita perlu lindungi dan kembalikan semula takhta kepada dia," Tomo mengerut.
"Kenapa pula? Bukankah takhta Evans sudah dimansuhkan sejak 150 tahun yang lalu?" wanita itu mengangguk.
"Ya, memang betul takhta Evans sudah dimansuhkan dan diganti dengan The Great 3. Tapi dengan hilangnya takhta Evans, kita tak boleh biarkan Maglika jatuh ke tangan Axel. Lagipun...," wanita mengeluh berat.
"Dengan hilangnya Qiang, dunia kita sentiasa dalam bahaya," ujar wanita itu. Tomo mengangguk.
"Kalau Yui bukan dari keturunan Evans, apa yang Grand Master akan lakukan?" wanita itu menyandar di kerusinya lalu tersenyum memandang Tomo.
"Kalau dia bukan dari keturunan Evans, tiada masalah. Bertambah lagi ahli magis kita," ujar wanita itu tenang. Tomo mengangguk.
"Baiklah, itu sahaja. Saya harap kamu dapat latih mereka bertiga dengan baik," ujar wanita itu.
YOU ARE READING
Hikari: The faded Sun
FantasiHaruki Hikari. Seorang gadis biasa. Bukan dari keturunan yang luar biasa. Namun semuanya berubah tatkala kematian kedua ibubapanya dan seluruh keturunannya dalam satu malam. Menjadi ahli magis bukanlah pilihan utama. Namun demi dendam, Hikari sanggu...