MATA dicelikkan setelah beberapa kali cuba menidurkan diri. Jam di dinding dikerlingnya seketika, 2:30a.m. Aish tidak dapat tidur dengan lena semalaman dan asyik terjaga. Tempat kosong di sebelahnya itu disentuh dengan perasaan sayu. Terasa kosong tanpa ada Nayra di sisinya.
Bukannya dia tidak biasa tidur sendirian sebelum kahwin tapi mungkin kerana sudah terbiasa tidur berdua,dia merasa agak tidak selesa tanpa peneman.
Selama hampir sebulan mereka menjadi pasangan suami isteri, mereka hanya tidur bersebelahan tanpa berpelukan seperti pasangan yang lain. Tetapi mereka rasa nyaman dengan adanya peneman di samping.
"Dia mesti tidur dengan nyenyak kan sekarang." Aish merenung siling biliknya itu dengan pandangan kosong.
"Kenapa aku teringat dia pula ni!Takkan lah aku rindu dia?Takda maknanya lah!" soal Aish sendirian.
"Erm,selalunya sebelum tidur aku akan tengok muka buruk dia maybe sebab tu kot aku tak dapat tidur." jawabnya kepada soalannya yang tadi.
Aish mengambil telefon pintarnya lalu dia membuka aplikasi WhatsApp. Dia terdail nombor telefon Nayra tanpa sengaja ketika dia ralit menstalk last seen WhatsApp isterinya itu. Panggilan telefonnya diangkat secepat kilat.
"Hm?" Kedengaran suara serak Nayra di hujung talian.
"Dah tidur ke?" soalan agak bodoh ditanyakan oleh Aish.
"Haah baru je tidur jam 2 tadi, ni terjaga sebab awak call."
"Oh yeke, sorry." Aish mengaru kepalanya yang tak gatal itu. Rasa bersalah pula.
"Kenapa awak belum tidur?"
"Tak dapat tidur," jawab Aish jujur.
"Aik? Rindu saya ke?
"Perasan. Kau pula kenapa lewat tidur?" soal Aish kembali. Harus kawal macho.
"Kita orang buat preparation perkahwinan Alya tadi and then bila berbual tak ingat masa pula."
"Oh. Tak rindu aku ke?" soal Aish sengaja ingin tahu.
"Tak."
"Erm." entah kenapa dia merasa hampa.
"Tapi bohong. Mestilah saya rindu awak. Berapa jam dah saya tak tengok muka husband saya ni."
Aish tersenyum seketika mendengar ucapan Nayra itu. Eleh, sukalah tu!
"Ehem pergilah tidur semula," kata Aish, rasa bersalah pula kerana telah membangunkan isterinya itu.
"Haah awak pun."
"Jangan end call tau." pesan Aish.
"Hah?"
"Teman aku sleep call malam ni." entah apa yang merasukinya ketika itu.
"Hahaha... Teringat pula waktu saya minta awak temankan saya sleep call dulu."
"Haah tak salah kan nak sleep call dengan isteri sendiri?" kata Aish agak malu. Dia perlukan peneman malam ini.
"Yelah. Jom tidur."
"Baca doa dulu." Aish pun membaca doa tidur diiringi oleh suara Nayra.
"Aamiin. Good night Aish."
"Good night too cutie pie."
Tak lama kemudian, Aish turut terlelap. Agak lena tidurnya selepas mendengar suara isterinya itu. Terubat juga rindu yang menguasai diri tanpa sedar.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...