XLV

147 6 11
                                    

⚠️TW! SENSITIVE CONTENT ALERT⚠️

" Seungcheol hyung? Junhui? Seokmin? Seungkwan? "

Dalam kegelapan malam, dia dapat melihat keadaan tempat itu yang sunyi dan tidak berpenghuni. Tetapi kaki jenjangnya tetap berjalan entah ke mana.

Sehinggalah dia sampai di penghujung jalan. Cahaya di tempat itu sedikit malap. Membuatkan dia dapat melihat 4 badan yang tergantung secara terbalik.

Kaki yang diikat ke atas dan kepala yang terjuntai ke bawah. Tangan mereka tidak terikat. Membuatkan tangan-tangan itu bergerak bebas. Kecuali seseorang.

" Chan? Minghao? Jihoon? Jisoo hyung? " panggilnya selepas mengenal pasti badan-badan tidak bermaya tersebut.

Mulutnya yang terbuka kerana tidak percaya kembali tertutup rapat. Rahangnya diketap kuat begitu juga matanya terpejam erat.

Sebutir demi sebutir permata jernih keluar dari mata tajam itu. Tiada esakan mahupun kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Mahu bayangkan bagaimana keadaan mereka sehingga membuatkan Wonwoo, lelaki yang berjalan di kegelapan malam itu terdiam dan menangis secara senyap?

Chan. Si maknae tersakiti yang hilang tangan kanannya. Terputus dari bahagian siku ke bawah. Sedangkan tangan kirinya memegang tangan kanannya yang terputus. Bagaimana boleh tahu? Cincin yang mereka pakai ada di tangan yang dipegang itu.

Minghao. Mulutnya yang pedas tertutup dengan jarum-jarum yang digunakan sebagai senjata. Menembusi kedua bibirnya seperti satu jahitan. Begitu juga mata kirinya yang tertancap The8.

Jihoon. Jejaka mungil dan menakutkan itu dalam keadaan yang paling menggerunkan. Di perutnya, terdapat satu luka besar yang menampakkan isi perutnya. Kaki kirinya... patah ke belakang. Hanya kaki kanan yang terikat. Dan matanya yang sepet tidak tertutup. Terbuka menampilkan mata yang sudah tidak berjiwa mahupun bernyawa.

Jisoo. Dahinya terdapat banyak kesan tembakan. Begitu juga dadanya yang tidak tertutup dengan apa-apa kain. Sama seperti Jihoon, mata rusanya tidak tertutup. Bersama kesan lebam dan torehan di tangannya yang bebas.

Semakin lama, Wonwoo dapat rasakan yang kakinya semakin lemah sehingga terjelepok ke tanah. Tangannya naik menutup mulut. Mengeluarkan segala esakan dan jeritan perih.

" Ini semua salah kau. Kalau kau tolak tawaran ke Majika Highschool, mereka tidak akan mati dalam keadaan yang mengerikan seperti itu " ujar satu suara.

Wonwoo memusingkan kepalanya untuk memandang tuan empunya suara. Makin terkejut kerana suara itu milik salah seorang dari Seventeen.

" Jeonghan hyung " panggil Wonwoo dengan lirih.

" Aku bukan hyung kau! Aku tak kenal raksasa seperti kau! Yang ego dan mengambil keputusan sepihak. Yang tidak berbincang terlebih dahulu sehingga membunuh yang lain. Yang tinggalkan medan perang ketika nyawa orang lain sedang meregang dari raga! " jerit Jeonghan dengan sekali nafas.

Air mata Wonwoo semakin turun dengan lebat. Dia tidak faham dengan apa yang Jeonghan katakan. Dia tidak faham situasi sekarang.

Dan dia tidak faham kenapa keadaan Jeonghan amat kacau sekarang. Baju yang dia pakai juga disimbahi dengan darah.

" Kau nampak baju aku ni? Kau nampak darah dekat baju aku ni? Ini darah Seungcheol yang mati dipangkuan aku, darah Junhui yang melindungi aku, darah Seokmin yang cuba selamatkan aku dan darah Seungkwan yang terlebih guna majik di hadapan aku. Mereka semua mati di hadapan aku. HEMBUSAN NAFAS MEREKA YANG TERAKHIR ADALAH DI HADAPAN AKU! KAU FAHAM TAK?! "

SEVENTEEN 1『세븐틴 1』Where stories live. Discover now