"Aaaahhhh...."
"Aduh sakitnya telinga aku. Kot iya pun takut janganlah jerit kuat sangat Puteri woi. Sakit telinga aku."kata Mia.
"Entah kau ni. Semua orang tengok sini. Malu do"kata Sya."Sorry."kata Puteri.
"Kau tengoh Afra diam je walaupun dia takut."kata Mia.
"Tulah tu baru berapa minit kau dah menjerit."kata Sya.
Afra disebelah takut tapi dia tak tunjuk. Sejujurnya dia sangat takut sampai dia tak perasan yang dia telah memegang tangan sorang lelaki disebelahnya. Dan ye lelaki itu adalah Amir. Amir turut terkejut kerana Afra bertindak mengengam tangannya. Dia dapat rasa bahawa Afra mengigil ketakutan jadi dia biarkan sahaja. Macam mana dia tahu itu Afra. Sebelum Amir duduk dia nampak Afra tengah sibuk makan popcorn. Cerita tak start lagi Afra dah habiskan popcorn dia.
Setiap kali muncul hantu Afra akan mengegam tangan Amir. Kadang takut dia sampai Afra bersandar pada dada Amir. Afra tak sedar dengan tindakan dia. Amir pulak terkejut gila sampai dia mengucap dalam hati bukan sebab takut hantu tapi sebab tindakan Afra yang membuatkan jantung Amir tak boleh berhenti menyanyi dud dap dud dap(betul ke ejaan dia macam ni hah lantaklah.)
°°°
"Eh?? kau dah kenapa puteri."kata Sya.
"Wei aku nak gi toilet teman aku boleh Sya. Aku takut lah."kata Puteri.
"Jomlah aku pun pergi toilet juga. Bapa sejuk do kat dalam tadi. Menyesal aku tak bawak jaket tadi."kata Sya.
"Mia aku dengan Puteri nak pergi toilet jap tau."kata Sya.
"Emm, pergi lah. Tapi Sya kau nampak Afra tak."kata Mia.
"Tak asal. Eh? Mana Afra?"tanya Sya.
"Kau ni aku tanya kau kau tanya aku balik."kata Mia.
"Tadi bukan dia kat belakang kau ke Mia."kata Puteri.
"Betullah tu tadi dia kat belakang aku. Tapi bila aku pusing belakang dia tak ada."kata Mia.
"Dia masih kat dalam lah tu. Tak apa kau tunggu je kat sini nanti dia keluarlah."kata Sya.
"Yelah."
"Sya cepatlah aku dah tak tahan ni."kata Puteri.
"Sabarlah."
"Pergilah aku tunggu korang kat sini."kata Mia.
Situasi dalam bilik wayang.
"Best ke bersandar kat dada abang sampai Afra tertidur."kata Amir.
Afra bangun dari tidur. Tadi disebabkan takut sangat dia bersandar pada dada Amir untuk hilang kan takut sampai dia tertidur. Selesa sangat agaknya bersandar kat dada Amir.
Afra buka sahaja mata terlihat 4 jejaka tampan di hadapannya. Afra blur sekejap. Baru dia sedar kepala dia elok bersandar pada dada Amir. Terus Afra angkat kepala dia.
"Sorry Afra ta...tak segaja."kata Afra.
"Dah kenapa sampai tergagap tu. Lena dia tidur kat dada Amir ye."kata Afiq. Muka Afra membahang merah. Amir tersenyum.
"Eh, asal muka adik abang ni merah demam ke?"tanya Afiq menahan gelak.
"Eh.... tak Afra ok."kata Afra dengan muka yang masih merah.
"Hahahahaha."Afiq gelak. Afra menutup muka menahan malu.
Mereka berjalan keluar dari bilik wayang."Tapi apa abang Afiq dengan abang Amir buat kat sini?"tanya Afra.
"Main masak-masak."kata Afiq. Afra menjeling tajam Afiq.
"Dah sah2lah tengok wayang adikku yang comel tak akan lah nak main masak-masak kat cinema ni."kata Afiq.
"Mana tahu kau nak. Aku boleh je belikan kau mainan masak-masak lepas tu kau main kat sini ye."kata Farhan.
"Baik kau diam sebelum aku tumbuk muka kau."kata Afiq.
"Eh marah kita pulak. Tadi dia yang kata nak main masak-masak."kata Farhan.
"Bila masa pulak aku kata nak main masak-masak ni"kata Afiq.
"Dah2 jalan cepat. Aku tumbuk juga muka korang kat sini asik nak gaduh je kerja korang."kata Shah.
"Kau diam."kata Afiq dan Farhan serentak.
"Eh marah aku pulak."kata Shah.
Amir dan Afra dibelakang hanya melihat."Abang Amir siapa dua orang tu kawan abang ke?"tanya Afra.
"Emm kawan abang. Yang tengah berlawan mulut dengan Afiq tu Farhan sebelah dia tu pulak Shah."kata Amir.
Afra meng'o'kan sahaja."Abang Amir sorry pasal tadi."kata Afra.
Muka Afra merah semula bila ingat kejadian tadi.
"It's okey."kata Amir.
"Mia."panggil Afra.
Mia mengangkat kepala apabila namanya dipanggil seseorang.
"Afra. Kau buat apa kat dalam lama sangat. Jangan kata kau tidur."kata Mia.
"Hihihi.Tertidur....ter tau."kata Afra.
"Pelik aku dengan kau ni. Orang tengok cerita hantu menjerit kau boleh tidur."kata Mia.
"Hihi."
"Eerrmm..."
Afra menoleh ke belakang. 4 jejaka tampan tadi masih ada di belakangnya ingatkan dah pergi.
"Eh, Sir Amir. Sir buat apa kat sini?"tanya Mia.
"Aduh soalan ni lagi. Berapa kali dah aku dengar soalan kbat ni."keluh Shah.
"Sir tengok wayang. Cerita sama lepas tu duduk sebelah aku pulak tu."bisik Afra pada Mia.
"Seriuslah aku tak perasan pun."kata Mia.
"Macam mana kau nak perasan mata kau tu fokus kat skrin wayang je."kata Afra. Mia menjeling tajam Afra. Afra pulak tersengih sambil buat peace.
"Eh, mana Sya dengan puteri?"tanya Afra.
"Toilet."kata Mia. Afra meng'o'kan sahaja.
"Ni korang nak gi mana lepas ni?"tanya Afiq.
"Makan."
"kalau macam tu jomlah kita makan sama2 Afiq belanja."kata Farhan.
"Woi asal aku pulak yang kena belanja. Kau lah belanja kitaorang."kata Afiq.
"Boleh ke?"tanya Afra.
"Boleh asal pulak tak boleh. Jom"kata Farhan.
"Tak malu do mamat ni ajak anak dara orang makan lepas tu suruh orang lain belanja."kata Shah.
"Tapi kawan saya lagi dua orang gi toilet."kata Afra.
"Kita tunggulah dorang."
"hah tu dorang."kata Mia.
"sorry lama."kata Puteri.
"Dah semuakan jom kita pergi makan."kata Farhan.
"Siapa dorang dan kenapa sir Amir ada kat sini?"tanya Sya.
"Nanti aku cerita sekarang kita cari tempat makan dulu. Perut aku dah berbunyi mintak isi ni."kata Afra.
"Dah jom."
Mereka bergerak mencari tempat makan.
YOU ARE READING
MRS.AMIR ASYRAF
Romance~Amir Asyraf bin Dato' Amirul Afif~ Anak tunggal dato' Amirul dgn isterinya. Mendengar berita tentang kematian ibunya memyebabkan dia kemurungan dan mengurung diri di dalam biliknya.Dengan pujukan ayahnya,akhirnya Amir menerima dan meredhoi pemergia...