Bab 16

89 8 2
                                    

Mustika duduk diam di atas batu tepi sungai melihat Puspa, Intan dan Maya berbual bersama Anggerik dan Kejora. Sengaja dia tak mahu ikut bersama, mahu mengambil angin seorang diri. Sekejap dia terdengar suara mereka bergelak ketawa sambil bermain percikan air.

Mustika hanya tersengih melihat mereka, dia tidak sangka dia akan duduk disini dan melihat perwatakan mahkluk ghaib itu sendiri depan matanya. Perwatakan mereka jauh sekali dengan apa yang orang-orang di kampungnya katakan.

Mereka itu bunian, mereka itu jahat, mereka itu tidak patut dijadikan kawan, syirik siapa yang percaya pada mereka dan itu ini mereka katakan. Ya Mustika tahu, syirik jika manusia meminta pertolongan dari makhluk begini ia sudah melanggar perintah Allah. Haram sama sekali, tapi mereka juga makhluk Allah.

Yang paling teruk sekali seperti yang Puteri Bakawali katakan, ada sesetengah manusia tidak percaya pada kewujudan makhluk selain manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sedangkan kita juga wajib percaya kepada perkara ghaib, bukan sahaja makhluk ghaib seperti jin, syitan, bunian malah syurga dan neraka juga perkara ghaib.

Katakan sahaja, tidak sempurna iman seseorang jika tidak mempercayai perkara ghaib.

Sedang asyik Mustika termenung tiba-tiba sebelahnya diduduki oleh Anggun. Baru perasan dari tadi dia tidak nampak Anggun dimana-mana. Dia melihat Anggun yang memandangnya, janggal dia rasa.

Aura Anggun lain macam, pandangan Anggun boleh memberi sesuatu rasa yang tak dapat dia ungkapkan.

“Kau tak rasa mahu pulang?” tanya Anggun bersuara merdu di halwa telinga Mustika. Pertama kali dia mendengar suara Anggun selepas hampir setengah jam dia kesini bersama mereka. Perlahan Mustika mengangguk mengiyakan soalan itu.

“Jadi, kenapa tak pulang saja?” tanya Anggun dengan pandangan tajam. Mustika telan air liur, hilang kata dia sebentar apabila melihat pandangan itu. “Err... mereka kata kita tak boleh pulang lagi. Bila masanya telah tiba baru boleh pulang.” kata Mustika perlahan menyusun ayat.

Dia melihat Anggun menujungkit bibir, “Jadi kau percaya? Kau percaya pada kata-kata mereka?” tanya Anggun sambil menongkat kepalanya dan memandang Mustika.

“Maksud tuan hamba?” soal Mustika. Anggun menghela nafas dan tersenyum sinis. “Diri kau terlalu istimewa, kau tidak harus berada disini, jiwa kau tak akan selamat.” jawapan Anggun membuat Mustika tertanya-tanya. Daripada mula dia datang sini sampai harini, semua mengatakan jiwa, nyawa dia takkan selamat. Tak mahu tanya badan dia pula selamat atau tak?

“Kau percaya kata mereka? Tah-tah mereka hanya menggunakan kau sahaja, seperti yang aku kata kau istimewa. Mutiara dijalan takkan mahu dibiarkan? Sudahnya ambil selepas itu dijaga rapi. Orang bertanya buat tak tahu, tapi dalam diam sudah dibuat kalung. Sedarlah Mustika jangan terlalu naif, jangan terlalu percaya pada sesiapa.” kata Anggun cuba meyakinkan Mustika.

Dada Mustika berdebar, sedikit demi sedikit dia termakan kata Anggun.
Dia memandang Puspa, Intan dan Maya. Adakah kebaikan mereka hanyalah tipu helah semata-mata? Benarkah apa yang Anggun katakan?

Anggun tersenyum sinis, benih kepercayaan pada dia sudah dia tanamkan pada Mustika, tinggal siramkan sahaja.

“Dunia ini penuh dengan penipuan, lagi-lagi di tempat kau berada ketika ini Mustika. Di dunia yang tak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Tah-tah apa yang kau lihat ketika ini juga hanya penipuan semata-mata. Aku cuma kata sahaja, aku dari kalangan mereka jadi aku tahu apa yang sebenarnya” Anggun menyiram air pada benih. Sekarang tinggal untuk berbuah sahaja.

Hatinya berketawa jahat melihat Mustika yang berasa gelisah. Mata Mustika masih memandang kehadapan melihat Puspa, Intan dan Maya.

Ya, hebat benar penangan air yang disiram oleh Anggun. Benih yang ditanam sudah berdaun, sungguh pantas tinggal mahu berbuah sahaja lagi. Mustika tiba-tiba rasa apa yang Anggun kata sangat tepat. Dia tak sepatutnya terlalu percaya pada mereka.

Tah-tah layanan yang mereka berikan bersebab. Benarkah apa yang orang kampung kata pasal mereka. Mereka jahat.

“Mustika?” panggil Intan apabila melihat wajah pucat Mustika memandang mereka. Mustika memandang tajam mereka. Dia menoleh melihat Anggun, tapi tiada.

Dia memandang sekeliling mencari kelibat Anggun, juga tiada. Baru tadi dia perasan Anggun disebelahnya dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kau mencari siapa? Kau kenapa? ” pantas Mustika melihat hadapan.

Terkejut dia bila melihat Anggun sedang memandang dia aneh. Jangan katakan mereka, Mustika lagi berasa aneh ketika ini. Kenapa Anggun menyoal seperti tiada apa yang berlaku.

“Tu....tuan hamba.” gagap Mustika. Anggun mengerut kening, selepas itu dia terpandang satu bayang hitam yang berlari masuk ke hutan. Sempat bayang itu memandangnya sambil tersenyum sinis.

“Sudah. Puspa bawa gadis ini pulang, tak perlu berlama disini. Jadi apa-apa aku juga yang disalahkan.” kata Anggun selamba. Puspa hanya mengangguk, benar apa yang Anggun kata.

Mustika pelik dengan tindakan Anggun yang tiba-tiba berubah. Tadi lain, sekarang lain. “Mustika, mari kita pulang.” ajak Puspa sambil memegang lengan Mustika. Pantas Mustika menarik lengannya kembali, tak mahu Puspa memegangnya.

Sebelum ini, sentuhan Puspa buat dia rindu pada maknya. Tapi sekarang sentuhan itu buat dia takut. Puspa rasa terguris dengan tindakan Mustika. Puspa hanya biarkan sahaja dan berjalan mengikut mereka yang sudah pergi.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now