Bab 17

89 8 5
                                    

Kau percaya kata mereka? Tah-tah mereka hanya menggunakan kau sahaja, seperti yang aku kata kau istimewa. Mutiara dijalan takkan mahu dibiarkan? Sudahnya ambil selepas itu dijaga rapi. Orang bertanya buat tak tahu, tapi dalam diam sudah dibuat kalung. Sedarlah Mustika jangan terlalu naif, jangan terlalu percaya pada sesiapa.”

“Dunia ini penuh dengan penipuan, lagi-lagi di tempat kau berada ketika ini Mustika. Di dunia yang tak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Tah-tah apa yang kau lihat ketika ini juga hanya penipuan semata-mata. Aku cuma kata sahaja, aku dari kalangan mereka jadi aku tahu apa yang sebenarnya”

Kata-kata itu sentiasa berputar di kaset minda Mustika. Dari menghadap ke kanan dia menelentang, setelah itu dia berpusing ke kiri. Dan macam tu la diri dia di atas katil buluh itu seorang diri. Sukar dia mahu tidur.

Benarkah? Kalau macam tu, aku dah boleh pulang tapi tidak diizikan oleh mereka. Tapi kenapa? Apa yang istimewa sangat aku ni sampai mereka tak mahu lepaskan aku?’ soal Mustika seorang diri. Dia menggigit bibir resah dengan nasibnya.

Jika benar mereka tipu aku.... oh tidak. Kecewa aku begini.’ Mustika sudah anggap mereka seperti keluarga. Mereka menghormati dia disini, dia juga menghormati mereka. Mereka sudah menjaga dia dengan baik, tapi sayang jika semua itu adalah bohongan semata-mata.

‘Aku kena pergi dari sini... tapi bagaimana?’ Mustika nekad untuk membuat demikian. Tiba-tiba dia teringat tentang Adi Rajuna. Adakah sikap baik dia juga hanyalah dusta semata-mata?

Dia terasa mahu nangis, kecewa dengan Adi jika itu juga cuma penipuan. Haaa Sudah! Kenapa nak kecewa, bukannya dia ada perasaan kasih atau lelaki itu pernah mengungkapkan cinta pada dia atau apa-apa sahaja. Cukup Mustika! Sedar diri!

Hatinya masih dilanda risau, sebak, sayu semuanya ada. Dia masih dalam kekeliruan.

“Sudah la Mustika, hidup kau memang begini. Di tipu, dikhianati, ditinggalkan. Semua orang tidak memerlukan kau Mustika. Dari dulu sehingga kini, hidup kau tetap sama. Tak pernah dihargai.” kata Mustika seorang diri menyedarkan diri dia. Setitik demi setitik air matanya mula jatuh.

Sebak memikirkan kisah hidup dia yang dulu, mula-mula mak kandungnya meninggal dunia pada umur dia 5 tahun, setelah itu bapaknya bernikah lain.

Alhamdulillah mak tirinya itu menjaga dengan baik, kemudian mak tirinya lahirkan Malik. Penduduk kampung semua tidak menyukai dia malah lebih sayangkan Malik.
Semua penduduk kata dia cuma anak kutip yang masuk ke keluarga bapaknya, sedangkan bapaknya itu bapak kandungnya. Masuk ke pondok agama pula dia sukar mendapat teman, semua menjauhkan diri dari dia. Tapi dia teringat tentang seorang budak lelaki ini.

Lelaki itu melayan dia dengan baik, Mustika rasakan laki itulah satu-satunya teman yang dia ada. Tapi sayang, itu cuma tipu. Lelaki itu sengaja mahu mengusik Mustika, Mustika hampir sahaja lemas di dalam sungai kerana ditolak oleh teman-teman lelaki itu. Malah mereka tidak membantu pun.

Bila diberitahu kepada bapaknya, bapaknya hanya kata mereka bergurau sahaja. Biasalah budah lelaki memang nakal. Mustika hanya terima apa yang bapaknya katakan.

Makin meningkat remaja dia berkenalan pula dengan 3 orang gadis, anak dari keluarga kaya.

Mereka semua anak gadis teman bapaknya. Mereka mula rapat, Mustika gembira dengan persahabatan mereka. Sehingga suatu hari Mustika terjatuh hati pada seorang pemuda, yakni abang kepada salah seorang temannya, Suri namanya.

Semua berjalan lancar, Mustika juga hampir bernikah dengan pemuda itu. Tapi ada malang yang mendatang, pemuda itu bernikah dengan seorang lagi teman baiknya, Mawar kerana Suri tidak mahu Mustika bernikah dengan kekandanya. Katanya mereka tidak setaraf.

Mawar pula pura-pura tak tahu tentang hal itu, padahal sudah lama dia cuba menggoda pemuda itu. Bila Mustika teringat perasaannya ketika itu, air mata turun dengan lagi lebat.

Sekurang-kurangnya dia pernah  jugalah rasa nikmat berteman tapi bukannya kasih seorang teman.

Namun apakan daya, dia cuma anak kepada ketua mualim pondok agama yang hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh anak orang kaya seperti mereka. Dia cuma redha atas ketentuan-Nya.

Setelah beberapa minit mengeluarkan air mata istimewanya, tertidur Mustika sambil memeluk diri sendiri. Tanpa dia sedar sebenarnya Puteri Bakawali sedang melihat dia dengan keadaan sayu dan kesian. Perlahan Puteri Bakawali mendekati Mustika dan memeluk dengan kasih sayang.

“Aku mengerti perasaanmu wahai anaknda.....”
-
-
-
-
☹️☹️☹️

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now