Mustika diluar duduk ditangga menghirup udara petang, dia sedar dari pagi dia tidak keluar rumah dan hanya terperuk sahaja di dalam.
Penduduk yang lain juga pelik dengan Mustika, selalunya Mustika ada sahaja duduk bersama Nenek Anom dengan Ibu Malar di pondok.
Mustika termenung menghadap arah hutan. Huluran bunga dari seseorang menarik perhatiannya, pantas dia melihat tangan kecil itu. Mustika tersenyum nipis dan mengambil bunga mawar putih di tangan Ayu.
“Terima kasih.” balas Mustika ringkas tidak bertenaga. Ayu memerhati wajah Mustika, “Kak Mustika tak perlulah bersedih, kami sentiasa ada dengan Kak Mustika.” kata Ayu sambil tersengih comel. Mustika tergelak halus.
“Bagaimana Ayu tahu kita sedih?” soal Mustika sambil menongkat kepala. Ayu terangguk-angguk sambil mencebik. “Muka Kak Mustika seperti hilang suami, mana mungkin Ayu tidak perasan yang Kak Mustika sedang berduka.” terang Ayu.
Tersenyum Mustika melihat tingkah Ayu.
Ayu pergi dari situ dan melambai tangan pada Mustika. Mustika hanya melihat lambaian itu tanpa membuat apa-apa. Dia hanya tersenyum nipis.
Tiba-tiba dia didatangi seseorang lagi.Dia melihat pemuda dihadapannya yang sedang berdiri tegak dengan keris dipegang di tangan kanan. Pemuda itu melihat Mustika dengan berawajah kosong.
Mustika mengerut dahi. “Kita tak rasa lapar ketika ini.” jawab Mustika tanpa mendengar apa yang dikatakan oleh Adi. Dia tahu jika pemuda ini datang pasti ingin mengajak makan.
Adi tersenyum sinis, “Siapa kata mahu mengajak makan?” tanya Adi ketawa halus. Mustika menahan malu dan cuba untuk tidak melihat wajah tampan itu.
“Kau mahu pulang?” tanya Adi dengan tatapan tajam. Mustika pelik.
“Ini peluang terahir aku bertanya, kau mahu pulang?” tanya Adi lagi.
Pantas Mustika mengangguk.“Tapi... pulang kemana?” soal Mustika aneh. Adi mengecilkan matanya. “Ke duniamu.” jawab Adi ringkas. Mata Mustika terbeliak, dia tak tahu mahu gembira atau terkejut. Dia sudah boleh pulangkah.
“oh kalau begitu... perlukah kita memberitahu mereka?” tanya Mustika yang sudah hilang arah mahu membuat apa.
“Tak perlu, ikut sahaja aku dan diam atau kau tidak akan keluar dari sini sampai bila-bila.” kata Adi dengan riak kosong. Mustika terdiam dan hanya ikut sahaja arah Adi. Dada dia berdebar, perasaanya bercampur baur.
Adi membawa Mustika melalui hutan sunyi, Mustika tidak bertanya dan hanya mengikut sahaja. Sekejap dia bertanya adakah lama lagi mahu sampai. Dan jawapan dari Adi hanya sama “Tak lama lagi.”Mereka sampai di sungai terus Adi memijak batu-batu yang tersusun untuk pergi ke seberang. Mustika hanya ikut, perlahan dia memijak batu licin itu, takut kalau jatuh. Air sungai itu nampak dalam.
Mustika terhenti apabila jarak batu yang dia pijak dengan batu seterusnya agak jauh, jika mahu sampai perlu melompat. Teragak-agak dia, dia memandang wajah Adi yang sedang memandangnya. Telan air liur dia, sumpah dia rasa perwatakan Adi ketika ini sungguh lain.
Lambat Adi menghulurkan tangannya membantu Mustika. Mustika terkejut akan huluran itu, ingatkan Adi akan memarahinya. Mustika hanya melihat huluran tangan itu. Adi menghembus nafas.
“Lekas, sambut huluran ini.” arah Adi. Dengan teragak-agak Mustika memegang tangan Adi, terus dia rasa seperti terkena renjatan. Pertama kali dia memegang tangan lelaki, tapi yang ini bukan sebarang lelaki.
Pantas sahaja dia melompat untuk memijak batu seterusnya.
Dek nak mengelak daripada terpijak kaki Adi, Mustika hampir terjatuh kerana tersalah pijak. Terus Adi menahan belakang badan Mustika agar tak terjatuh. Terkedu Mustika melihat wajah cuak Adi yang menyelamatkannya. Mustika tak lepas memandang wajah tampan Adi.
Terasa seperti di santau, matanya tak mahu lepas memandang wajah itu.
“Ehem.... sampai bila kau mahu berkedudukan begini?” tanya Adi yang cuba mengawal riak mukanya. Pantas Mustika berdiri dengan stabil dan terus melangkah anak batu itu. Adi pula berada dibelakangnya. Sekejap-sekejap Adi memegang lengan Mustika untuk memijak batu, malu pula yang dirasakan oleh Mustika.
Hati dia berdebar, berdebar kerana apa?
-
-
-
-
Suka la tengok diorang ni🙈🙈
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...