"Fina, buatkan aku kopi sekarang." Kata Zayd kepada isteri yang baru enam bulan dia nikahi.
"iya wak, tapi tunggu kejap ya, saya tengah goreng nugget untuk Mila ni." Jawabnya menyuruh Zayd bersabar sebentar.
"yelaa, dah habis goreng nugget tu nanti cepat-cepat kau buatkan aku kopi dan hantar dekat ruang kerja aku." Perintahnya lagi yang hanya dijawab anggukan oleh Fina.
Setelah nugget siap digoreng, Fina segera menghantar kepada Mila iaitu adik kepada suaminya itu yang sedang bersantai menonton drama korea di biliknya.
TOK....
TOK....
TOK...
"Mila, ni akak ada bawa nugget yang kamu minta tadi." Ucap Fina di hadapan pintu bilik adik iparnya itu.
"Masuk la, pintu tak kunci pun." Sahut Mila, gegas Fina masuk dan menyerahkan nugget tersebut, setelah selesai dengan sepantas kilat dia kembali ke dapur untuk membuatkan kopi kepada Zayd.
Ruangan kerja Zayd terletak bersebelahan dengan bilik tidur mereka.
"Kau buat apa tadi?" Tanya mama Ila kepada Fina.
"Baru lepas hantar kopi dekat abang Zayd ma." Jawabnya.
"Sini tolong mama masak untuk makan tengahari, nanti korang je yang makan sebab mama ada meeting." Ucap mama Ila sambil melenggang ke dapur diikuti Fina, menantunya.
"iya ma."
"Nah, potong sayur kangkung ni, lepas tu cuci bersih-bersih, mama nak goreng ikan buat lauk, sayur mama nak kau yang tumis, lepas dah tumis kupas mangga tu buat pencuci mulut. Oh ya, buat sambal sekali." Arah mama Ila sambil menyerahkan ikatan kangkung kepada Fina.
Setelah mereka berdua masak untuk makan tengahari, atau lebih tepatnya Fina yang mengerjakan semuanya kerana mama Ila hanya mengarahkannya sahaja. Fina disuruh untuk melakukan itu ini, seperti orang gaji.
Selepas masak mama Ila terus keluar untuk meeting tetapi sebelum pergi, mama Ila sudah meninggalkan kerja yang banyak kepada Fina.
"Jangan lupa, habis makan terus kemas semua tu, dapur sapu, peralatan memasak dan pinggan mangkuk terus cuci, kain dekat ampaian tu ambil lipat semua, kalau dah siap masak untuk makan malam pula, yang mama tau, mama balik meeting mama nak semua dah siap dan makanan pun dah terhidang faham?!"
"Iya ma, tapi kalau Fina nak minta Mila tolong Fina lipat kain sekali boleh? Cepat sikit siap." Fina memberanikan diri agar Mila dapat membantunya menyelesaikan kerjanya.
"Apa kau cakap, nak minta tolong Mila? Ah tak ada tolong-tolong, dia tu tengah belajar, banyak benda lagi dia nak kena belajar, kerja banyak tu pun nak suruh orang tolong, tak payah nak mengada-ngada sangat!" Marah mama Ila tidak suka.
"Tapi ma..."
"Tak ada tapi-tapi, dah pergi sana panggil Zayd dan Mila untuk makan tengahari. Tengok jam ni, dah lambat tau tak! Sebab kau la aku lambat nak pergi meeting harini!" Mama Ila terus pergi tanpa memperdulikan menantunya itu.
Fina hanya mampu pasrah dengan arahan ibu mertuanya, gegas dia memanggil Zayd dan Mila untuk makan tengahari bersama.
Sorry kalau ada typo:)
Jgn lupa vote ye..
캄사합니다💜
YOU ARE READING
KETIKA MENANTU HANYA DIJADIKAN BABU..
RomanceShafina Aulia adalah isteri kepada Zayd Aaris iaitu anak kepada mama Ila, tetapi selama ini Shafina tidak pernah dianggap sebagai menantu dan isteri oleh mereka, dia hanya dimanfaatkan untuk menjadi orang gaji percuma di rumah itu. Adakah perlakuan...