Tanpa menunggu lama, pantas Cindai mengejar larian Adi. Puteri Bakawali menghalang Cindai. Pantas dia menggunakan kuasa saktinya untuk menarik kaki Cindai yang berada di udara dengan tali sakti yang dia ada. Cindai meronta.
“TAK GUNA KAU RATNA!” pantas sahaja Cindai memutuskan tali sakti itu dengan sihir hitamnya. Kukunya, kuku hitamnya yang dia gunakan.
Kuku itu mempunyai kuasa sihir. Tali sakti itu terputus dan dengan pantas dengan menerkam Puteri Bakawali dengan kukunya. Puteri Bakawali menghalang, dia membuat dinding untuk menghalang Cindai dari mendekatinya.
Dia tidak peduli jika dia mati sekalipun, dia perlu melengahkan Cindai supaya Adi dapat selamatkan Mustika. Jiwa Nirmala harus diselamatkan!
“Dengan nama Tuhan, Cindai, aku tak akan biarkan kau dapatkan gadis itu.” kata Puteri Bakawali dengan tenang sebelum dia menusuk perut Cindai dengan kuasanya. Perut Cindai berlubang, tapi sekejap sahaja kemudia perut itu seperti sedia kala.
Cindai tersenyum sinis, “Kau mahu membunuh aku? Kau lupa, aku siapa? Kau memang mencabar kesabaran aku Ratna!” amuk Cindai dan dengan menggunakan kuasa sihirnya dia memecahkan dinding yang dibuat Puteri Bakawali dan terus terbang dengan laju lalu menikam dada Puteri Bakawali menggunakan kuku hitamnya yang terlalu panjang, sempat dia membaca mantera bagi menguatkan lagi racun sihirnya pada kuku hitam itu.
Puteri Bakawali terbeliak, ya kuasa sihir milik Cindai lain dari yang lain. Ajaran sihir bagi menguatkan lagi sihirnya dia dapat dari Betara Sakti, atau ketua golongan mereka yang tidak beriman kepada Allah. Sihir itu susah untuk dilawan, bahkan Puteri Bakawali juga tidak mampu melawannya.
Kerana itu dia mahukan Jiwa Nirmala, sihir yang Cindai guna terlalu kuat malah mampu membunuh diri sendiri lagi-lagi dengan usia Cindai yang sudah beribu tahun. Jika dia mendapat Jiwa Nirmala, sihir itu tidak mampu mematikannya dan kuasa dia akan bertambah hebat. Malah semua anak buah Betara Sakti mahukan Jiwa Nirmala.
Puteri Bakawali tak mahu ia terjadi, jika tidak alam ghaib ini, Wangsa Ghaib ini akan berada di bawah mereka.
“Adi!” jerit Puspa kepada Adi yang sedang berlari sambil menggendong Mustika yang masih tak sedar kan diri. Adi memandang Puspa bersama Lanang.Adi meletakkan Mustika dengan perlahan, “Lekas bawa Mustika ke kampung, dan letak di tempat yang aku suruh!” arah Adi dengan tergesa-gesa.
“Adi mahu kemana?” tanya Puspa apabila melihat Adi seperti mahu pergi ke tempat lain. "Bantu bonda aku,” tanpa menunggu lama terus dia berlari ke arah tadi semula.
Puspa dan Lanang berpandangan sesama sendiri. Pantas Lanang mengangkat Mustika dan dibantu oleh Puspa. Mereka berdua berlari menuju ke kampung. Mereka tak boleh biar Mustika mati.
Mereka sudah berjanji mahu menghantar Mustika pulang ke alamnya semula.
Belakang Cindai seperti ditusuk sesuatu. Pantas dia menjerit kepanasan. Ya sesuatu yang menusuk, rasanya seperti api. Dia kepanasan. Terus dia melepaskan Puteri Bakawali dan bergerak menjauhi Puteri Bakawali.Pantas dia melihat Adi yang berada dibelakangnya dengan sebilah keris emas miliknya. Cindai menjadi marah pantas dia pergi ke arah Adi dengan laju dan mengeluarkan kuku hitamnya. Bersedia mahu menerkam Adi.
Adi pantas membuat bulatan pada tanah dan dia bersama Puteri Bakawali berada di tengah-tengah. Belum sempat Cindai datang mendekat dia terpelanting semula. Dia tidak dapat melepasi bulatan yang Adi lakukan.
“CIS! Mak dengan anak sama sahaja! Dua-dua suka menyusahkan aku.” kata Cindai sinis. Adi memandang tajam Cindai yang sedang bangun.
“Ketepi kekasihku. Ini hal aku dan ibumu.” kata Cindai dengan manis memujuk Adi. Adi tidak termakan malah tersenyum sinis. “Aku tidak pernah menjadi kekasihmu Cindai, hentikan panggilan itu, ia membuatkan telingaku berdarah.” sinis kata-kata Adi. Senyuman Cindai pudar malah diganti dengan wajah yang marah.
Adi membuka langkah silatnya serta mata tajam keris dihalakan pada Cindai, dia sedia bertarung dengan Cindai. Dia sedia membalas apa yang Cindai lakukan pada Puteri Bakawali, bondanya. Sempat dia menjeling Puteri Bakawali yang sedang melemah.
Cindai mengetak giginya, dia terlalu marah. Tidak suka ada sesiapa yang mencabar kekuasannya.
“AAAAAGHHHH!”
Maka pertarungan sengit berlaku di antara Adi dan Cindai.
-
-
-
-
Agak agak siapa yang menang ekk?
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomantikBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...