Bab 22

88 9 2
                                    

Mustika membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya rasa berdenyut-denyut, rasa dicucuk jarum berkali-kali juga ada. Pantas dia memegang kepalanya dengan dahi berkerut. Mata dia sudah terbuka luas, pantas dia memerhati segenap ruang yang dia berada ketika ini sambil cuba untuk bangun.

‘Kamar siapa? Aku dimana?’ tanya Mustika sendiri. Sempat dia meraba-raba badannya sendiri untuk memeriksa keadaannya. Degupan jantung miliknya kembali laju apabila mengingatkan kejadian tadi.

Dia memandang ruang kamar itu semula, tidak seperti rumahnya yang hanya dibuat dari buluh. Kamar ini dibuat dari kayu, ruangnya besar cukup muat untuk 10 orang, katilnya besar juga dari kayu dan tilamnya kapas bukan sekadar tikar mengkuang. Kamar ini juga dihias dengan perabot-perabot mewah. Langsirnya berwarna putih bersih. Dia kagum seketika, ini sudah terlalu mewah.

Dia berada di mana? Tiba-tiba pintu kayu mewah itu dibuka dari luar secara perlahan, terundur dia akibat terkejut. Langkah berjaganya telah dia hidupkan.

Lega dia apabila gerangan yang membuka itu ialah Puspa. “Mustika, akhirnya...kamu sudah sedar.” pantas Puspa berlari anak ke Mustika. Mustika lantas memeluk Puspa, sedikit air matanya jatuh dalam pelukan Puspa.

“Syukur, kamu tidak apa-apa Mustika, semua warga kampung risaukan kamu.” kata Puspa dengan lembut. Dia mengusap perlahan belakang Mustika.

“Maafkan kita, kita salah. Kita tak percayakan kalian, kita ingkar arahan kalian. Maafkan Mustika.” kata Mustika tersedu-sedu akibat menangis. Dia tahu kesilapan dia....

Puspa melepaskan pelukan dan tersenyum manis seperti sang ibu yang ingin memujuk puterinya.

“Tidak apa Mustika, kita faham. Sekarang ini yang penting, Mustika telah sedar.” kata Puspa.

Mustika mengangguk sambil mengelap air matanya, dia memandang Puspa. Satu kelebihan buat Mustika, dia mampu membaca air muka seseorang. Dia tahu dan dia nampak mereka yang berada dikelilingnya sekarang ini ikhlas terhadap dia, tapi dia terlalu mengikut kata hati sehingga perkara itu memakan dirinya sendiri.

“Puspa kita di mana sekarang ini?” tanya Mustika yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Puspa mengelip mata beberapa kali memikirkan jawapan yang patut dia berikan.

“Kita di istana Puteri Bakawali.” balas Puspa. Mustika mengerut dahi.

“Kenapa kita di sini?” dia tak heran lah jika kamar ini terlalu mewah, tapi kenapa dia di bawa ke sini.
Puspa hanya tersenyum mendengar persoalan itu, dahi Mustika bertambah kerut.

                                          Puspa membawa Mustika ke kamar utama Puteri Bakawali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                                         
Puspa membawa Mustika ke kamar utama Puteri Bakawali. Mustika teragak-agak untuk masuk ke dalam. Dia malu seketika apabila semua mata terarah padanya.

Mustika menjadi canggung. Mahu masuk atau tidak? “Masuk sahaja Mustika, mari”, ajak Puspa lembut sambil menarik tangan Mustika. Mustika akur, dia mengikut sahaja ke mana Puspa mahu membawanya.
Setibanya dia di sisi katil bulat Puteri Bakawali, mukanya jadi suram. Puteri Bakawali yang sedang tenat dia tatap.

“Kerana kita kah? Ratna menjadi sebegini,” tanya Mustika perlahan. Semua mata memandang dia pelik. “Mm..maksud kita tuanku Puteri Bakawali,” Mustika memperbetulkan panggilan yang dia berikan pada Puteri Bakawali. Dia mencebik bukan salah dia, Puteri Bakawali juga yang menyuruh memanggil dia Ratna.

Puspa tersenyum halus. “Usah bimbang Mustika, tuanku baik-baik sahaja. Cuma sedikit tenat.” Mustika menunduk sambil melihat Puteri Bakawali dihadapannya.

“Dasar manusia, tak reti bersyukur”

“Benar, untung sahaja puteri Bakawali menyelamatkannya”

“Betul, kalau aku... aku biarkan sahaja.”

“Kerana dia Tuanku Puteri dan Adi Rajuna jadi begini.”

“Betul betul, tak reti dek untung.”

Mustika mendengar suara bisikan dari mereka yang berada di kamar itu dengan sabar. Dia menggigit bibirnya menahan air mata. Benar, benar apa yang mereka katakan. Jika dia mampu melawan nafsu hati, jika dia mampu mengawal diri, dia tidak akan ditipu. Dia tidak akan berada dalam bahaya.

Puteri Bakwali dan Adi juga tidak perlu menyelamtkan nyawanya dan mengorbankan nyawa mereka.

Dia tahu Puteri Bakawali dan Adi yang menyelamatkannya dia di hutan tadi atas penceritaan Puspa kepadanya.  Mustika hanya mendiamkan diri dan menyedarkan diri atas kesalahannya.

Puspa tidak mampu mengeluarkan hujah apa-apa melainkan hanya menjeling tajam ke arah mereka yang bercakap buruk tentang Mustika.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now