Bab 23

87 7 3
                                    

“Diam kalian,” arah suara itu perlahan dengan suara serak basahnya. Semua yang berkata buruk terhadap Mustika tadi terdiam sambil mengemam bibir. Terkejut Mustika apabila Puteri Bakawali memegang lengannya untuk bangun.

“Ratna..maksud patik. Tuanku, tuanku tak usah bangun.” gelabah Mustika jadinya bila Puteri Bakawali menatap wajahnya. Puteri Bakawali tidak mendengar dan sedaya upaya mencuba untuk bersandar pada kepala katil. Mustika tidak menunggu lama pantas sahaja dia membantu Puteri Bakwali.

Puteri Bakawali senyum manis pada Mustika kerana membantunya. Puspa sudah hilang entah kemana. Mata Puteri Bakawali mengarah pada dayang-dayang dan hulubalang istana yang mengutuk Mustika tadi.

Matanya tajam, terkedu mereka melihat wajah garang itu.

“Keluar kalian dari kamar ini, sudah kita kata. Kita tak suka ada di antara kalian yang mencaci sesama sendiri. Keluar,” tegas Puteri Bakawali bersuara. Dayang-dayang dan hulubalang tadi melutut sambil menunduk.

“Ampun tuanku, maafkan patik semua atas kelancang mulut kami. Ampun tuanku”

“Ampun tuanku” Kata mereka sambil kedua tapak tangan disatukan dan diletakkan di dahi. Mustika terdiam.

Tidak mampu berkata apa, dia juga tidak berani mahu menatap muka garang Puteri Bakawali. Baik sahaja sebelum di kesini dia sempat melepaskan hajat kecilnya kalau tidak sudah pasti ada yang mengalir di dalam kamar ini.

“Sudah keluar, biar kita bersama Mustika sahaja di kamar ini.” kata Puteri Bakawali tegas tetapi suaranya masih perlahan dan serak. Mereka patuh dan terus keluar dari situ.

Puteri Bakawali memandang Mustika yang sedang menunduk. Gelabah Mustika jadinya, pantas sahaja dia bangun dari sisi katil dan melutut di lantai memandang Puteri Bakawali.

“Tu...tuanku, ampunkan patik. Patik tahu apa yang patik lakukan sangat tidak patut. Maafkan patik jika apa yang terjadi pada tuanku disebabkan patik. Ampukan patik tuanku,” kata Mustika cemas, bergetar suara dia menahan debar di dada.

Ternaik kening Puteri Bakawali melihat tingkah Mustika yang agak comel di matanya. Dia menahan senyumannya.

“Ehem, ya. Apa yang tuan hamba lakukan itu sangat tidak patut. Ia membahayakan nyawamu nak. Tuan hamba mahu mati kah? Kenapa tuan hamba tidak mahu percaya pada kami di sini.” Kata Puteri Bakawali dengan bersungguh-sungguh.

Mustika diam, mencebik menahan empangan kaca dari pecah. Tapi sayangnya, empangan itu terlalu rapuh untuhk menahan air mata yang semakin lebat, mengangis Mustika di situ. Puteri Bakawali tercengang. Dia mahu buat apa? Dia ada tertinggi suarakah tadi?

“Maafkan patik, patik tahu patik salah tuanku,” kata Mustika tersedu-sedu. Puteri Bakawali kasihan akan Mustika.

“Tidak mengapalah wahai anakku, jika kita di tempat tuan hamba juga pasti akan hilang arah,” pujuk Puteri Bakawali sambil mengusap lembut belakang badan Mustika. Hati mustika semakin dirawat sedikit demi sedikit.

“Tapi sejujurnya, bukan kita yang menyelamatkan dirimu wahai Mustika.” Mustika memadang wajah Puteri Bakawali dengan mukanya yang polos. Puteri Bakawali tersengih sambil membetulkan rambut Mustika yang sedikit serabai.

“Adi...Adi yang membantumu. Dia sangat risau padamu wahai Mustika. Pergilah bertemu dengannya, pasti dia gembira jika melihat tuan hamba disini baik baik sahaja.” kata Puteri Bakawali lembut pada Mustika.

                                                              Pulang sahaja Mustika dari kamar Puteri Bakawali pantas dia mengelilingi Istana Megapura yang agak luas ini untuk mencari Adi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                                                             
Pulang sahaja Mustika dari kamar Puteri Bakawali pantas dia mengelilingi Istana Megapura yang agak luas ini untuk mencari Adi. Puas dia mencari sempat juga di bertanya pada dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang istana tapi tak ketemu juga.

Tidak tahu mahu mencari di mana, dia berputus asa. Lagipula sudah mahu senja, lebih baik dia pulang ke kamarnya sahaja.

Tapi itu lah, dia ada masalah baharu. Bagaimana dia mahu pulang. Jalannya dia tidak ingat! Ya Allah!


Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now