Chapter 10

1.3K 54 25
                                    


"Seriouslah cik takde?"

"Ye takde ni cik, saya dah cek berulang kali rekod emergency harini, takda nama tu kat sini"

"Cuba cek sekali lagi cek, tak mungkin tak ada atau mungkin tak sempat record lagi"

"Masalahnya cik, sepanjang harini memang takda emergency dari kemalangan kereta yang kami uruskan, lagi2 nama Syura Aman macam cik cakap"

Aku makin bingung macamana boleh tak ada pula Syu kat emergency ni. Habis pula aku soal petugas jabatan kecemasan yang di berada di kaunter triage. Menyedari aku sudah agak lama disitu dan masih belum mendapat kepastian keberadaan Syu, aku terus bergerak menuju ke arah wad. Mungkin saja Syu sudah ditahan di hospiital tapi aku yang tak sempat bertanya dengan sepupunya yang menghubungi aku tadi.
Lelah aku yang dari tadi kelam kabut tidak terasa walau agak jauh wad wanita yang ditujui. Semua tu semua sebab aku terlalu risau akan keadaan Syu, sambil tu aku cuba menghubungi Nor, sepupu Syu tetapi gagal.

Setelah sampai, aku terus mendapatkan informasi di kaunter namun jawapan sama aku terima, jururawat mengatakan tiada pesakit bernama Syura Aman dimasukkan hospital. Bingung ku bertambah dan Nor juga gagal dihubungi setelah berkali kali aku hubungi. Hampa dengan keadaan aku terus turun ke lobi, apa sebenarnya yang jadi. Kemudian aku baru aku teringat aku masih simpan nombor ayah Syu, tak mungkin dia tak tahu kalau apa2 jadi kat Syu.

Agak lama panggilan ku baru di angkat.

"Hello pakcik Aman?"

"Hah? Ya Pakcik Aman. Ni siapa?"

"Cece ni pakcik"

"Oh Cece, Ya Allah nak kenapa lama tak telefon? Nombor kamu kenapa lah ni tak ada nama kat telefon pakcik ni"

Hah ada lah tu yang delete nombor aku dari telefon pakcik Aman.

"Maafkan sy pakcik, sibuk sikit. Ni nak tanya Syu macamana pakcik? Dia kat mana?"

"Syu? Hah Syu pergi hospital"

Berdebar kembali jantungku kerana kerisauan.

"Hospital mana pakcik? Sy tengah cari dia ni? Dia tak apa2 ke? Bila dia pergi hospital? Teruk ke dia pakcik? Pakcik dengan makcik kat mana?"

"Eh sabar dulu nak, kenapa ni? Ye Syu pegi hospital.. dia pergi uruskan temujanji pembedahan pakcik bulan depan, ada nak diuruskan lagi dengan kebajikan sebelum kena bedah, tu yang dia pergi sana pakcik tak larat pegi minta tolong dia dengan sepupu dia pegi.."

Melopong aku dengar apa yg dikatakan pakcik Aman.

"Jadi eksiden..."

Ketika aku mula ingin bertanya tentang kemalangan tu aku ternampak Syu dan sepupunya sedang berjalan sambil gelak tawa di hadapan lobi, mungkin baru sampai

"Apa dia? Siapa eksiden nak?"
Tersedar orang tua ni masih dalam panggilan aku cepat2 menjawab.

"Eh tak ada pakcik, ada ni hah sy dah nampak Syu, nanti sy call balik ye pakcik"

Belum sempat dia menjawab apa2 aku sudah tutup panggilan dan meluru ke arah Syu dan Nor yang kelihatan sudah pun menyedari aku menuju ke arah mereka.

"Hei Nor? Apa semua ni ha? Syu? Korang nak kenakan aku ke apa?"

"Takde lah, kitorang gurau je pun.. takkan tu pun nak serious sangat" jawab Syu

Menggelegak rasanya hati aku bila kena macamni.

"Entah, yelah kak Cece janganlah marah dulu, kitorang gurau je" Kata Nor pula

LDR (gxg)Where stories live. Discover now